Wednesday, April 22, 2009

Amanah Saham


Share/Bookmark JOHOR BAHRU 22 April - Kesemua 999 juta unit unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina dan mula dijual semalam telah habis dilanggan sepenuhnya.


Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.Baki 166.5 juta unit saham diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang lain dengan jumlah keseluruhan 3.33 bilion unit tawaran baru.


Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataannya di sini hari ini menyeru semua pelabur yang layak segera mengambil kesempatan melanggan baki unit amanah itu."Memandangkan masih terdapat 446 juta unit lagi untuk langganan oleh kaum India, saya menyeru agar mereka merebut peluang membelinya.


"Pelabur bumiputera dan kaum India juga tidak sepatutnya melepaskan peluang melabur dalam ASM," katanya.


Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penawaran unit tambahan ASM sebanyak 3.33 bilion ketika melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 (MSAM) yang dianjurkan di negeri Johor.Langganan unit amanah itu dihadkan kepada 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun bertujuan memberi peluang kepada ramai rakyat Malaysia melabur.


Sementara itu, Hamad Kama Piah mengingatkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk melabur dalam ASM, supaya merebut peluang berkenaan melalui penawaran 2 bilion unit tambahan ASW 2020 yang akan dibuka langganannya mulai 27 April ini. Beliau berkata, tawaran unit-unit ASW 2020 itu adalah tertakluk kepada peruntukan 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus kepada bukan bumiputera.



dipetik dari Utusan.com





Apakah org Melayu/Bumiputera masih tak mampu untuk melabur dan membeli saham yang ditawarkan??? atau org melayu/Bumiputera tindak mengindahkan tentang pelaburan demi masa depan???????


Mungkin kalau org Melayu/Bumiputera melabur pun tidak lah setinggi pelaburan yang dibuat oleh org Cina yang sememangnya kita tahu rata2 mereka adalah berkemampuan dan kaya. ??????????

Sekiranya org Cina melabur RM1000.00 kebanyakan Melayu/Bumiputera hanya mampu mengeluarkan RM100.00 atau panggil tinggi RM500.00....????????




Share/Bookmark