Monday, December 21, 2009

Apa Ada Pada Nama?????


Share/Bookmark Chavez mahu tukar nama Angel Falls


CARACAS 21 Dis. – Presiden Hugo Chavez semalam berkata, air terjun tertinggi di dunia telah terlalu lama dipanggil Angel Falls dan ia perlu dikenali menerusi nama asalnya sebagai ganti kepada nama seorang juruterbang Amerika Syarikat (AS) yang menemuinya pada 1933.

“Bagaimana rakyat Venezuela boleh menerima pendapat bahawa air terjun tertinggi di dunia itu ditemui seorang lelaki yang berasal dari AS dengan kapal terbangnya? Kita perlu menukar namanya, bukan? ,’’ katanya.

“Seseorang boleh berkata, dia merupakan individu pertama melihat air terjun itu melalui kapal terbangnya. Tetapi berapa ramaikah ‘mata’ Orang Asli yang telah menyaksikan dan berdoa kepadanya (air terjun)?,’’ kata Chavez.



Sepatutnya ini sudah lama berlaku dan di Malaysia ni pun banyak yang perlu ditukar contohnya pendaki pertama Gunung Kinabalu..ada ker orang putih adalah orang pertama yang mendakinya....????? bagaimana dengan penduduk asal di sana???? ntah dah beratus kali drang naik.....tak pun kecoh datang mat saleh kutu berahak ni terus letak nama dia....

Begitu jugak yang mula2 buka Pulau Pinang ...yang buka Singapura pun dalam sejarah adalah bangsa kutu berahak yang merampas tanah orang ni.....

Apakah org2 melayu ni tak nampak pulau2 berkenaan. Banyak sejarah yang telah ditukar oleh kuasa2 asing bagi melemahkan jati diri bangsa Melayu. Bagi generasi muda dan orang2 melayu kenali lah bangsa anda dan kaji serta bacalah sejarah bangsa anda kerana dengan sejarah ini lah baru kita tau kekuatan bangsa kita.



Share/Bookmark

Tuesday, December 8, 2009

KOR MING PERSOALKAN MASJID??????


Share/Bookmark Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.

Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.

‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.

‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.



BOLEH CARI MAKAN KAT MALAYSIA, DAN KAYA RAYA SUDAHLAH. AGAMA LAIN TAK DE DALAM PERLEMBAGAAN. DALAM MALAYSIA HANYA PERLU ADA LAMBANG ISLAM SAHAJA.

BANYAK LAGI KUIL, GERAJA DAN TOKONG DIMALAYSIA INI DARI MASJID...INI LAH SIKAP CINA BILA DAH MULA NAK DAPAT KUASA SEMUA NAK DIPERTIKAIKAN....KALAU BOLEH NAK DIHALAUNYA KITA MACAM ANJING KELUAR DARI MALAYSIA NI .....

MASALAHNYA YANG NGOK ADALAH BANGSA SENDIRI YANG MASIH NAK BAGI MUKA KAT BANGSA ASING....ANUAR IBRAHIM ...NIK AZIZ ...ZAID IBRAHIM..NAZRI AZIZ...NIZAR

CUKAI DIBAYAR KERANA MEREKA NAK CARI MAKAN DALAM NEGARA . KALAU TAK MAU DUDUK MALAYSIA PUN TAK PA.. DIALU-ALUKAN BERAMBUS DARI NEGARA INI……



WAHAI MELAYU-MELAYU LAIN,
BANGKITLAH DARIPADA TIDUR MU YANG PANJANG…..
PERSETANKAN DENGAN CITA-CITA MU UNTUK KEKUASAAN DAN KEMEWAHAN.............
MEMENUHI KEHENDAK NAFSUMU YANG TIDAK BERKESUDAHAN
.



Share/Bookmark

MENTERI YANG SEPATUTNYA DIGUGURKAN


Share/Bookmark Inilah contoh menteri yang tak pasal2 nak komen org rasis....bila melayu kata sesuatu atau mempertahankan sesuatu dikatakan rasis...bila cina, india mintak yang bukan2 tak pulak rasis dan tak dikecam pulak oleh pak menteri ni. Sekiranya pas tak bangkit kan isu ni takder plak nak buat kajian tak der plak isu tentang kursus BTN ni. Pak menteri ni nak melenting buat apa......????? dah bertahun2 kursus BTN ni takder isu apapun ......

