Thursday, September 20, 2012

Isu Akhbar Cina (Petikan Utusan Malaysia)


Share/Bookmark
Analisis Senario Pas Kuasai Parlimen?

AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 28 Ogos 2012 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editor akhbar itu, Tay Ting Hien berkenaan senario Pas menguasai Parlimen dan memperkenalkan Undang-Undang Jenayah Islam.

"Pada suatu hari pada bulan September 2014, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan usulkan Undang-UndangJenayah Islam di Parlimen. Pakatan pembangkang akan berlaku perpecahan, Ahli Parlimen Pas sebulat suara menyokong sementara semua ahli DAP akan membantahnya. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Islam dan bukan Islam akan berpecah...

"Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang dalam Parlimen akan condong ke kiri, ahli lembaga disiplin UMNO akan berkata, sebagai orang Islam ahli UMNO semestinya menyokong rang Undang-Undang Jenayah Islam. Bantahan MCA, Gerakan dan MIC tidak berkesan dan mereka umum keluar daripada BN..

"Semasa undi dalam Dewan Rakyat, Pas dan UMNO perolehi majoriti dua pertiga dan dengan itu Undang-Undang Jenayah Islam itu diluluskan. Pada masa itu, Abdul Hadi akan berterima kasih kepada Ahli Parlimen yang menyokong usul itu dan mengatakan ia dicapai melalui proses demokrasi.

"Malaysia telah capai matlamat menjadi sebuah negara Islam, seterusnya Pas dan UMNO umumkan akan bentuk kerajaan gabungan.."

Saya bukan peramal ataupun tukang tilik nasib dalam politik pada 2014 tetapi keadaan seperti diatas itu bukan dicuba diada-adakan dan bukan mendengar khabar daripada orang lain. Dalam ilmu sains politik dan sains pengurusan, ada satu bab yang dinamakan 'Analisis Senario'.

Himpunkan keadaan sedia ada, cantumkan dengan sasaran-sasaran yang kemungkinan akan berlaku. Apakah yang lebih terbaik akan berlaku dan apakah yang terburuk akan berlaku, selepas itu bandingkan perbezaannya.

Keadaan dan senario seperti di atas hanya kemungkinan-kemungkinan simulasi yang akan berlaku dan bukan tiada turutannya.

Dalam senario politik dan pilihan raya Abdul Hadi, beliau telah memberi huraian secara terang dan umumkan jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, Pas melalui proses demokrasi akan laksanakan Undang-Undang Jenayah Islam.

Pendirian Pas begitu jelas dan tidak lagi samar-samar, mereka akan mengikut cara sah untuk mencapainya. Lebih-lebih lagi, Pas akan luluskan rang undang-undang Islam berkaitan Undang-Undang Jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 dan ahli-ahli Umno turut menyokongnya.

Di bawah kepercayaan dan tanggungjawab agama, perbezaan antara dua parti itu hanya dipisahkan dengan satu garisan benang sahaja. 

Pada masa itu Undang-Undang tersebut akan bercanggah dengan Undang-Undang Persekutuan dan kerana itu ia tidak boleh dilaksanakan. 

Jika ia ditukarkan dengan simulasi senario berlainan, apabila mereka memerintah kerajaan pusat dan kemukan kembali isu itu, pasti akan disokong juga oleh UMNO dan pada masa itu benteng kekebalan Undang-Undang Perlembangaan Persekutuan akan roboh.

Bagi negara ini, Undang-Undang Jenayah Islam tidak melibatkan perundangan dan kehakiman, ia juga boleh mengubah semangat penubuhan Malaysia serta boleh mengubah dasar mahupun kepercayaan negara kita selama ini.

Apabila undang-undang itu diluluskan, bermakna Malaysia akan pisahkan dirinya dengan dunia luar dan undang-undang yang diamalkan negara luar, seterusnya menjadi sebuah negara Islam yang benar-benar tulen.

