Wednesday, August 27, 2008

Pengajaran dari Permatang Pauh


Share/Bookmark Permukiman penulis selama dua minggu di Permatang Pauh mulai 12 Ogos sehingga 26 Ogos menyaksikan pertarungan getir, suka duka dan pelbagai peristiwa menarik dalam sejarah pilihan raya kecil di negara ini. Selain mampu memberi banyak makna dan pengajaran.

Hakikatnya sumpahan Permatang Pauh terus menjadi badi berterusan sehingga kawasan tersebut boleh disinonimkan dengan Anwar Ibrahim. Seperti mana dekat dan eratnya Allahyarham Fadzil Nor dengan Bukit Raya. Apabila mengambil maudhuk dan asas ini maka fahamlah kita kenapa cara berfikir lebih 58,459 pengundi tidak berubah?
Gunakanlah apa jua strategi, taktik, pendekatan, politik pembangunan, imbuhan ataupun elemen propaganda media segenap penjuru. Apa yang nyata kesemua elemen ini akhirnya menjadi backclash kepada usaha Barisan Nasional (BN).

Memang benar sebaik sahaja Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perletakan jawatan pada 31 Julai, gendang paluan perang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sudah bermula. Akan tetapi persediaan psikologi, fizikal dan mental sebahagian besar ahli UMNO dan BN misalnya masih dalam dilema dan trauma. Sebahagiannya akibat tsunami politik PRU ke-12, 8 Mac yang lalu. Sebahagian lagi kerana pergelutan mesyuarat cawangan, pemilihan bahagian dan lobi untuk jawatan Majlis Tertinggi.

Ini disebabkan baik UMNO mahupun MCA, dua buah parti berkenaan turut menghadapi pemilihan peringkat cawangan dan Bahagian. Justeru apabila jentera digerakkan ke Permatang Pauh, bala tentera BN berbelah bahagi, punyai fokus yang berbeza, mana lagi mahu diingatkan cawangan yang ditinggalkan, dalam masa yang sama perlu pula menghadapi taktik agresif, daya juang tinggi semangat petugas PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebab itu dalam kebanyakan hal petugas dan jentera BN dilihat agak santai, dengan coffe-house Hotel Sunway di Seberang Jaya, Hotel Summit di Bukit Mertajam menjadi tumpuan. Termasuklah memenuhi ruang Restoran Nasi Kandar Pelita Samudera, Retoran Nasi Kandar Khalel dan Kassim Mustaffa. Sebahagian petugas lainnya ada yang menginap di Sungai Petani, Kedah dan di bahagian sebelah pulau, satu lokasi yang tidak praktikal untuk membolehkan kerja berganda dan bersungguh dilakukan.

Natijahnya, petugas seakan-akan lali seperti mana enaknya nasi kandar berserta kuah kari yang dihidangkan. Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang seharusnya ditanggapi sebagai 'medan perang induk' dilihat tidak lebih daripada sekadar satu pilihan raya yang pernah dilalui oleh BN selama ini.

Hakikat bahawa UMNO dan BN Pulau Pinang adalah pembangkang, begitu juga UMNO dan BN negeri-negeri jiran lain seperti Kedah, dan Selangor yang turut sama bertungkus-lumus bekerja siang dan malam turut membawa tagline pembangkang tidak diinsafi.

Kesannya petugas atau gerak kerja yang dilakukan seolah-olah UMNO dan BN masih menjadi pemerintah negeri-negeri berkenaan. Lalu wujudlah budaya mengambil mudah, ego, dan lagak yang agak memualkan.
Maka dilihat dari dua sudut, elemen propaganda dan kewujudan bilik gerakan, markas dan pondok panas sedari awal sudah membuktikan jentera UMNO/BN jauh ketinggalan. Bandingan boleh dibuat misalnya kata-kata, slogan yang terpampang hasil kreativiti PKR dan BN.

BN masih dengan 'slogan' lama sebagai contoh 'Tekadkan Pilihan Anda, Undilah Barisan Nasional'. Sedangkan dalam dunia yang serba canggih, pelbagai risalah, papan iklan, sepanduk serta karikatur yang lebih menarik dan mampu meruntun hati pengundi sebenarnya boleh dilaksanakan.
PropagandaPetugas BN tidak kurang tenaga pakarnya, namun mungkin elemen imbuhan jadi keutamaan justeru hasil kerja sekadar siap semata-mata, tidak ada pengisian roh, rasa komitmen yang tinggi dalam menjadikan bahan kempen itu lebih menarik, inovatif dan berdaya saing.

Ditambah dengan lagu dan kaedah propaganda lama oleh media arus perdana. Pengulangan teknik dan taktik yang sama paparan berita TV misalnya yang menggunakan elemen dan pendekatan yang sama, sudah mampu diduga oleh penonton. Lantas melahirkan satu sentimen, bahawa semua maklumat dan berita yang dipaparkan tidak benar dan rekaan semata-mata.
Akhbar mahupun televisyen harus berubah, bukan menjadi tukang kempen calon tertentu sebaliknya mengajak pembaca dan penonton berfikir, dengan logik praktik yang ada. Selagi media dipersepsikan sebagai tukang kempen calon tertentu maka kredibiliti, teknik yang digunakan akan lama kelamaan menjadi hambar.

Sering kali dalam setiap pilihan raya baik umum mahupun kecil semenjak pilihan raya pertama 1959, faktor 5M menjadi pendorong kepada kekuatan UMNO dan BN. Money (wang), media, machinery (jentera), manpower (tenaga manusia), manipulation (manipulasi) dimaksimum sebaik mungkin oleh pemerintah sehingga tidak ada ruang kepada parti lawan untuk bangkit menghadapinya.
Malang dalam situasi pilihan raya kecil Permatang Pauh, PKR yang tenaga induknya adalah serpihan UMNO, juga punyai formula dan kepakaran di bidang yang sama. 5M ini dimanfaatkan sebaik mungkin, kerana dari segi perbelanjaan, cara kerja, pengurusan tenaga manusia dilihat jelas PKR cukup banyak sumber kewangan dan jenteranya yang pelbagai.
Barangkali UMNO dan BN selain formula 5M tradisi harus menggabungkan dengan 5M kontemporari yakni Mengenali, Mencari, Mendekati, Menjelas dan Merayu Pengundi.

Jika ini dapat dihubung jalinkan, tidak mustahil dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang dijangka bakal berlaku pada masa akan datang, UMNO dan BN tidak akan dimakan sumpah lagi.
Persoalannya pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dianggap ibu segala pilihan raya di negara ini bakal menimbulkan implikasi pelbagai. Demokrasi yang telah terlaksana dengan baik meskipun adanya unsur pergaduhan, budaya provokrasi dan agresif petugas parti, namun hak rakyat telah tertunai.

Apa pengajaran di sebalik meningkatnya majoriti undi yang dimenangi Anwar Ibrahim sebanyak 15,671 berbanding 13,338 yang dimenangi oleh isterinya pada 8 Mac 2008 yang lalu? Pertambahan sebanyak 2,283 undi. Dalam masa yang sama calon BN hanya beroleh 15,524 undi lebih rendah daripada jumlah yang didapati dalam PRU ke-12 lalu yakni sebanyak 16,950 dan 21,147 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.
Realitinya, sumpahan Permatang Pauh terus membelenggu BN untuk tempoh masa yang cukup lama. Buktinya juga politik pembangunan yang selama ini memenangkan BN sudah tidak signifikan, kerana pemikiran pengundi era kini lebih strategik.

Berilah apa jua bantuan, sumbangan atau imbuhan, mereka akan terima dengan lapang dada atas prinsip ini hak rakyat, namun mengundi belum tentu.
RasionalRasionalnya juga politik liberal dan majmuk PKR makin diterima sedangkan faham perkauman yang mendasari parti komponen BN makin ditolak rakyat. Keputusan pilihan raya kecil ini juga harus menjadi satu tanda aras tentang pencapaian dan gerak kerja petugas BN.
Demikian juga agensi risikan, kaedah, metodologi, sumber penilaian dan analisis harus lebih terkini. Penggunaan kuantum nisbah 50:50, atau 80:20 sudah agak ketinggalan zaman. Indikator seperti trend, simpton, kecenderungan, tingkah laku pengundi, senario semasa, sentimen dan faktor sejarah harus diambil kira dalam membuat analisis holistik bagi membolehkan tahap objektiviti ramalan mencapai tingkat tertinggi.

Gerak kerja pilihan raya juga jika mahu berjaya harus mengetepikan soal imbuhan dan kewangan. Ironinya medan pilihan raya kecil atau umum bukan tempat membuat duit, atau melobi sebarang bentuk perniagaan.
Kesukarelaan harus diletakkan pada tahap paling tinggi, moral, daya juang, istiqamah, sanggup berkorban dan daya tahan harus kukuh. Demikian juga selain percaturan atas kertas dan tenaga manusia, pertolongan dari Allah SWT harus juga dipohon.
Koordinasi kerja juga perlu cekap, sikap akauntabiliti, integriti dan ambil peduli juga harus tinggi. Sebab itu pengalaman di Permatang Pauh seolah-olah menunjukkan UMNO Pulau Pinang dan UMNO Bahagian Permatang Pauh terlalu mengharapkan gerak kerja dari petugas UMNO negeri lain.

Ibarat tuan rumah mahu mengadakan kenduri, namun segala persiapan, keperluan dan tatacara diminta para tetamu dan jiran untuk menguruskannya. Tentulah mewujudkan suasana bercelaru dan ketidaktentuan.
Kempen yang memenatkan sudah pun berlalu, pergeseran sesama kaum, kawan rakan, handai dan taulan, perkelahian dan unsur ganas yang mewarnai pilihan raya kecil Permatang Pauh harus diinsafi semua. Persoalan seterusnya, apa nasib masa depan politik negara?