Pak menteri ni jugalah yang mencadangkan kuota biasiswa dibuka sehingga 45% kepada bukan bumiputera. Konon nak bagi adil....porahhh laa nazri.....pegi daa......dan menteri ni lah jugak yang tak horamat pada Tun Mahathir apabila Tun telah melatak jawatan. Bukan main dikecamnya Tun Mahathir sekarang ni....dulu semasa bawah pemerintahan Tun Mahathir bukan takat salam cium tangan kalau boleh ketiak Tun pun nak di ciumnya.... habis semua nak dibodek...tak kenang budi punya menteri.

Sekiranya berlaku rombakan kabinet mintak PM kita Dato' Najib singkirkan si badi gol ni. Ini lah api dalam sekam melayu hentak melayu.....melayu memperbodohkan melayu...melayu kecam melayu.... melayu bagi muka pada bangsa lain disaat bangsa melayu dihimpit dilemma. Habis semua nak digadainya......


NAZRI KECAM MAHATHIR RASIS

KUALA LUMPUR, Dis 8 —

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak.“Saya tahu Dr M (Mahathir) mengulas mengenai patriotisme dan sebagainya, ya saya setuju mengenai patriotisme ... ia untuk semua semua.“Namun terdapat mereka yang menghadiri kursus (BTN) yang kemudianya keluar dengan perasaan marah.

Terdapat banyak contoh ... jadi saya ingin tahu di mana silap saya dalam menyokong rombakan silibus BTN,” katanya di sini semalam. Malah Nazri juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai “rasis betul” kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sambil mengulangi keputusan Kabinet sebelum ini bahawa program-program itu akan dirombak.“Dia rasis betul.

Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” katanya.

Oleh itu kata Nazri beliau “sangat percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1 Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Share/Bookmark

Thursday, September 10, 2009

Isu Kepala Lembu


Share/Bookmark
KITA merasa amat pelik dengan pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen. Tetapi bagaimana pula dengan isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu yang menjadi punca segala krisis? Kita harus melihat puncanya dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain dan melupakan punca sebenarnya.


Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor. Bantahan yang dibuat secara berhemah tiada jawapan atau tindakan. Amat mengecewakan walaupun Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Lalu pilihan apa lagi yang ada pada penduduk Seksyen 23?


Dalam isu ini, di manakah perginya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk menyokong penduduk Seksyen 23 ini? Wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu, tidak boleh diharap malah telah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dalam isu ini.


Kita tidak mahu bercakap mengenai isu mengusung kepala lembu itu kerana ia terlalu subjektif. Apa yang ingin kita timbulkan di sini ialah selesaikan isu sebenarnya, iaitu pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu. Mengapakah dan dengan logik, apakah tempat itu yang dipilih oleh Kerajaan Selangor tanpa rundingan dengan penduduk setempat?


Kita juga ingin bertanya kepada Peguam Negara dan pihak polis, mengapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu dan konon menghina agama tertentu? Bagaimana pula penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam? Malah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sering dipertikaikan di kalangan ahli politik sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dan agama Islam. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat tetapi mengapakah pendakwaan ini tidak disegerakan?


Insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan puluhan tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis, Padang Merdeka, pencerobohan Parlimen, sidang DUN bawah pokok, pergaduhan dalam DUN negeri Perak, benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Tindakan pendakwaan patut disegerakan, bukan pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja.


Bagaimanapun, kita amat bersimpati dengan penduduk Seksyen 23 berkenaan bantahan ini. Tetapi mungkin inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian daripada mereka kerana memilih parti Pakatan Rakyat!


dipetik dari utusan.

Share/Bookmark

Wednesday, August 19, 2009

Ganti ISA dengan ALK


Share/Bookmark
TANJUNG MALIM 19 Ogos - Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid meminta kerajaan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Akta Lucut Kerakyatan (ALK) bagi menghukum pihak yang mempersoalkan kontrak sosial.

Beliau berkata, ALK sesuai digunakan ke atas mana-mana pihak yang mencabar kontrak sosial kerana golongan ini berupaya menghuru-harakan negara. ''Kalau kita biarkan golongan yang mencabar kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu serta kedaulatan agama Islam bermaharajalela, negara ini akan kucar-kacir.