Masyarakat Cina tidak boleh lagi buat tidak tahu, tidak boleh lagi bersikap berharap semuanya akan menjadi baik.

Struktur dalam pakatan pembangkang, tujuan mereka adalah mahu memerintah Kerajaan Pusat tetapi selepas mereka berkuasa nanti, dari segi pembahagian kuasa dan konsep pelaksanaanya masih tidak boleh mencapai kata sepakat. 

Adakah rakan kongsi parti itu mampu menyekat kemaraan Pas? Semua orang perlu berdoa supaya dapat memperkukuhkan kekuatan itu.



Kebiasaan Lim Guan Eng lari daripada tajuk

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 25 Ogos 12 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Chang Long Yan dari Akademi Kewartawanan dan Komunikasi TAIMA (AKIP) mengenai sikap Lim Guan Eng yang suka lari daripada tajuk.

Komen Setiausaha Agung DAP Pusat, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap rencana dalam edisi Kotej berkaitan buku berjudul Peneng in Sight telah tersebar luas tetapi apabila saya membaca komen beliau, ia seperti sebuah pemikiran seorang 'penyangak'.

Saya ambil sedikit petikan di dalamnya, Guan Eng berkata, beliau menyokong penuh kebebasan bersuara, berani menerima kritikan dan menghormati pandangan yang berbeza-beza.

Sebagai seorang ahli politik, beliau bersedia untuk dikritik walaupun kritikan yang 'mengaibkan' dirinya. Apa yang beliau maksudkan beliau sanggup menerima kritikan termasuk kritikan yang tidak adil.

Mengikut pandangan saya, semua yang Guan Eng katakan itu cuma syok sendiri. Jika tidak beliau tidak mungkin senarai hitamkan wartawan edisi Kotej yang paparkan kritikan terhadap penulisan beliau dalam buku Peneng in Sight itu.

Tindakan itu, memberi penjelasan dengan terang kepada semua, beliau juga pernah senarai hitamkan wartawan lain dan tidak lansung bersikap terbuka apabila dikritik termasuk kritikan yang dikatakan mengaibkan beliau.

Selain itu, jika benar beliau menghormati pandangan yang berbeza-beza, beliau tidak perlu sebut rencana Edisi Kotej itu mengelirukan orang ramai.

Guan Eng seperti belum pernah membaca rencana tersebut (kami terlupa bahawa Guan Eng tidak tahu baca tulisan karekter Cina). Sebab itu beliau berani berkata dengan lantang bahawa tulisan itu memperdayakan orang ramai.

Pihak wartawan juga telah memperbetulkan isi kandungan Edisi Kotej itu dan secara khas mengeluarkan artikel penulisan Guan Eng sendiri dalam rencana akhbar Cina melalui ruang rencana khas wartawan dan bukannya mengada-adakan cerita.

Namun, Guan Eng seperti kebiasaanya suka lari daripada tajuk, sebaliknya bertanya adakah wartawan yang tulis rencana itu telah dipilih dengan teliti.

Yang paling buruk sekali, dalam artikel Edisi Kotej itu, beliau berkata ada banyak rencana (sebenarnya adakah beliau membacanya?) dan dakwanya rencana itu bukan penulisan seorang wartawan kerana timbul banyak perkataan-perkataan yang agak pelik. 

Apabila dibaca dengan jelas, beliau berkata itu adalah penulisan orang-orang BN yang menggunakan nama-nama samaran.

Wartawan terbabit telah membongkar bahawa Guan Eng tidak mengikut hujah yang betul kerana 90 peratus penulisan artikel Edisi Kotej itu tulisan wartawan akhbar Cina. Akibat menuduh wartawan menulis artikel tidak benar, Guan Eng disarankan meminta maaf kepada mereka.

Mengkritik polisi kerajaan itu adalah tanggungjawab wartawan, kenapa Guan Eng mengkritik kembali wartawan-wartawan di Pulau Pinang yang mempersoal kerajaan negeri dan dituduh pula sebagai tali barut kerajaan BN?