Adakah penolakan pengundi di Permatang Pauh ke atas BN dapat diterima sebagai satu wake up call atau panggilan kecemasan bahawa populariti kepimpinan negara mulai pudar? Apakah natijah, implikasi di sebalik semua ini? Ke mana arah tuju dan arah haluan hubungan kaum, nasib masyarakat, kemuliaan agama dan pemantapan institusi di hari-hari mendatang?
Apa yang boleh dinukilkan ialah banyak ketidaktentuan daripada jaminan kestabilan. Ketidaktentuan yang boleh memusnahkan, diharap setiap pemimpin sama ada parti pemerintah mahupun pakatan pembangkang lebih rasional. Jangan lagi kerana politik kuasa, rakyat dan institusi dimangsai.
Demokrasi telah terlaksana, mandat yang diperoleh harus dijalankan dengan penuh cekap dan amanah. Rakyat sudah letih, celaru, dan tidak keruan memikirkan nasib masa depan.

Semangat Ihya Ramadhan yang bakal tiba awal September nanti harus menjadi medan keinsafan untuk kita semua kembali bertaut kasih dan silaturrahim, tinggalkan seketika baju politik atas nama kepartian atau ideologi. Kita bina dan bangunkan kembali negara ini dan institusinya supaya sejahtera, supaya aman, terus makmur dan dalam masa yang sama bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya melindungi negara bertuah ini daripada sebarang malapetaka dan bencana dan unsur penjajahan semula daripada apa jua anasir luar yang tidak bertanggungjawab.


Oleh: SOBRI SUDIN


Share/Bookmark

HERBALIFE UNTUK KESIHATAN


Share/Bookmark







Share/Bookmark

Sunday, August 24, 2008

BULAN MERDEKA DAN BULAN RAMADHAN


Share/Bookmark
GAGASAN WARISAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 51 DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA.SEMOGA KEMERDEKAAN INI MEMBERI MAKNA SEBENAR DALAM KITA MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

SEMPENA RAMADHAN INI DAPATKAN KURMA DARI BAM, IRAN…..DAPATKAN SEGERA HUBUNGI WAKIL GAGASAN WARISAN YANG TERTERA DI BAWAH.
HANYA RM10 SEKOTAK…

HUBUNGI: ZUL RUSDI
012-2656663
EXT: 03-79492374

Share/Bookmark

Mengembalikan kegemilangan tulisan jawi


Share/Bookmark PENEMUAN Batu Bersurat Terengganu pada 1303 menjadi asas penting kewujudan tulisan jawi di negara ini. Ia membuktikan bahawa tulisan tersebut sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi yang hanya ditemui pada akhir abad ke 19.

Kemunculan tulisan yang berasal dari tulisan Arab ini berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17.

Sejak itu ia menjadi tulisan yang digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan tidak rasmi di Nusantara. Peri pentingnya tulisan jawi ini dapat dilihat semasa penjajahan British di Tanah Melayu, apabila ia dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Selama lebih 700 tahun bertapak di negara ini, tulisan jawi menempuh pelbagai kesulitan dan pancaroba dalam perkembangannya sehingga hari ini.
Awal abad ke-20, ia menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu. Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan.

Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian.
Akhbar Utusan Melayu juga mengalami jatuh bangunnya sendiri sehingga terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca.

Namun dengan keprihatinan pihak-pihak tertentu, atas dasar mempertahankan satu-satunya tulisan warisan bangsa Melayu, akhbar ini diterbitkan beberapa bulan kemudian, secara mingguan dikenali sebagai Utusan Melayu Mingguan.
Kita mengalu-alukan keprihatinan Kementerian Pelajaran yang mengadakan pembelajaran jawi melalui program j-Qaf di sekolah rendah. Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah 'celik jawi' berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut.

Sehubungan itu, bagi mempertingkatkan lagi penggunaan tulisan jawi di sekolah, dicadangkan supaya mata pelajaran pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi sepenuhnya termasuk semasa menjawab soalan dalam peperiksaan tersebut.
Di beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, tulisan jawi digunakan dalam urusan rasmi dan adat istiadat Melayu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papan-papan tanda jalan dan bangunan-bangunan.

Memandangkan jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan dan diangkat ke tempat yang sepatutnya. Harus disedari bahawa jawi adalah tulisan yang istimewa kerana di seluruh dunia, tulisan ini hanya terdapat dalam masyarakat Melayu sahaja.
Sehubungan itu, mempertahan dan memartabatkan tulisan jawi harus menjadi tanggungjawab wajib umat Melayu. Kuasa politik yang masih ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi memberi nafas baru kepada tulisan yang semakin terpinggir ini.

Sudah sampai masanya, ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka melakukan sesuatu bagi meneruskan kesinambungan warisan bangsa mereka. Jika tidak orang Melayu sendiri, siapa lagi yang boleh diharapkan?
Ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi yang dimiliki orang Melayu tidak akan membawa erti jika satu-satunya warisan bangsa mereka tidak dapat dipertahankan.

Ia lebih kepada soal jati diri. Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri. Tidak usahlah bercakap isu-isu global jika soal bangsa sendiri terabai.
Sehubungan itu, Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi 2008 yang berlangsung di Shah Alam bermula hari ini sehingga 27 Ogos perlu dijadikan medan penting untuk mengembalikan kegemilangan tulisan jawi seperti pada zaman keagungan nasionalisme tiga suku abad lalu.

Langkah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta beberapa agensi lain termasuk Utusan Melayu menganjurkan seminar tiga hari ini amat dialu-alukan.
Dengan 45 kertas kerja termasuk satu forum antarabangsa yang disertai oleh ahli panel dari Malaysia, Singapura dan Patani bagi membincangkan hala tuju tulisan jawi di negara ini, ia diharap dapat memugarkan kembali penggunaan tulisan tersebut dan penataran serta perkembangan ilmu, khususnya dalam bahasa Melayu.

Lebih menarik, seminar ini meletakkan sub tema terjemahan kerana ia berkait rapat dengan asal-usul tulisan jawi yang datang dari bahasa Arab, dan melihat bagaimana para penterjemah silam memindah ilmu-ilmu dari bahasa Arab ke bahasa Melayu dalam bentuk tulisan yang sama tetapi berbeza bahasanya.


Oleh MOHD. KAMIL YUSUFF


Share/Bookmark

Thursday, August 21, 2008

Sejarah ringkas kemasukan ahlul bait Rasulullah SAW di istana Raja-Raja Melayu


Share/Bookmark Perlantikan kaum Sayyid sebagai para pemerintah kesultanan-kesultanan yang berdaulat di rantau ini mempunyai kaitan secara langsung dengan kemunculan ahlul bait Rasulullah SAW dari gelombang pertama mulai awal abad ke 14 Masihi. Hampir keseluruhan kesultanan-kesultanan dari dinasti Quraisy jurai Bani Hasyim di Alam Nusantara dibentuk oleh golongan ini sedangkan kelompok yang datang dari gelombang kedua mulai awal abad ke 18 Masihi kebanyakannya hanya menjadi rakyat biasa.

Rata-rata ahlul bait yang masuk ke istana Raja-Raja Melayu dahulu kala adalah sebagai menantu, kerana sebagai pemerintah umat Islam yang berdaulat, suntikan daulah zuriat Rasulullah SAW pada kesultanan seseorang raja dianggap boleh menaikkan ‘saham’ kesultanan tersebut. Oleh itu lazimnya keturunan yang terhasil dari perkahwinan ahlul bait tersebut dengan puteri raja akan dipilih untuk menyambung pemerintahan raja, terutamanya jika putera tersebut menyerlahkan ciri-ciri keunggulan yang lazim ada pada zuriat Rasulullah SAW.

Antara contoh kemunculan ahlul-bait sebagai menantu raja di Alam Melayu ialah di Perlis, dimana Sayyid Harun ibni Sayyid Ahmad Jamalullail, seorang ahlul-bait yang begitu berpengaruh di Kedah lama atas sifat ketaqwaan dan bakat kepimpinan yang dimilikinya, telah menarik minat Sultan Dhiauddin Mukarram Syah, iaitu Sultan Kedah yang ke 15, lalu dipilih menjadi menantu baginda melalui perkahwinannya dengan puteri Tengku Sofiah. Peristiwa ini berlaku apabila isteri pertama Sayyid Harun yang bernama Sharifah Mariam meninggal dunia. Kemudiannya, putera Sayyid Harun dari isterinya yang ketiga (Tengku Sofiah tiada berzuriat), iaitu Sayyid Hussein Jamalullail akhirnya dilantik sebagai raja pertama bagi negeri Perlis yang berdaulat.

Syarif Ali, bekas Raja Mekah, seorang lagi ahlul-bait Rasulullah SAW juga menarik perhatian Sultan Brunei ke-II yang memerintah di waktu itu, iaitu Sultan Ahmad (1415-1425M) lalu diberi kahwin dengan puteri baginda, Puteri Ratna Kesuma. Ketokohan Syarif Ali sebagai pemimpin dan mubaligh yang unggul menyebabkan ia diangkat menjadi sultan Brunei yang ketiga dengan gelaran Sultan Barakat.

Sayyid Abu Bakar, pengasas kesultanan Sulu telah berkahwin dengan puteri Raja Baguinda yang bernama Pangeran Fatimah Asyahirain, dan kemudiannya dilantik menjadi wakil Sultan dan imam. Apabila Raja Baguinda mangkat Sayyid Abu Bakar telah ditabalkan menjadi Sultan Sulu. Gelaran yang digunakan ialah Sultan Syariful-Hasyim dan baginda bermukim di Buansa (pusat kesultanan yang pertama) selama lebih kurang 30 tahun. Tahun pemerintahan Sultan Syariful Hasyim ialah sekitar 1450M, dan tarikh kemangkatannya ialah dalam tahun 1480M.