''Orang Melayu dan masyarakat kaum lain perlu bertegas menegakkan kontrak sosial kerana ia acuan terbaik dalam menegakkan keharmonian negara sejak merdeka,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas berucap pada majlis wacana ilmu bertajuk 'Patriotisme: Pembinaan Bangsa Malaysia' anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di universiti itu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pusat Kajian Integrasi Nasional UPSI, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Global Aminuddin Baki UPSI, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hassan.
Sanusi yang juga bekas bekas menteri Kabinet dan Menteri Besar Kedah mengulas titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mahu semua pihak di negara ini tidak mempertikaikan kontrak sosial serta menjadikannya bahan untuk berpolitik.

Dalam pada itu, Zainal menegaskan, keterbukaan sesetengah pihak terutama pakatan pembangkang kebelakangan ini merupakan punca utama kontrak sosial dipertikaikan.
''Oleh kerana ada desakan bukan Melayu terutama DAP untuk kaji balik kontrak sosial, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan Islam Pas yang baru belajar konsep 'real politic' sudi menyokong mereka.


''Hakikatnya, orang Melayu tidak sanggup mengkaji semula kedudukan istimewa kaum itu dan agama Islam di dalam perlembagaan,'' ujarnya.

dipetik dari utusan.com


Satu Idea yang sangat baik dan bernas. Baru depa ada akai lucutkan kerakyatan dan berambus p balik india kaa....china kaa..hongkong ka....pergi laa hidup kat sana. Banyak plak songeh org dah bagi hidup kat malaysia ni wahai bangsa pendatang berambus sahaja kalau tak suka. Bagi org melayu yang bangang duk sokong depa ni p laa ikut dorang tu balik negara dorang pastu tengok laa macamana leh hidup ker tidak????? ada keadilan ker tidak??? ada sama rata ke tidak??? anda akan dibela ke tidak ????? Bang nuar ibrahim try laa ikut duk kat china n india sana dan perjuangkan laa sama rata anda....apa nasib anda????? kalau nik aziz nak ikut pun boleh jugak....

Jadi laa manusia yang tahu bersyukur dengan nikmat yang ada...sempena bulan merdeka ini sama-sama la kita muhasabah diri dan kehidupan ini. Adakah kita ingin menjadi seperti Iraq...ketika zaman pemerintahan Saddam Hussin mereka masih boleh hidup dan sekurang-kurangnya terbela...tiada huru hara..hari ini kita lihat Iraq ?????? gunakan lah akal yang sihat ini untuk menilai. Al-fatihah bagi para pejuang kemerdekaan.


MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!!!!




Share/Bookmark

Thursday, August 6, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu


Share/Bookmark Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
  1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU!!!!!


Share/Bookmark

Sunday, August 2, 2009

Masa untuk masuk pasaran saham?


Share/Bookmark ADA tiga perkara penting yang berlaku minggu ini. Pertama, berita penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh sebuah syarikat Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. Ramai yang melahirkan rasa terkejut dan kecewa kerana satu-satunya syarikat terpenting di negara kita boleh dikuasai oleh sebuah syarikat asing.

Seperti kata Datuk Dr. Zainal Aznam, ahli Majlis Ekonomi Negara, apa sebenar motif sebuah syarikat Hong Kong memiliki sebuah syarikat pengeluar beras. Kita semua tahu beras adalah makanan penting kepada rakyat Malaysia dan Bernas bermonopoli dalam perniagaan beras.

Kita lihat sesiapa yang memiliki Bernas turut memiliki beberapa anak syarikatnya yang lain seperti Edaran Bernas Nasional Sdn. Bhd.(80 peratus), Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (61 peratus), Era Bayam Kota Sdn. Bhd. (60 peratus), Syarikat Faiza Sdn. Bhd. (51 peratus) dan YHL Holding Sdn. Bhd. (51 peratus). Kesemuanya Bernas memiliki saham majoriti dalam anak-anak syarikat ini.

Bagaimana pihak Padi Beras Nasional Bhd (Bernas) tidak sedar yang ada syarikat asing yang sudah mengumpul sebegitu banyak milik saham dan dengar cerita yang menjual ini sebuah agensi kerajaan juga dan individu Melayu.

Kalau ya pun agensi kerajaan itu hendak menjual, kenapa tidak dilakukan di luar pasaran terbuka secara married deal hanya kepada agensi kerajaan yang lain.

Setahu saya agensi tersebut tidaklah sesak duit kerana mampu miliki dua tiga bangunan dan dia tak tahu ke yang dijualnya itu suatu syarikat yang strategik.