Ini jelas menunjukkan apa yang Guan Eng sebut tentang kebebasan media dan menghormati pandangan yang berbeza itu hanya cakap syok sendiri, hanya di mulut sahaja.

Sebaliknya, dalam fikiran beliau rencana yang condong kepada BN itu semuanya bermasalah. 

Share/Bookmark

Sunday, September 9, 2012

PR Punca Malaysia DiKategorikan Sebagai Negara Paling Biadab


Share/Bookmark
Sekali lagi, majalah popular Reader’s Digest telah mengadakan kajiselidik berkenaan adab dan kesopanan di 36 buah negara di dunia. Hasilnya, Malaysia yang mana ‘kesopanan dan kesusilaan’ termaktub di dalam Rukunegara, berada di tempat ke 34 sebagai negara paling tidak beradab. 

Rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak terkejut dengan hasil kajiselidik tersebut.   Yang menjadi persoalannya ialah sama ada kita merasa malu atau mengambil ringan akan perkara ini adalah sesuatu yang wajar diperbahaskan.  

Melayu yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebelum ini terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santun.  Bahasanya beralun indah, marahnya berlapik, peribadinya merendah, geraknya berlenggok lembut.  Itulah Melayu – dahulu.  Namun, semua ini hanya tinggal kenangan.  

Alasan yang diberi apabila perkara ini dibangkitkan ialah ‘survival’ di era yang serba pantas dan canggih menjadikan sikap lemah lembut dan sopan santun tidak relevan lagi.   

Hujah ini tentulah tidak benar kerana bandar yang terpilih sebagai paling sopan di dunia ialah New York yang mana jauh lebih canggih, pantas dan maju.   Kenapa New York iaitu sebuah bandar di negara Mat Saleh yang sering dipersalahkan kerana menyebarkan budaya kuning masih mampu mempertahankan kesopanan dan kesusilaan penduduknya?

Apa yang lebih memalukan bagi Malaysia ialah kerana negara dikenali sebagai negara Islam contoh.  Islam telah mengeluarkan manusia dari kehidupan jahiliah, membawa ketamadunan iaitu kesopanan, adat dan peraturan.  Namun, semua ini langsung tidak terserlah dalam diri rakyat Malaysia, termasuk yang beragama Islam itu sendiri.   

Masalah adab sopan mungkin tidak wajar dikaitkan dengan politik.  Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa dalam keadaan di mana hampir 80% perkara yang berlaku di dalam negara ini pasti dikaitkan dengan politik oleh rakyatnya, maka pemimpin politik memainkan peranan penting dalam mewarnai sikap rakyat.  

Tiada siapa dapat menafikan bahawa kepimpinan negara, Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai peribadi yang terpuji.  Lahir dari keluarga yang terhormat, dididik dengan penuh adab sopan dan kesusilaan.  Sifat terpuji beliau terserlah jelas dalam tutur kata dan gerak gerinya.  Begitu juga dengan kesemua Perdana Menteri Malaysia atau pemimpin tertinggi UMNO yang terdahulu.    Kesemua mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik, dari keturunan yang baik-baik dan mempunyai keperibadian terpuji.   Ini dapat dilihat dalam percakapan mereka yang lembut dan tenang tak kira di pentas politik, di persada dunia mahupun bersama rakyat jelata.   

Pendek kata, peribadi sopan santun rakyat Malaysia yang sebelum ini kita amat banggakan, adalah diteladani dari pemimpin kita.   Dan sikap biadab rakyat hari ini tidak boleh dipersalahkan ke atas bahu kepimpinan negara, kerana Perdana Menteri kita jelas mewarisi kesopanan dan kesusilaan yang sama hebat dengan kepimpinan terdahulu dan dari susur galur keluarganya.  

Justeru, kita wajar mencari di mana puncanya kebiadapan rakyat Malaysia.  