Syarif Muhammad Kebungsuwan merupakan seorang lagi ahlul bait Rasulullah SAW yang mengasas kesultanan ahlul bait Mindanao di Filipina. Kedatangan Muhammad Kebungsuwan di Mindanao dan usaha penyebaran dakwah yang dilakukannya pada mulanya ditentang oleh penduduk- penduduk setempat, tetapi kemudiannya beberapa pemimpin mereka seperti Tabunaway dan Mamalu telah bersetuju menerimanya dengan baik. Kemudiannya melalui perkahwinan Syarif Kebungsuwan dengan beberapa puteri pemimpin tempatan, mereka pula telah dapat menerima kehadirannya. Akhirnya, Syarif Kebungsuwan telah mendapat pernyataan taat setia daripada ketua-ketua suku penduduk Mindanao yang memeluk Agama Islam di tangannya. Daripada keturunan Kebungsuwan lahirlah dinasti pemerintah ahlul-bait Rasulullah SAW di Mindanao.

Tun Habib Abdul Majid (mangkat 1697M) juga merupakan satu lagi contoh klasik dimana datuknya Sayyid Zainal Abidin, seorang Sayyid berbangsa Acheh telah masuk menjadi keluarga pada keturunan bendahara-bendahara Melaka dan Johor lama melalui perkahwinannya dengan cucu Tun Seri Lanang yang merupakan Bendahara Melaka di zaman Sultan Abdullah Maayah Syah (1615-1623M). Keturunan daripada Tun Habib Abdul Majidlah yang menjadi raja-raja Johor, Pahang dan Terengganu sekarang.

Sejarah peristiwa kemasukan sebilangan ahlul-bait ke dalam istana raja-raja di Alam Melayu sebahagiannya ringkas dan tidak melibatkan siasah politik seperti sejarah Syarif Ali, iaitu Sultan Brunei yang ketiga dan juga Sayyid Harun Jamalullail, iaitu ayahnda kepada Raja Perlis yang pertama. Sedangkan yang lainnya melibatkan siasah politik pemerintah-pemerintah tempatan. Contoh yang paling jelas ialah nenda kepada Tun Habib Abdul Majid, (Bendahara Padang Saujana), iaitu Sayyid Zainal Abidin, seorang ahlul-bait berbangsa Acheh yang masuk menjadi keluarga Bendahara Johor lama sebagai menantu melalui perancangan keluarga pembesar ini, dengan harapan dapat menyuntik ‘daulah zuriat’ dalam kedudukan keluarga bendehara Johor lama tersebut. Itulah sebabnya Sayyid Zainal Abidin dan keturunannya dipilih bagi memberi kesinambungan pada kekuasaan keluarga pembesar Johor iaitu pada kedudukan bendahara dan temenggung, sedangkan waris sebenar masih ramai lagi. Perancangan ini akhirnya membuahkan hasil dengan mendapat restu raja dan rakyat apabila cucu Sayyid Zainal Abidin yang bernama Tun Habib Abdul Majid itu diberi kedudukan sebagai Bendahara Johor dengan mendapat gelaran Bendahara Seri Maharaja kerana beliau bukan sahaja mempunyai susur galur secara langsung kepada keluarga bendahara Johor (nendanya puteri bendahara), kelebihannya yang lain ialah pada zat ahlul-bait yang dimiliki dalam darah dagingnya yang secara otomatik meninggikan statusnya di kalangan masyarakat Islam.

Dalam konteks sejarah kemasukan sebilangan para ahlul-bait ke dalam istana Raja-Raja Melayu sebagai menantu, antara fakta yang menarik ialah faktor pemilihan mereka atau anak cucu mereka dalam memberi kesinambungan kepada pemerintahan negeri. Dalam sesetengah hal, mereka menyambung pemerintahan kerana raja tiada mempunyai waris pemerintahan yang sah, dalam lain perkataan tiada berputera. Namun terdapat juga raja yang mempunyai waris tetapi kesinambungan pemerintahan negeri tetap dianugerahkan kepada menantu atau anak cucu menantu yang berketurunan ahlul-bait Rasulullah SAW itu. Hal ini terjadi semata-mata atas kesedaran agama yang menekankan soal nasab dalam pemerintahan umat Islam.

Share/Bookmark

Wednesday, August 20, 2008

Kenapa sambutan kemerdekaan ke-51 hambar?


Share/Bookmark SEMARAK merdeka masih tidak sampai tahap membahang sedangkan detik 31 Ogos sudah semakin hampir. Jika kibaran Jalur Gemilang dijadikan sebagai penanda aras kemeriahan merdeka, mengapa tahun ini dirasakan begitu hambar sambutannya?

Ulang tahun kemerdekaan negara kali ke-51 yang bertemakan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dilihat tidak bermaya berbeza keadaannya dengan sambutan Jubli Emas pada tahun lalu atau tahun-tahun sebelumnya.
Pelbagai faktor mendorong wujudnya kemuraman sambutan merdeka tahun ini selain daripada ada kaitan dengan langkah penjimatan dalam perbelanjaan negara yang telah diumumkan oleh kerajaan. Tiada lagi pemberian bendera percuma bukannya penyebab tunggal.

Paling ketara ialah rakyat lebih menumpukan soal mengisi 'perut' daripada menggantung atau mengibarkan bendera. Sebaliknya, Hari Kemerdekaan pula dianggap sekadar cuti biasa untuk rakyat melepas lelah selepas penat setiap hari bekerja.
Peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan harga bahan api sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63 peratus diesel bermula 5 Jun lalu telah memaksa rakyat mahu tidak mahu bekerja dan terus-bekerja dari sebelum terbit matahari hinggalah ke malam hari.

Oleh sebab itu, hal-hal yang bukannya berorientasikan wang secara langsung seperti menyambut kemerdekaan tidak mendapat perhatian utama rakyat marhaen.
Kehangatan sambutan kemerdekaan juga dialihkan kepada minat rakyat membincangkan gegak-gempita siri-siri 'drama politik' yang mutakhir ini kian panas.

Lafaz sumpah atau mubahalah Mohd. Saiful Bukhari Azlan diikuti pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan sehinggalah dakwaan mengaitkan bahawa Akta Rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 mendapat perhatian rakyat berbanding soal menyambut kemerdekaan.

Walaupun begitu, tidaklah tepat jika premis hujah masyarakat sibuk membicarakan pergolakan politik tanah air selain daripada fokus rakyat dalam mencari rezeki sebagai dua punca utama dinginnya sambutan rakyat terhadap ulang tahun kemerdekaan.

Ini kerana rakyat negara jiran, Indonesia yang lebih getir berdepan dengan masalah hidup dan tidak kurang hebat rencam politiknya tetap meriah malah kreatif dalam meraikan ulang tahun kemerdekaan negaranya ke-63 pada 17 Ogos lalu.

Jadi, mengapa masyarakat kita seperti tidak teruja dengan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini?

Adakah berpunca daripada kegagalan kita selama ini mewujudkan satu rupa bentuk bangsa Malaysia yang memiliki penghayatan jiwa nasionalisme dan patriotisme yang tinggi sehingga mampu membenam faham cauvinisme dan saling mencurigai?

Oleh MOHD. ARIF ATAN


Share/Bookmark

USAH LAYAN LONGGARKAN KUOTA RUMAH BUMIPUTERA


Share/Bookmark TINGGAL kira-kira seminggu lagi, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini.

Ketika orang ramai menantikan pengumuman bajet yang diharapkan meredakan keresahan mereka akibat kenaikan harga minyak dan barangan, ada kalangan tertentu tidak melepaskan peluang untuk mengharapkan sesuatu.

Dalam usaha kerajaan untuk menyusun semula masyarakat terutama mengimbangkan komposisi kaum di kawasan perumahan atau bandar baru, sikap Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) nampak berbeza.
Apa yang kita hairan ialah REHDA masih tidak putus asa dengan terus mendesak kerajaan melonggarkan kuota jualan rumah bumiputera untuk dijual kepada pasaran terbuka.

Nada permintaan REHDA itu nampak berhemat dengan berharap kerajaan menyemak semula dasar kuota bumiputera untuk tidak melebihi 30 peratus supaya ia memberi rangsangan kepada sektor perumahan.
REHDA juga mahu mekanisme pengeluaran kuota bumiputera diseragamkan, disusun dan telus.

Bagi Bajet 2009, REHDA meminta diskaun bumiputera dihadkan kepada lima peratus dan terpakai hanya bagi rumah berharga RM250,000 dan ke bawah.
Kerajaan juga diminta menimbang mengecualikan rumah kos rendah dan kos sederhana daripada diskaun bumiputera.

Malah REHDA mahu kerajaan menyemak semula harga siling perumahan kos rendah berharga daripada RM42,000 hingga RM60,000 sebuah kepada RM75,000 sebuah di Lembah Klang memandangkan peningkatan kos bahan binaan.
Soal kuota rumah milik bumiputera nampaknya terus dijadikan faktor penyebab masalah industri perumahan kurang berkembang.

Dalam perkara ini, kerajaan harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Kerajaan jangan termakan pujuk rayu pemaju hingga melonggarkan beberapa syarat bagi membolehkan rumah tersebut dijual.
Kita amat bimbang jika permintaan REHDA itu dilayan, ia akan menjadi ikutan pada masa akan datang apabila kerap kali mereka menghadapi masalah kuota rumah bumiputera yang tidak terjual.

REHDA tidak wajar melupakan syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan sewaktu mereka memohon memajukan kawasan perumahan.
Apa yang mungkin dapat dibantu bagi mengatasi masalah kuota bumiputera yang gagal dijual, kita cadangkan agensi kerajaan membelinya dahulu bagi pihak bumiputera. Itu pun jika wujud polisi yang membenarkan agensi kerajaan berbuat demikian.