Semasa saya di Amanah Saham Nasional dulu bila ada mesyuarat agung syarikat yang mana agensi kerajaan ada kepentingan, agensi kerajaan berkenaan buat tak kisah hendak menghadiri mesyuarat tersebut.

Pada hal banyak perkara penting yang wajar dibangkitkan dalam mesyuarat terutama dari segi dasar syarikat dan amalan terhadap perniagaan Bumiputera. Kadang-kadang saya merasakan mereka ini tidak ambil pusing pasal kepentingan Bumiputera sejak dulu.

Bila saya bangkitkan macam-macam perkara janggal dengan sebuah syarikat yang Amanah Saham Nasional Bhd. ada kepentingan berdasarkan maklumat yang saya terima daripada orang dalam, syarikat itu mengadu kepada pengerusi saya, Allahyarham Tun Ismail Ali dan saya ditegah untuk menghadiri mana-mana mesyuarat agung syarikat-syarikat yang ASN ada kepentingan.

Orang yang mengadu itu orang Melayu juga. Saya pernah cakap kepada syarikat yang dimiliki sahamnya oleh PNB atau ASN, mereka yang berasa megah kerana dapat organisasi terpenting negara menjadi pemilik saham mereka, bukannya PNB atau ASN yang berasa megah..

Kalau kita milik sebahagian syarikat, lepas itu kita tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh syarikat yang mungkin bertentangan dengan aspirasi PNB atau ASN atau mana-mana agensi kerajaan, siapa lagi yang hendak menjaga kepentingan rakyat? Bukankah duit pelaburan agensi kerajaan itu duit rakyat?

Kita tidak nafikan, apabila sesebuah syarikat itu disenaraikan di bursa saham, siapa saja boleh beli sahamnya tetapi ada syarikat-syarikat tertentu yang perlu menyedari hakikat bahawa ia mungkin tergulung dalam kategori syarikat strategik kepada negara.

Kenapa, misalnya Tun Mahathir dulu tidak membenarkan Singtel, syarikat telekomunikasi Singapura memiliki saham Telekom Malaysia? Habislah kita.

Bila berita pembelian saham oleh syarikat Hong Kong ini timbul dan ramai yang merungut, cepat-cepat kata saham itu akan dibeli balik.

Beli balik mungkin boleh tetapi dengan harga yang lebih tinggi daripada dijual dulu. Itu pun kalau dia orang hendak jual. Kalau dia orang tak mahu, kita tak boleh juga buat apa. Lembu dah terlepas baru kita nak tutup pagar.

Kedua, suatu pertemuan ketua-ketua kumpulan di bawah Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) bertemu pada hari Rabu 29 Julai lalu membincangkan "Cabaran dan Hala Tuju Usahawan Bumiputera." Banyaklah perkara yang dibangkitkan hari itu.

Antaranya perbezaan beberapa golongan orang Melayu, di bandar dan di luar bandar. Tekanan hidup mereka yang berpendapatan rendah di bandar dan perbezaan antara mereka yang dalam golongan kelas menengah dan mereka yang masih lagi kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Sementara itu, mereka yang berpendapatan rendah ini melihat beberapa langkah keterbukaan yang bakal memberikan saingan yang lebih sengit kepada usahawan Melayu.

Ada juga persoalan ditimbulkan tentang kenapa Kementerian Pembanguan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan sedangkan menterinya yang dulu Datuk Noh Omar melakukan pelbagai usaha untuk memajukan golongan usahawan Bumiputera.

Kini dipecahkan kepada lapan kementerian sehingga peranan menyelaras 60 agensi yang terbabit dengan pembangunan usahawan Bumiputera ibarat kumbang putus tali.

Hakikat sebenar yang ekonomi negara akan berubah untuk meningkatkan daya saing perlu diterima oleh usahawan sekarang.

Menurut Tan Sri Rahim Thamby Chik, rakyat perlu bersatu di bawah konsep 1 Malaysia kerana dokumen penting yang menjadi rujukan utama ialah Perlembagaan Negara. Satu Malaysia bukannya suatu yang baru tetapi mengingatkan kepada sesuatu yang sudah lama termaktub.

Ketiga, suatu seminar tentang pasaran saham diadakan pada hari Khamis 30 Julai. Tajuknya, "Adakah pasaran saham akan naik atau tidak?" Menurut Ahmad Abdullah, seorang pengarah eksekutif syarikat broker yang berpengalaman lebih 20 tahun menyatakan dua perkara penting.