Sedar atau tidak, hanya selepas lahirnya ‘Reformasi’ yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban.    Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui pentas-pentas ceramah.  Anwar Ibrahim sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam kesumat.   

Kemudian PAS juga turut menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan menghina.   

DAP yang sememangnya tidak pernah dididik dengan adab, menambah meriahkan lagi keadaan dengan ceramah yang menghasut dan membakar api perkauman.   

Sejak itu, siri-siri demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun bermula.   Pihak berkuasa diperlekeh.  Kepimpinan negara diperleceh.  Sikap hormat-menghormati pun terhapus sama sekali.  

Tak kira yang bertudung, yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata maki hamun sesama manusia dan sesama Islam.   Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak mereka dengan sikap biadap yang sama.  

Siapa yang boleh lupa insiden puak PAS menunjuk ‘anu’ kepada Puteri UMNO.   Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi?  

Di celah-celah itu juga, kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlahkan diri secara nyata dan meningkatkan lagi kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.    

Akhirnya, biadab pun menjadi budaya.  Memijak gambar, menghina bendera sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang ponggong di dalam konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang.  Rakyat kononnya diseru mereka agar ‘mengekspresi’ diri tetapi apa yang diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang.  

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat adalah bertanggungjawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan meningkatkan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.   

Sekiranya Malaysia ingin menebus malu berkaitan kajiselidik Readers’ Digest yang menampilkan kita sebagai negara paling biadab, maka PR perlulah ditenggelamkan agar kemurnian budaya beradab sopan rakyat Malaysia dapat dipulihkan.


Share/Bookmark

Agenda Pluralisme dan Liberalisme adalah Agenda PR


Share/Bookmark
Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara.  Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.  

Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapuskan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak.   

Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total.   Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya.  

Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk mengenalpasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang.   Bayangkan masalah yang bakal timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya.  Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia.  

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera.  Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia?  Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina?  Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading?    Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi?

Ini belum lagi dibincangkan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR.   Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam?

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini.   Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini.   

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja.  

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari.   Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini. 

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka.  Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia.   Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme.  Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina.  

Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali.  Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu.   Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir.   

Rakyat Malaysia kekal bersatu di bawah BN hari ini walaupun pihak pembangkang yang bertopengkan NGO terus berusaha menghancurkannya.   Di bawah slogan 1Malaysia, rakyat Malaysia akan terus bersatu tanpa perlu menghapuskan identiti semulajadi di dalam kad pengenalan kita.   Penentuan bangsa adalah penting bagi mengenalpasti keturunan, mengenalpasti penyakit dan sebagainya.  Kepastian agama juga penting, walaupun ia bersifat spiritual dan bukannya fizikal namun ia wajib bagi menentukan struktur kehidupan dan kematian seseorang.   

Jelas, penghapusan ruang agama, bangsa dan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak perlu sama sekali kerana ia bukan ramuan kepada perpaduan.  Ia hanyalah penyamaran yang digunakan untuk pembangkang bagi melindungi matlamat sebenar iaitu sebagai platform kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini.  



Share/Bookmark

Tuesday, September 4, 2012

Bila Cina Tunjuk Anti Melayu


Share/Bookmark

Himpunan Janji Demokrasi memperlihatkan kita kepada dua perkara penting mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang.  Satunya, ialah matlamat PR yang jelas ingin menukar Jalur Gemilang berdasarkan matlamat mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia; sekali gus menulis kembali sejarah negara dengan mengwirakan komunis.   Keduanya ialah bagaimana kaum Cina mengambil peluang mengekspresi kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu.
Ini dilakukan dengan memijak-mijak sambil menghina gambar pemimpin Melayu dengan riangnya. 