Jika tidak, pemaju perlu menawarkan pakej harga istimewa yang mampu dibeli mengikut kemampuan pembeli bumiputera.
Permintaan REHDA dalam beberapa perkara yang melibatkan kuota bumiputera jangan dilayan atau diberi kelonggaran.
Kerajaan perlu mengingatkan pemaju bahawa mereka jangan hanya memikirkan keuntungan dan memenuhi sasaran bagi kuantiti sahaja, tetapi perlu mengambil kira dasar membantu rakyat memiliki rumah sendiri dan mengukuhkan perpaduan kaum.


Share/Bookmark

Monday, August 18, 2008

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar


Share/Bookmark TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).
Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.
Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.
Maka, atas sebab itu, Rohan tidak da- pat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.
Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.
Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.
Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.
Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.
PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.
Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.
Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.


Share/Bookmark

Usah biar Melayu makin celaru


Share/Bookmark ADAKAH sekarang orang Melayu sedang ditertawakan oleh orang lain lantaran pemimpin dan masyarakat kita sa- ling melatah, bercakaran dan makin ber- celaru minda dan tindakannya?

Mutakhir ini, ada sahaja berita yang pastinya menyebabkan ramai orang Melayu gusar akan nasib bangsanya. Dalam hal berkaitan pendidikan sahaja, cadangan agar UiTM dibuka 10 peratus kepada bukan Melayu adalah rentetan daripada tindakan membenarkan kemasukan peratusan yang sama ke dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) beberapa tahun lalu serta peningkatan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sehingga 45 peratus kepada pelajar bukan Melayu.


Itu belum disentuh tentang soal hakisan tanah-tanah milik Melayu di kawasan bandar termasuklah di ibu negara seperti yang menghantui para penghuni kampung-kampung Melayu tradisi di sekitar Kuala Lumpur.
Kebimbangan orang Melayu makin ketara jika dikaitkan dengan pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Hanya orang Melayu yang taksub pada politik kepartian yang disokongnya sahaja tidak khuatir dengan nasib anak cucunya kelak.

Ini kerana pilihan raya 'kecil' tersebut yang sebenarnya besar signifikannya pada landskap politik negara ini dikatakan akan membawa kepada peralihan kuasa pada 16 September depan iaitu lebih awal daripada pertengahan 2010 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Apa yang digusarkan apabila melihat kecenderungan sebahagian pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kepentingan dan hak bangsanya sendiri ha- nya kerana mahu mengambil hati orang lain walaupun telah sedia termaktub da- lam Perlembagaan.

Mereka bukannya nasionalis bangsa sebaliknya hanya golongan oportunis yang hanya tahu mengambil kesempatan dan tidak peduli akan maruah dan survival bangsanya sendiri.

KeterlaluanIni dapat dibuktikan apabila menjelang hari penting seperti musim pilihan raya. Kehendak dan tuntutan orang lain cepat sahaja dipenuhi secara keterlaluan hingga mengabaikan kedudukan orang Melayu.
Jika begini halnya, bagaimanakah apa yang dipanggil hak orang Melayu itu dapat dikekalkan kelangsungannya?

Jumlah kaum bumiputera yang hampir 17 juta orang iaitu 62 peratus daripada seluruh rakyat negara ini seperti tidak bermakna apabila banyak cadangan atau keputusan yang dibuat hanya lebih banyak menguntungkan orang lain.
Adakah apa yang berlaku ini petanda pemimpin Melayu sanggup menggadaikan bangsanya hanya kerana mahu berada di tampuk kuasa?

Lantaran mahu mengambil hati orang lain juga, pemimpin kita sewenang-wenangnya sanggup berubah jati diri dengan membelakangkan dasar-dasar kebangsaan yang umum diketahui berteraskan Melayu berkaitan bahasa, pendidikan dan kebudayaan kebangsaan.

Ironinya, mereka jugalah yang melaungkan agenda memelihara hak orang Melayu sedangkan dari segi kesungguhan politik dalam memelihara hak orang Melayu ternyata masih kurang di sana sini.
Ketika pemimpin Melayu begitu celaru mempertahankan kepentingan Melayu lantaran mahu mengambil hati orang lain, pemimpin kaum lain pula sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang begitu lantang dan konsisten sehingga tahap tidak mempedulikan kedudukan Melayu lagi.

Sampai bila kita mahu melihat orang lain bertepuk tangan gembira melihat kecelaruan pendirian, sikap dan tindakan pemimpin serta orang Melayu hari ini?

Oleh MOHD. ARIF ATAN


Share/Bookmark

Sunday, August 17, 2008

Tidak ada kontrak sosial Malaysian Malaysia


Share/Bookmark PENASIHAT DAP Lim Kit Siang berprasangka laporan Bernama mengenai ucapan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa di Perhimpunan Pemuda Pas di Ipoh baru-baru ini yang mengatakan DAP anti Islam adalah misreporting atau salah lapor. Sehingga kini tidak ada penafian daripada Nasharuddin.

Sikap Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sama sahaja, jika sesuatu laporan itu tidak memihak mereka, maka mereka akan mengatakan diputar belit, salah dan sebagainya. Pengikut-pengikut fanatik mereka akan terus percaya. Bagaimanapun, oleh kerana hingga hari ini tidak ada penafian daripada Nasharuddin maka kita boleh terima laporan itu sebagai benar.
Untuk membersihkan diri daripada anggapan anti Islam itu, Kit Siang menjelaskan dalam blognya bahawa apa yang ditentangnya ialah penyelewengan terhadap kontrak sosial negara bermasyarakat majmuk, pelbagai agama, demokratik dan sekular.
Dia tidak anti Islam, dia menerima Islam sebagai agama rasmi tetapi bukan Malaysia sebagai negara Islam.

Siapakah sebenarnya yang tidak menghormati kontrak sosial, siapakah yang mahu menggunakan papan tanda jalan bahasa Mandarin di Pulau Pinang, siapa mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Siapa tidak mahu memakai songkok hitam di majlis rasmi diraja dan siapakah yang menyokong perbahasan terbuka atas perkara-perkara sensitif di bawah Akta Hasutan?

Yang perlu dijelaskan oleh Kit Siang ialah apakah beliau menerima kedudukan layanan istimewa terhadap orang Islam (Melayu) yang sesuai dan dikehendaki dari segi taraf kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara yang tentunya lebih istimewa tarafnya daripada agama-agama lain di negara ini? Jika Kit Siang menerima kedudukan Islam sebagai agama rasmi maka mengapa beliau menyokong Majlis Peguam mengadakan perbincangan bidang kuasa mahkamah syariah secara terbuka?

Cakap Kit Siang sama macam cakap 'bapa angkatnya' Lee Kuan Yew. Semasa Singapura dalam Malaysia dahulu dia berkali kali menyatakan penerimaan terhadap hak istimewa orang Melayu tetapi yang tidak dipersetujuinya ialah ketidakadilan dalam pelaksanaannya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Harus diingatkan di samping kelemahan dan ketirisannya, dasar itulah yang telah mengupayakan orang Melayu menjalankan universiti sendiri, membuka hospital sendiri, mengendalikan bank-bank dan institusi kewangan yang berjaya dan yang melahirkan profesional Melayu.Dalam tiap sistem ada kebocorannya tetapi di Malaysia kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan juga kedudukan hak istimewa orang Melayu telah menaikan taraf dan maruah Islam dan Melayu di negara ini dan di mata dunia, di samping tidak merugikan masyarakat bukan Melayu.

Ini semua membuktikan bahawa dasar kerajaan Malaysia selama ini terutama dasar Islam dan DEB telah menjadi diskriminasi konstruktif yang menyumbang kepada kestabilan negara dan membolehkan orang bukan Melayu hidup selamat di samping orang Melayu.
Kit Siang tidak anti Islam tetapi dia anti keistimewaan status agama Islam di negara ini yang secara langsung memberikan kelebihan taraf kepada orang Melayu sebagai orang Islam. Namun demikian orang Melayu tidak lupa daratan, tidak mendirikan masjid atau surau di mana-mana tanpa izin daripada pihak yang berkuasa.

Kedudukan Islam memang sebagai agama rasmi negara dan tidak termaktub dalam Perlembagaan bahawa Malaysia Negara Islam.
Namun hakikatnya negara Islam lain di dunia memang memandang Malaysia sebagai 'Negara Islam Contoh' kerana pemodenan dan kemajuannya sekalipun tidak mengamalkan undang-undang Islam yang menggerunkan DAP. Kit Siang menyedari hakikat ini.

Lebih daripada itu kerajaan pimpinan orang Islam di Malaysia dapat mendirikan sebuah bandar bercirikan Islam yang melambangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara yang meyakinkan pelawat bahawa Malaysia negara Islam. Kit Siang tidak senang dengan pencapaian ini kerana ia menampakkan ketidak samarataan seperti yang dihasratkan oleh semangat Malaysian Malaysia.

Kelebihan taraf Islam di Malaysia menampakkan kelebihan Melayu.
Maka itu dari segi perlembagaan, tafsiran Nasaruddin bahawa DAP anti Islam adalah benar. Perisytiharan Kit Siang bahawa dia tidak anti Islam sebaliknya menentang pengkhianatan terhadap kontrak sosial adalah suatu percubaan untuk menutup warnanya di sebalik sehelai lalang.

Kontrak sosial yang tidak dihormati yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah kontrak sosial Malaysian Malaysia yang cuba dibawa dari Singapura pada tahun I965 dan bukan kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh rakyat Malaya ketika hendak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun dahulu.


dipetik dari utusanonline. Ditulis oleh ZAM, Kuala Lumpur
Share/Bookmark

Macam sesumpah...warna berubah ikut kepentingan


Share/Bookmark Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan hak berdemonstrasi yang selama ini menjadi ‘isu belasahan’ DAP untuk meyerang kerajaan, terus menjadi bahan serangan parti itu tetapi kali ini daripada sudut yang berbeza.
Jika selama ini ISA ditentang dan dicabar penggunaannya serta demonstrasi diangkat sebagai hak yang perlu dihormati, kini parti itu mahu ISA digunakan dan mereka yang berdemonstrasi pula mesti dikenakan tindakan.

Sebabnya, mudah sahaja. Ia kerana demonstrasi yang diadakan bagi menghalang forum Memeluk Islam tidak menepati ’selera’ mereka. Hal ini jelas daripada kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Bukti Gelugor, Karpal Singh yang mempersoalkan kenapa pihak polis membenarkan demonstrasi diadakan di hadapan bangunan Majlis Peguam semasa forum berkenaan dijalankan.

Jika selama ini mereka membantah sekatan berdemonstrasi hingga membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat, kenapa pula kali ini lain macam ’lagu’ yang didendangkan. Kenapa kali ini hak berdemonstrasi tidak dihormati dan mahu pihak polis bertindak tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi berkenaan. Ini boleh membawa andaian hanya kerana forum berkenaan sarat serta selari dengan agenda perjuangan parti itu yang selama ini dilihat tidak mesra Melayu dan Islam, maka hak untuk berdemostrasi pula dinafikan.

Lebih teruk lagi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan P. Gunasekaren mahu pihak polis menggunakan ISA terhadap mereka yang terbabit dengan demonstrasi hingga membawa kepada pemberhentian forum Memeluk Islam berkenaan. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi jaguh demonstrasi dan bercakap tentang kebebasan juga senada dengan pasangannya DAP.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua secara khusus menyatakan, pihaknya masih menunggu Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin memberikan penjelasan kenapa beliau terlibat dengan demonstrasi itu. Zulkifli dalam kenyataanya sebelum ini dengan keras memberi amaran kepada Majlis Peguam agar jangan campur tangan dalam urusan Islam dan secara terbuka mengambil bahagian dalam demonstrasi yang turut dihadiri oleh penyokong PAS serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam.

Senang cakap, bila menguntungkan mereka, mereka akan berusaha untuk menjadi jaguh dalam isu berkenaan. Bila ada kenaikan harga minyak, mereka berdemosntrasi untuk menjadi jaguh rakyat. Bila ada forum yang mencabar kepentingan Islam dan Melayu yang selari dengan selera mereka, mereka pula membantah demonstrasi kerana hendak jadi jaguh kepada mereka yang selama ini tidak senang dengan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam. Bak kata orang Pulau Pinang ’pi mai pi mai tang tu juga’. Apa pun yang berlaku, mereka mahu dilihat jaguh walaupun ada kalanya ia bertentangan dengan prinsip dan pegangan mereka selama ini.

Juga seperti perumpamaan ’macam sesumpah’, warna mereka akan berubah ikut keadaan. Jika ia menguntungkan politik mereka, mereka akan mendabik dada merekalah pejuang kebebasan. Bila tidak, warna mereka berubah dan yang bebas selama ini akan dikatakan sebagai satu pengkhianatan.

dipetik dari agendadaily


Share/Bookmark

Wednesday, August 13, 2008

Timbalan Presiden PAS bersuara...kenapa boleh bersekutu dengan DAP tapi tak boleh dekati UMNO


Share/Bookmark Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ini dikira agak mengejutkan.Ia satu teguran terbuka terhadap golongan dalam PAS yang menentang muzakarah parti itu dengan UMNO. Berucap merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-49 di Ipoh Rabu selain menjelaskan pertemuan yang diadakan dengan kalangan pimpinan UMNO itu adalah keputusan Majlis Syura yang merupakan pimpinan tertinggi parti, beliau turut mempersoalkan kenapa PAS tidak boleh dekati UMNO sedangkan ia boleh bersekutu dengan DAP yang memusuhi Islam.

"Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati UMNO. Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan UMNO atas keputusan Syura Ulama, tak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan,” kata Nashruddin. Bukan rahsia lagi kalangan pimpinan dalam parti itu yang kuat sekali menentang muzakarah dengan UMNO ialah mereka yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dikatakan bertegang urat mempertikaikan hal itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur pada 31 Julai baru ini yang berlangsung selama lima jam. Difahamkan mereka kurang senang kerana menyangka Nasharuddin mempelopori pertemuan dengan para pemimpin UMNO yang diadakan secara sulit itu.Malah timbul desas desus mengatakan ada yang hendak mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya.

Selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat itu isu muzakarah yang agak heboh sebelum itu tiba-tiba terus slowdown. Dalam ucapannya,Nasharuddin yang dilihat sebagai pemimpin PAS yang moderate telah memberi peringatan kepada ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura dalam isu muzakarah dengan UMNO, bahawa ia boleh disifatkan sebagai melanggar disiplin parti. Tambahnya, kepimpinan parti itu menyedari ada kalangan ahli PAS yang tidak bersetuju muzakarah dengan UMNO diadakan, selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. "Peraturan kita didasari al-Quran dan as-Sunnah, jangan ada di antara kita yang kata Quran itu lain dan politik lain.

Ahli-ahli kena bertenang dan menerima apa yang berlaku ini dengan patuh. Tidak sedarkah bahawa kita melanggar disiplin parti dengan tidak bersetuju dengan keputusan itu," tegasnya. Menurut Nasharuddin, isu muzakarah perlu dijelaskan oleh pemimpin tertinggi parti bagi memastikan anggota memahami sepenuhnya isu ini dan tidak lagi tertanya-tanya kenapa PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO. Katanya, dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar. "Kita pergi jumpa UMNO untuk bagi tahu mereka syiar Islam sebenar...Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perangpun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," ujar beliau. –

dipetik dari agendadaily.




Share/Bookmark

Tuesday, August 12, 2008

Malaysia diancam Interfaith Council (IFC)


Share/Bookmark Nama penuhnya adalah Interfaith Council (IFC). Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). IFC didalangi beberapa pemimpin dari pertubuhan yang berlandaskan politik baik di dalam mahupun di luar negara manakala mereka berlandaskan pula ‘instruction’ dari pertubuhan atau agensi yang bukan berlandaskan politik (iaitu sebagai mastermind kepada dunia politik) di luar negara berpengkalan di USA, Israel, German, United Kingdom, Australia, France dan beberapa negara yang lain. Pertubuhan atau Agensi tersebut dikawal selia pula oleh suatu pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai "Shadow Government" atau "Hidden Hand".

Konsep hierarki ini ialah seperti berikut:






Pluralism (juga perhatikan pada lambang agama yang paling utara iaitu yahudi, di sebelah kirinya ialah lambang burung iaitu agama/fahaman yang berasal dari pemerintahan Firaun

Sebenarnya konsep IFC yang berselindung di pertubuhan-pertubuhan tertentu sama saja dengan pertubuhan ajaran sesat yang telah difatwakan sesat oleh pihak Jakim. Tidak boleh bergerak di bawah pertubuhan A, maka mereka bergerak pula di bawah pertubuhan B dengan sedikit twist dalam objektif, perlembagaan dan sebagainya (teknik rebranding dan teknik ‘berpayung’ di bawah mana-mana organisasi sah).




Dari kiri, Peter Schier, perwakilan Malaysia, Konrad Adenauer Foundation (KAF); Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, pengarah eksekutif, Middle Eastern Graduate Center (MEGC). KAF sering menaja program Anwar, IKD dan MEGC khususnya berkaitan dengan seminar dan penerbitan buku. Khalid Jaafar adalah bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim (Semasa Anwar TPM). Manakala Al-Mustaqeem Mahmod Radhi adalah anak buah Khalid Jaafar yang menjadi penulis IKD dan penerbit buku-buku pluralisme melalui syarikatnya MEGC.

Begitu juga contoh dalam perniagaan, seperti sebuah syarikat yang telah busuk namanya dan pemiliknya mendaftarkan nama syarikat yang baru pula yang kononnya "clean" (pemilik sama, syarikat saja berbeza). Begitulah caranya Yahudi dan Nasrani memperdayakan umat Islam.



IFC ialah satu masterplan oleh golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyelewengkan akidah umat Islam.

Shadow Goverment sangat berbahaya. Merekalah penggerak ketenteraan sesebuah negara maju seperti contoh USA dan juga pemberi arahan kepada pemimpin negara tersebut. Merekalah juga pencipta watak palsu seperti Osama dan peristiwa 11 September untuk menghalalkan cara mereka di Afghanistan dan Iraq. Tapi, jangan lupa, merekalah juga penggerak dalam operasi memincangkan umat Islam. Ini adalah kerana kekuatan agama itu sendiri lebih kuat dari ketenteraan. Mereka hendak ‘pukul rata dan habis’ dan yang penting, mereka dapat menjajah sesebuah negara dan memperolehi hasil 2 dalam 1 (penaklukan dan pra-dakwah). Dasar ‘divide and rule’ bukan berlaku dalam penjajahan, tapi dalam keagamaan juga. Contohnya ialah dengan melaga-lagakan antara puak Sunnah dan Syiah dan menggunakan media seperti CNN (bagi menerapkan di minda bawah sedar penonton), walhal sebelum ini Sunnah dan Syiah tiada masalah apa-apa pun (terutama bab label-melabel).


Berikut merupakan 14 tuntutan IFC:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


maklumat lanjut baca di http://mykmu.net


Share/Bookmark

Kuota UiTM hendak di buka ....apa dah jadi ni?????


Share/Bookmark Usul Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka kuota pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), ini merupakan satu ancaman besar kepada kaum bumiputera khususnya bangsa Melayu. Kerana ia akan menyebabkan anak bangsa kita makin di tinggalkan jauh berbanding bangsa lain.