Bermula dari Namewee yang diangkat sebagai hero kerana menghina Melayu dan Islam tetapi berakhir dengan ‘keuntungan’, kaum Cina tidak lagi teragak-agak untuk menunjukkan kebencian mereka yang amat sangat terhadap Melayu Islam.   Selepas episod Namewee, penghinaan terhadap Melayu Islam diluahkan di laman-laman sosial anak-anak muda Cina tanpa sedikit pun merasa bersalah atau takut.  
Walaupun mereka ini kebanyakannya menyokong DAP yang bekerjasama dengan parti-parti Melayu/Islam seperti PAS dan PKR tetapi itu kerana mereka cukup faham bahawa kerjasama tersebut hanyalah strategi jangka pendek sementara berjaya mendapat kuasa mutlak di kemudian hari.   

DAP hanya sanggup bekerjasama dengan Melayu jika Melayu tersebut cukup bodoh dan boleh ‘diper-anjing’kan untuk kepentingan mereka.  Kerana itu, mereka memusuhi dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO kerana mereka tahu bahawa Melayu di dalam UMNO cukup arif akan agenda jahat mereka. 
Walaupun DAP-PAS-PKR kini sekutu, namun, di belakang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong PAS/PKR, kaum Cina DAP ini tetap menghina mereka sebagai bodoh, malas, tiada maruah, boleh dibeli dan dijual dengan wang mahupun perempuan pada bila-bila masa. 

Kita telah mencuba mengingatkan saudara-saudara kita ini mengenai sikap DAP di belakang mereka tetapi malangnya, Melayu PAS dan PKR memilih untuk membela DAP dari mempercayai saudara seagamanya, sekali gus membuktikan bahawa penghinaan DAP terhadap mereka tadi sememangnya berasas. 

Lihat saja bagaimana anak-anak Melayu PR turut sama dengan nyonya, apek dan amoi Cina memijak-mijak malah melakukan lebih lagi dari mereka, iaitu menunjukkan ponggong ke atas gambar Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita.   Jika ini bukan contoh Melayu PKR/PAS yang tersangat bodoh dan langsung tiada maruah, maka apakah ia?
Hakikatnya, kebencian DAP terhadap Melayu bukan ilusi atau paranoia tidak berasas.  Ia telah pun terbukti dalam sejarah bagaimana mereka ingin menghalau dan membunuh semua Melayu dari bumi Malaysia ini, atau sekurang-kurangnya dari Kuala Lumpur ketika tragedi 13 Mei.

Percayalah, kebencian ini masih terus membara dan tertulis kemas di dalam prinsip mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Ingatlah, bagaimana mereka tidak segan silu menyerlahkan kebencian ini dengan enggan memakai pakaian adat dalam satu sidang dewan di Sabah atas alasan pakaian tersebut bercirikan Melayu Islam. 
Ingat juga bagaimana Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dianggap tidak penting dan perlu diabaikan oleh mereka.  Sebaliknya, kaum Cina ini berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Mandarin di Malaysia.   Strategi ini pastinya untuk menutup terus peluang pekerjaan bagi umat Melayu di sektor-sektor swasta yang sedia dikuasai kaum Cina suatu hari nanti. 

Namun, Melayu-melayu totok PAS dan PKR yang dungu dan khianat langsung tidak mampu membaca strategi atau akibat dari bekerjasama dengan DAP.  Kerana itu, PAS/PKR hari ini sanggup  memijak-mijak gambar Melayu demi membantu DAP ke puncak kuasa.  Langsung mereka tidak sedar, andainya, PR menang PRU nanti, DAP pasti akan memijak-mijak kepala Melayu termasuk Melayu PAS dan PKR yang telah sedia ditunggangi mereka.   

Share/Bookmark

Sunday, September 2, 2012

Apa nak jadi budak ni berak atas gambar PM????


Share/Bookmark
Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.
Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.
Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.
Menggunakan nama ‘Janji Demokrasi’ mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.
Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi ‘membuang’ ke atas gambar Perdana Menteri.
Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.
Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.
Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.
Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.
Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.
Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.
Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.
Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.
Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.
Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.
Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.
Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.
Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.
Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.  

Share/Bookmark