Memang diakui bangsa kita masih lemah dalam penguasaan akademik, maka dengan mengekalkan UiTM sebagai universiti untuk bumiputera, ia dapat memelihara keistimewaan orang Melayu supaya tempat mereka di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjamin.

Walaupun begitu, ia bukan bermakna pelajar Melayu takut untuk bersaing dengan bangsa lain, tetapi apabila melihat bagaimana majoriti penguasaan akademik dimonopoli oleh bukan bumiputera ia akan menampakkan lagi jurang di antara mereka.
Bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing.


Persaingan tidak hanya perlu di peringkat dalam IPTA. Kerana sememangnya wujud persaingan lain dengan bukan Melayu apabila berlangsungnya program-program antara universiti seperti pertandingan, sukan dan sebagainya.
IPTA dan IPTS yang mempunyai kuota untuk bukan Melayu sudah banyak di negara ini, maka tidak perlulah untuk kita membuka kuota baru pula di UiTM.

Untuk membentuk persaingan secara global, kita tidak perlu untuk membuka kuota terhadap bangsa lain, dengan alasan untuk meningkatkan keserasian dan kemesraan dengan bangsa lain. Ini kerana pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha untuk membentuk masyarakat makmur berbilang kaum.

Apa yang perlu ialah pihak UiTM harus meningkatkan kualiti pembelajaran di kalangan pelajarnya selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin membentuk identiti pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi dan mampu bersaing dalam industri di peringkat global. Tindakan Menteri Besar Selangor ini juga hanyalah atas kepentingan politik untuk mengekalkan sokongan pengundi bukan melayu.

Sekiranya hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Perkara ini sepatutnya di cadangkan dari peringkat sekolah rendah dan semestinya hanya wujud satu sekolah sahaja (untuk menggalakkan perpaduan).

Janganlah sesekali mempertikaikan hak keistimewaan bangsa sendiri. Fikir masa hadapan bangsa Melayu. Ini isu sensitif. Cukup-cukuplah pihak beliau membuat pelbagai kenyataan sensitif mengenai maruah bangsa Melayu. Jangan calarkan maruah bangsa sendiri.
Kalau bukan kita sebagai pemimpin yang membela dan menjaga bangsa sendiri, siapa lagi? Jangan kerana mahu menjaga hati sesetengah pihak, hak dan maruah bangsa Melayu sendiri tergadai. Sampai bila mahu menyerahkan segala hak atas dasar demokrasi dan tidak mahu dianggap bersikap perkauman sedangkan bangsa lain terang-terang bersifat perkauman tanpa menjaga perasaan orang melayu. Segala benda hendak dituntut dan dipertikaikan sedangkan mereka hanyalah pendatang sahaja pada asalnya.



Share/Bookmark

Monday, August 11, 2008

Hasutan di sebalik kebebasan bersuara


Share/Bookmark FORUM 'Memeluk Islam' yang dianjurkan Majlis Peguam Sabtu lalu, walaupun ditamatkan lebih awal, namun tetap menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam di negara ini.
Sikap angkuh dan degil majlis itu yang tetap meneruskan forum tersebut di sebalik pelbagai bantahan, menunjukkan mereka sedikit pun tidak mempunyai rasa hormat terhadap umat Islam di negara ini.


Malah atas nama kebebasan bersuara, Majlis Peguam mencetuskan provokasi dengan meneruskan forum bagi membincangkan isu berkaitan orang Islam yang nyaris berakhir dengan satu tragedi hitam.
Bayangkan apa akan jadi jika polis tidak bertindak menasihatkan supaya ia ditamatkan lebih awal? Sudah tentu akan berlaku pertelingkahan yang lebih serius dengan kesudahannya tidak dapat kita bayangkan.


Sebab itu, Majlis Peguam atau pemimpinnya wajar dikenakan tindakan kerana apa yang dilakukan itu boleh mencetuskan insiden perkauman yang membawa kepada situasi porak peranda dalam negara. Bunga-bunga ke arah itu jelas kelihatan Sabtu lalu apabila pemimpin serta penyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mula menyerbu ke dalam dewan mendesak forum itu dihentikan segera.

Sikap mahu menguji toleransi orang Islam dan kaum Melayu di negara oleh Majlis Peguam tidak boleh dibiarkan berterusan. Jika Majlis Peguam yang mana ahlinya tidak menggambarkan keadaan sebenar kedudukan kaum di negara ini mengatakan itu merupakan hak mereka untuk bersuara, maka kumpulan yang membantah forum itu juga mempunyai hak yang sama. Yang menjadi masalah sekarang ialah Majlis Peguam menggunakan kebebasan itu untuk melakukan provokasi dan bermain dengan isu sensitif membabitkan agama lain.

Sebagai satu badan yang dianggotai oleh peguam-peguam handal dan terkemuka, majlis itu tentu tentu sedar risiko apabila isu membabitkan sensitiviti agama dan kaum dibincangkan secara terbuka. Ini bukan kali pertama Majlis Peguam cuba menguji kesabaran dan toleransi orang Islam dan Melayu di negara ini.

Forum yang menyentuhkan hak istimewa orang Melayu sebelum ini juga turut mengundang kontroversi. Sebab itu pelbagai pihak terutama NGO Melayu dan Islam meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Peguam.
Jangan hanya kerana badan itu dianggotai oleh para peguam maka mereka boleh dibiarkan melakukan apa sahaja termasuk menghasut rakyat menggunakan isu kaum dan agama.

Seperti kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, saluran perundangan seperti Akta Hasutan boleh digunakan jika Majlis Peguam masih berdegil dan mahu meneruskan forum yang dilihat boleh membangkitkan kemarahan rakyat.
Perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama yang wujud di negara ini tidak boleh dibiarkan hancur di tangan kumpulan kecil yang kononnya mahu menegakkan kebebasan bersuara.

Share/Bookmark

Pulau Pisang Jangan Dijadikan Pulau Putih Mata


Share/Bookmark

Atas : Rumah Api Pulau Pisang





Kedudukan Pulau Pisang dari pandangan satelit.



Pembesaran kawasan rumah api P. Pisang sejak 80-an

PONTIAN 11 Ogos - Singapura dipercayai telah melakukan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang, yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA), bermula sejak awal tahun 1980-an lagi, menurut waris-waris pemilik kebun buah-buahan di pulau itu.

Seorang waris terbabit, Zaiful Ismail, 39, berkata, usaha republik berkenaan turut meliputi kerja-kerja membesarkan jeti persendirian miliknya dan laluan daripada jeti ke rumah api terbabit.
"Singapura telah melakukan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu sejak 1980-an lagi, tetapi pihak berkuasa negara ini tidak menyedarinya, mungkin kerana isu rumah api Pulau Pisang tidak sehangat pada ketika itu, berbanding masa ini."

"Apa yang pasti, Singapura telah bertindak membesarkan kawasan rumah api, laluan serta jeti di Pulau Pisang itu. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada saiz ketiga-tiga struktur tersebut ketika ini," katanya, hari ini.

Zaiful berkata, menurut perjanjian di antara Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir James Alexander Sweethenham pada 6 Oktober 1900, kawasan keluasan rumah api yang dipersetujui adalah satu ekar, satu rod dan 18 poles.Keluasan laluan daripada jeti ke rumah api pula ditetapkan pada satu ekar dan lima poles, manakala keluasan jeti pula adalah 17 poles, menurutnya.

"Bagaimanapun kini kawasan rumah api di puncak pulau itu semakin besar apabila Singapura membina pagar kedua, kira-kira 100 meter daripada pagar lama.Laluan pejalan kaki dari jeti ke rumah api turut dibesarkan supaya jentera berat boleh menggunakannya," katanya.

Laluan ke rumah api itu sebelum ini, katanya hanya dilengkapi dengan tangga pejalan kaki tetapi kini diganti dengan laluan yang lebih besar bertujuan memudahkan traktor untuk mengangkut pelbagai barangan. Singapura, katanya turut membina sebuah stor simpanan di jeti, yang tidak termasuk di dalam Perjanjian 1900 yang ditandatangani.

"Tindakan Singapura membesarkan kawasan rumah dan pelbagai kemudahan lain itu jelas bercanggah dengan perkara di dalam Perjanjian 1900. Kita perlu menangani perkara ini sebelum ia terlambat," kata Zaiful.
Pulau Pisang yang terletak kira-kira 8km daripada Pontian menempatkan sebuah rumah api yang ditadbir oleh Singapura.

Seorang lagi waris pemilik kebun di pulau terbabit, Abdul Razak Malutak, 66, berkata kawasan rumah api yang ditadbir republik itu turut mempunyai kemudahan bagi pendaratan helikopter. "Pada tahun-tahun 80-an, penduduk kadangkala melihat helikopter Singapura di kawasan rumah api terbabit sedang menghantar barangan-barangan berat untuk kegunaan rumah api itu," katanya.

Berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague yang memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura, beliau meminta kerajaan Malaysia supaya berhati-hati dengan sebarang tindakan yang dilakukan oleh republik itu di Pulau Pisang.

- Bernama

Share/Bookmark

Sunday, August 10, 2008

Kekalkan Kemerdekaan Dengan Bersifat Membina Bukan Menghancurkan


Share/Bookmark Alhamdulillah, orang Islam di Malaysia bersyukur kepada Allah kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa pembantahan Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 didakwa tercetus oleh salah faham dimana orang Cina berkumpul dan fitnah tersebar dengan luas mengatakan orang Cina mahu menyerang orang Melayu.

Peristiwa sama mungkin berlaku jika bukan kerana PDRM menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menasihatkan Majlis Peguam membatalkan Forum Memeluk Islam. Ini kerana jika orang Melayu berkumpul dan jika ada sedikit kekasaran antara kaum, khabar angin akan cepat tersebar mengatakan India, Melayu dan Cina bergaduh, persis peristiwa Jalan Klang Lama 10 tahun nan lalu.

Tahniah pada PDRM dan kepada Majlis Peguam, jangan diuji perpaduan Islam. Mungkin anda tidak takut, anda tidak rugi, tetapi percayalah, jika rusuhan kaum berlaku di Malaysia kerana segelintir manusia yang mahukan “kebebasan”, maka kita semua umpama yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, muhasabahlah diri. Apakah kebebasan yang mahu kita, rakyat Malaysia kecapi? Tidak cukup bebaskah rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian? Mana tempat di Malaysia yang rakyat Malaysia tidak boleh pergi? Atau ada sekatan waktu untuk masuk ke Bandar Kuala Lumpur mengikut warna kulit ataupun warna plet kenderaan? Adakah kita ditangkap seperti di Singapura dan Indonesia(Zaman Suharto) apabila mencerca pemimpin dengan pelbagai gelaran termasuk Maha Firaun, Kafir, Zalim, Kronisme, Nepotisme, Bodohlah, Pembunuh, C4, Altantuya dan sebagainya? YA! Kita sudah merdeka! Kemerdekaan pada kita sudah mencapai setengah abad, namun, mengekalkan lebih sukar dari mencapai kemerdekaan!!

Selepas PRU 12 lepas, Malaysia semakin hilang arah, hilang pedoman dan semua Parti Politik mempunyai krisis. Samada UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR, PAS, sehinggalah kepada Gerakan, PPP, malah Parti Komponen yang lebih kecil semua tidak terlepas dalam menghadapi krisis. Kenapakah ini terjadi? Adakah tiang utama yang menunjang Malaysia sudah goyang sehingga mengakibatkan seluruh struktur dan sistem kehidupan Malaysia goyah?

Malangnya, pada saat yang amat sukar ini, masih ada golongan yang mementingkan diri cuba menangguk di air yang keruh. Mereka cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan dan kepincangan Malaysia kita masakini. YA! Mereka juga rakyat Malaysia tetapi mereka bersifat “destructive” atau memusnahkan. Di mana di saat ini setiap rakyat Malaysia yang sayang pada Negara Malaysia wajar bersifat “constructive” atau membina.

Tidak cukup dengan sindrom dan permasalahan kuasa tertinggi di Malaysia, jawatan sehingga kepada Ketua Cawangan UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA, MIC juga berjangkit dengan sindrom jangan bertanding. Sindrom serah kuasa ikut suka hati sendiri. Sindrom melantik anak menantu sendiri mengikut kelayakan. Sindrom demokrasi terpimpin. Sindrom orang lain salah, diri sendiri betul dan sempurna. Sindrom skandal dan seks. Sindrom taksub kepada pemimpin “politik”. Sindrom blog ikut suka rasa, kepentingan, kesukaan dan emosi.

Sindrom terbalikkan bendera. Sindrom gila kuasa, sindrom baru dapat kuasa, sindrom menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan dan pelbagai lagi. Sindrom berkuasa kerana mahu projek, mewah, kaya. Sindrom menindas rakyat yang lemah. Sindrom fitnah, ikut suka mulut dan ikut kata Syaitan.

Pokoknya, kita adalah rakyat Malaysia wajib menjaga Negara kita, dan jika tidak tahu bagaimana mahu menjaga Negara, janganlah kita mengambil bahagian menghancurkan Negara pula. Kita harus menghormati setiap insan tidak kira siapa mereka dan menjaga sensitiviti mereka. Setiap kelakuan, ucapan, kenyataan dan tindakan kita perlu memikirkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan semata-mata kerana kita secara individu tidak suka terhadap sesuatu. Janganlah diseksa babi semata-mata kerana kita tidak makan babi, TETAPI Janganlah pula dibela babi di tempat orang yang tidak makan babi. Janganlah memblog dan menulis sesuka hati semata-mata kita tidak suka pada sesuatu. Sememangnya, kita harus jadi kritis, harus jadi penentang, harus jadi mata, kaki, tangan, telinga, mulut, hidung, bagi mempertahankan kemerdekaan.

Bagi bersama-sama memacu Malaysia. Kini, adalah waktu terbaik. Bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, ideologi, kedudukan, pendapat, prinsip, semua kita Malaysia, perlu bersifat membina dan bukan menghancurkan.

Kerana inilah Negara Kita. Kerana Negara Malaysia, adalah bumi Melayu. Kerana Negara Malaysia adalah tanah tumpah darah Cina. Kerana Negara Malaysia adalah IBU orang India. Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Chin, Tun V.T. Sambathan telah merayu kepada China dan India supaya Cina dan India boleh pulang kepada Negara Asal tetapi DITOLAK. Maka, Negara Malaysia adalah Negara kita dan ini waktu untuk membuat keputusan. Jika anda seorang rakyat Malaysia, pertahankan kedaulatan Malaysia. Junjung dan kasih pada bumi Malaysia. Kekalkan keamanan dan kemerdekaan. Selamat Menyambut Hari Merdeka. Malaysia Boleh X3!!!



Contributed by amar on Sunday, August 10 @ 16:24:36 MYT
dipetik mykmu.net
Share/Bookmark

Pas Bantah, Anwar Sokong...Apa Ceritanya Ini!


Share/Bookmark Pas bantah keras Forum " Memeluk Islam "

KUALA LUMPUR: Pas membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam 'Memeluk Islam' Sabtu ini kerana ia boleh mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika Majlis Peguam masih meneruskan tindakannya itu, ia akan merugikan semua pihak. “Sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa kerana Islam berdiri berteraskan sumbernya sendiri,” katanya dalam laman web parti itu.

Abdul Hadi berkata Majlis Peguam perlu membatalkan forum itu demi menjamin kestabilan dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata forum awam itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata forum yang akan diadakan dalam tempoh yang singkat akan menimbulkan prasangka dan prejudis di kalangan umat Islam di negara ini.

Anwar Sokong Forum " Memeluk Islam "

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya menyokong forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam hari ini dengan menyifatkan semua pihak menyuarakan pandangan tetapi tidak harus menggesa dihentikannya.
Kata beliau, mereka berhak berprotes dengan melaungkan rasa tidak puas hati di luar premis Majlis Peguam tetapi tidak berhak untuk menghentikan forum tersebut.
“Parti Keadilan Rakyat sokong forum pagi ini dijalankan. Kami percaya semua orang berhak untuk bercakap dan berhimpun tetapi jangan melebih batasannya,” kata Latheefa sambil menambah, beliau hanya bercakap untuk pihak PKR, dan tidak melibatkan Pakatan Rakyat.

“Saya bercakap bagi pihak Parti Keadilan Rakyat sahaja, tiada pendirian yang telah dibuat bagi pihak Pakatan Rakyat. Setiap parti mempunyai pandangan yang berbeza terhadap isu yang berbeza,” kata beliau.
PAS turut membantah forum diadakan manakala Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meminta forum sedemikian diadakan secara terbuka.
Latheefa berkata, polis tidak sepatutnya membawa ataupun membenarkan orang-orang yang datang untuk mengganggu forum masuk ke bangunan tersebut. Anwar dan PKR telah menguris perasaan orang Melayu dan Umat Islam Malaysia. Jangan lupa Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi Ketuanan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008.

Ketuanan Rakyat yang disebut semasa Black 14. Apakah ini petanda Hari yang "black" juga untuk orang Melayu dalam PKR dan PAS? Apabila tiada lagi ketuanan Melayu, dimanakah kedudukan Islam pula selepas ini? Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang rakyat Melayu Islam mahu. Sama-samalah kita fikirkan...



Contributed by belantan on Sunday, August 10 @ 16:48:12 MYT
Dipetik dari mykmu.net
Share/Bookmark

Wednesday, August 6, 2008

Bantah Forum 'Memeluk Islam' Majlis Peguam


Share/Bookmark Bantah Forum 'Memeluk Islam' Majlis Peguam
Contributed by yiemega1 on Thursday, August 07 @ 09:20:00 MYT Topic: KOMENTAR

Majlis Peguam nampaknya tidak habis hendak berpolitik selepas beberapa siri Forum yang diadakan untuk mempersoalkan isu-isu tertentu dimulakan dengan isu kontrak sosial yang sudah tertakluk pada Perkara 121 Perlembagaan Malaysia, kemudian Forum membincangkan isu Mahkamah Sivil Vs Mahkahmah Syariah tidak berapa lama dahulu dan kini muncul lagi dengan forum yang bakal mencetuskan kontroversi iaitu Forum Memeluk Islam.

Penulis berpendapat MAJLIS PEGUAM TIDAK LAYAK untuk mengadakan forum yang melibatkan sensitiviti Umat Islam tersebut memandangkan Majlis Peguam bukanya orang yang ada kepakaran agama seperti yang terdapat pada ulamak-ulamak muktabar dan tidak layak bercakap dalam soal-soal agama apatah lagi ia melibatkan isu yang membabitkan agama suci Allah tuhan seru sekian alam iaitu Islam.

Di dalam artikel penulis sebelum ini penulis sudah beberapa kali menegur Majlis Peguam agar menumpukan kepada tugas sebenar masing-masing, sedangkan masih banyak kes-kes yang memerlukan peguam tertangguh dan tidak diselesaikan tetapi Majlis Peguam tidak pula mengambil peduli sebaliknya memilih untuk terus berpolitik.

Perbuatan mereka boleh diumpamakan 'Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut mereka nampak'. Apakah mereka lupa tanggungjawab mereka yang sebenar?Penulis melihat tindakan Majlis peguam yang nampaknya terlalu ghairah mengadakan forum itu, forum ini tanpa memikirkan apakah implikasinya kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan tindakan Majlis Peguam ini boleh diumpamakan sebagai 'tikus membaiki labu' ataupun 'kera gila' yang mendapat bunga.

dipetik dari mykmu.net
Share/Bookmark

Zionis Sudah Sampai Ke WPI??


Share/Bookmark




Zionis Sudah Sampai Ke WPI?


May 21, 2008 by wilayahpembangunaniskandar



Nampak macam semakin menjadi kenyataan tentang kelekaan pentadbir WPI menapis syarikat-syarikat yang akan melabur dalam WPI. Mungkin terlalu ghairah meraih pelaburan tanpa memikirkan kesan dan akibat. Petikan ini saya ambil dari blog YB Zul (riding MP) dan juga Harakah. Harap sama-sama fikir dan timbang-timbangkan.

Petikan dari YB Zul:
Halliburton di Negara Islam Hadari

Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J’Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak seperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.


Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.



Adios
Zulkifli Noordin








dipetik dari wilayahpembangunaniskandar
Share/Bookmark

Share/Bookmark
Abdul Halim Mohd RashidMon May 26, 08 10:26:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Harakah): Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) lebih membimbangkan dari Pulau Batu Puteh, kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).
Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau bimbang, WPI juga akhirnya akan menjadi seperti Pulau Batu Puteh jika satu hari nanti di bawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila kawasan itu jatuh ke tangan asing.

Di WPI, katanya, semua pihak boleh membeli tanah tanpa halangan.
“Kawasan di WPI termasuk kawasan orang Melayu, tanah orang-orang Melayu,” kata Ibrahim yang menjangka kawasan tersebut akhirnya akan menjadi milik asing.

Mengenai Pulau Batu Puteh, beliau berkata, Malaysia seolah-olah mengaku pulau itu bukan miliknya apabila membawa perkara itu ke ICJ sedangkan “kita tahu dah Batu Puteh milik kita”.

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap loji air Singapura di Gunung Pulai, Johor yang tidak boleh dimasuki oleh pihak keselamatan Malaysia.
Loji itu, katanya, boleh digunakan untuk mensabotaj Malaysia kerana jika loji itu dipecahkan, ia boleh menenggelamkan kawasan yang besar di Johor.
dipetik dari wilayahpembangunaniskandar

Share/Bookmark

WPI Sedang Rancak Sebenarnya


Share/Bookmark WPI Sedang Rancak Sebenarnya, Tapi Ramai Yang Tidak Tahu
June 12, 2008 by wilayahpembangunaniskandar

Dikala rakyat tengah membara jiwa raga sebab minyak naik harga, ada pihak yang bergembira kerana isu WPI sudah dilupakan. Mungkin tauke-tauke besar (bukan org cina shj, termasuklah tauke melayu dll) ini bertepuk tangan kerana mereka boleh buat pembangunan tanpa risau. Pihak-pihak ni boleh terus buat kerja mereka tanpa tekanan dari pihak kerajaan atau rakyat jelata. Kerja-kerja meratakan tanah, membeli, menjual dan memasarkan harta tanah di WPI semakin rancak.


Saya terjumpa satu blog (
malaysiapropertyonline.blogspot.com) yang menceritakan kerancakan pemaju-pemaju membina hotel, kondominium tepi pantai, pusat membeli belah, waterfront project dan sebagainya di WPI. Semua ni berlaku dalam masa terdekat ini sahaja bermula awal tahun 2008 sehingga sekarang. Dibawah ni adalah antara topik yang berkaitan dengan kerancakan pembangunan WPI ni:

5 Mac 2008
UEM Land Targets Foreign Property Buyers - NUSAJAYA: UEM Land Sdn Bhd is eyeing international buyers for its high-end residential properties in Nusajaya city within the Iskandar Development Region (IDR). Managing director Wan Abdullah Wan Ibrahim said apart from Singaporeans and expatriates based in the republic, it was also targeting European and Middle Eastern buyers.


10 Mac 2008
Profitable Plots Ready to Shop Again in Iskandar - PROFITABLE Plots, the land investment division of the UK’s Profitable Group, may buy more properties in the Iskandar Development Region (Iskandar) in Johor to ride on rising prices. The company recently sold RM20 million worth of properties by UEM Group, the Ledang Heights development in Nusa Dua, to a pool of investors from Singapore.

More Development for IDR - The projects by Kota Selat Tebrau Sdn Bhd (KST), Best Reality Point Sdn Bhd and Tune Hotels Sdn Bhd are all coming up in Danga Bay, which is within a 25km stretch of the IDR waterfront.

KST will develop the IDR’s first high-end serviced condominium called Oakwood Residence Johor (ORJ). ORJ, a joint venture with Singaporebased Oakwood Asia Pacific Pte Ltd, will occupy a 22-storey tower block offering 235 fullyserviced units. Also to be built are a podium and two 40-storey towers, which will be converted into serviced residences.

“We are excited about the IDR as a business proposition. I want to commend the Prime Minister for his vision and foresight in opening this growth corridor in Johor,” said company director Mok Tai Dwan.

10 April 2008

Big Show by Johor Builders at Singapore Expo - The Cityscape Asia 2008 held at the Suntec City convention centre in Singapore saw the “big boys” in Johor making their presence felt at the international property investment and development exhibition from April 15 to 17.

12 April 2008
Khazanah Seeks more Investors for Iskandar - Khazanah Nasional Bhd wants to attract more investors from China, India, Indonesia and Singapore to Iskandar Malaysia. Managing director Datuk Azman Mokhtar said currently, Middle Eastern investors made up the majority of investments in Iskandar, formerly known as the Iskandar Development Region (IDR). “Everybody is welcome to invest here regardless of where they come from and we’ll always treat investors with the utmost respect,” Azman told StarBiz after attending the fourth Iskandar Regional Development Authority (IRDA) meeting chaired by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday.


Datok Azman Mokhtar


Sebagai seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Johor. Saya tak pasti ingin bergembira atau bersedih atas perkara ini.
Kita tidak mampu menghalang dari WPI terus berkembang maju. Siapalah kita untuk halang?
Tapi dalam masa yg sama pembangunan juga menguntungkan rakyat jika dilihat dari segi pembangunan fizikal.
Cuma jika dilihat dari jenis pembangunan yang dibuat amat sukar untuk rakyat jelata ni terlibat sekali. Mungkin ada yang bekerja sebagai buruh binaan atau tukang cuci bangunan selepas ini.

Bumi kita bukan lagi hak kita. Adakah ini erti pasaran terbuka?
Adakah kita hanya boleh berserah kepada nasib saja?
Bagaimana rupa bumi Johor lagi 10 tahun? saya tak boleh nak jawab.
Hanya Tuhan yang mengetahui.
Bagaimanakah nasib anak cucuku nanti……..


dipetik dari wilayahpembangunaniskandar


Share/Bookmark

Tun Dr Mahathir Kecam Kehadiran Tony Blair


Share/Bookmark


Liar war criminal, Tony Blair has no right to speak here on "rule of law" Liar war criminal, Tony Blair was invited by the University Malaya Faculty of Law to deliver a lecture tomorrow, August 1st at the Mandarin Oriental in conjunction with the 22nd Sultan Azlan Shah Law Lecture.


Ironically, the former British Prime Minister, who with President George W Bush Jr, responsible for the murder of 500,000 children in the invasion of Iraq will be delivering a lecture on the "Rule of Law". Press release by the International and Corporate Relations Office, University of Malaya falsely tribute him as Middle East representative for United Nations, the United States, Russia and the European Union to help the Palestinian people prepare for statehood as part of the international community's effort to secure peace.


The Perdana Global Peace Organisation (PGPO) held a press conference today at the Petronas Tower. Speaking on behalf of the PGPO, Tun Dr Mahathir questioned the University of Malaya and the Government for playing host to war criminal Tony Blair. He reminded that 6 years ago, Tony Blair told a lie to the British people and Parliament to justify supporting the American invasion of Iraq.


He described Iraq as posseing weapon of mass destruction (WMD) and having nuclear warhead pointed towards Britain. It is later confirmed that there was no WMD. The three month "shock and awe" invasion plan to capture Saddam Hussein and bringing peace and democrasy to Iraq has today ended up becoming a six years of endless fighting, poverty, starvation and depravation to the people of Iraq. Peace and democrasy is far from achieved. The invasion has killed more life than the alleged atrocities of Saddam Hussein.


Dr Mahathir described the superpower as inhuman and heartless. He reminded of Madeliene Albright response when asked if the 500,000 killed was worthy it. She said it is difficult but it is alright. He expressed his disgust to allow liar war criminal Tony Blair to be allowed to speak on "rule of law" when his criminal hands are bloodied by the one million innocent lifes killed in Iraq. Malaysia should not have played host to a man who has killed more than the recently captured war criminal Radovan Karadzic and former dictator Saddam Hussein.


Dato Mukhriz expressed the irony of Malaysia as a Muslim country playing host to Blair when British NGOs are actively protesting against their Government's false pretense of participating in the invasion of Muslim countries like Afghanistan and Iraq and seeking Blair to be tried for war crimes. He called on the public to actively participate to criminalise war or war will one day be at our footstep. Matthias Chang informed that the International Court of Crime (ICC) issued a warrant for war crimes on the President of Sudan, a country not a signatory to the ICC. However, ICC did not issue one for President Bush and former PM Blair.

Dato Mukhriz added that suspecetd war criminals can be arrested. He described occasions in Britain where police were waiting to arrest two war crime suspect Israeli landing on Heathrow Airport. In New Zealand, University students were pursuing to undertake a citizen arrrest of US Secretary of State, Condoleeza Rice. Killing people is a crime. The decision to call for a war that affect many life is done by a few. Thus those pursuing war should hereby be called a criminal.
dipetik dari minaq jinggo fotopages.com

Share/Bookmark