Pertama katanya, ramai orang menyangka ada kaitan pasaran saham New York dengan pasaran saham kita. Sebenarnya tiada dan Ahmad membuktikannya dengan pergerakan tertinggi dan terendah Standard and Poors 500 (suatu ukuran pergerakan pasaran).

Jadi, jangan sibuklah menganalisis pasaran New York. Setiap pasaran saham ada kitaran dan gegarannya sendiri.

Kedua, Ahmad telah mencatat pergerakan purata 200 hari pasaran saham dan mendapati sejak April 2009, pasaran telah mula naik dan akan kekal naik selama lima tahun. Ada juga yang tidak bersetuju dengan Ahmad, tetapi dia mengatakan anak muridnya sudah untung sejak membeli pada Mei lalu.

Wakil syarikat broker saham daripada CLSA Securities, San Choo menyatakan bahawa pasaran saham kita tinggi penilaiannya berbanding dengan lain-lain pasaran. Nisbah purata harga-pendapatan kita lebih tinggi daripada orang lain..

Ertinya, berdasarkan kadar pendapatan kita, syarikat-syarikat kita dengan harga pasaran mereka, seseorang itu terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pulangan pelaburannya.

Ditanya tentang sama ada pelabur asing sudah memasuki pasaran sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih dan memperkenalkan pelbagai perubahan, katanya, mereka ingin melihat pelaksanaan perubahan-perubahan yang diperkenalkan.

Mereka hanya meletakkan kewajaran sebanyak empat peratus sahaja kepada pasaran saham kita.

Begitulah putaran dunia. Ada masa kita menjadi pujaan, ada masa kita diketepikan.


DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).


Share/Bookmark

Sunday, July 26, 2009

Bumiputera tak minat lagi saham amanah?


Share/Bookmark DALAM masa satu hari sahaja (21 Julai lalu), 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) habis dilanggan oleh golongan bukan Bumiputera selepas Bumiputera tidak melanggan baki yang diperuntukkan kepada mereka. Maka timbullah beberapa pertanyaan tentang kenapa golongan Bumiputera tidak mengambil unit-unit yang diperuntukkan.


Adakah Bumiputera sudah cukup dengan unit-unit ASM yang ditawarkan selama hari ini dan tidak mahu lagi? Atau adakah Bumiputera tidak mampu lagi melanggan unit-unit saham amanah? Atau mungkinkah pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak memasarkan unit-unit ini kepada Bumiputera kerana menyangkakan Bumiputera akan datang kepadanya dan dia tidak perlu pergi memajukan lagi kepada Bumiputera?


Mungkinkah mereka yang ditanggungjawabkan dengan menjual unit-unit ini tidak ada sebarang galakkan dan bergantung semata-mata ihsan daripada wakil-wakil yang dilantik seperti Pos dan beberapa bank sahaja?


Jawapan yang mungkin ramai menerimanya sebagai sebab ialah Bumiputera sudah tidak ada kemampuan dan sudah cukup melabur dalam saham amanah. Lagi pun kalau mereka membeli dengan mengambil pinjaman, dividen yang mereka perolehi sebahagian besarnya tentulah terpaksa dibayar kepada bank.
Dari satu sudut jika diteliti pelaburan yang berdasarkan pinjaman daripada bank, bukanlah lebihan daripada pendapatan. Ia menggalakkan mereka yang ingin melabur untuk berhutang. Tapi apa nak buat. Kalau tidak dilakukan begitu lebih rendahlah penyertaan Bumiputera dalam pelaburan unit saham amanah keseluruhannya.


Dari segi pendapatan, kalau kita lihat perbezaan antara Bumiputera dan kaum lain, menurut Kajian Setengah Penggal RMK-9, pendapatan purata Bumiputera meningkat daripada RM2,711 pada tahun 2004 kepada RM3,156 pada tahun 2007 dan kalau diunjurkan kepada tahun 2009 angkanya mungkin RM3,450 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus setahun. Bagi kaum Cina pula pendapatan purata mereka meningkat daripada RM4,437 pada tahun 2004 kepada RM4,853 pada tahun 2007. Kalau diunjurkan kepada tahun 2009, angkanya ialah RM5,150 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3 peratus setahun.


Bagi kaum India pula, pendapatan meningkat daripada RM3,456 pada tahun 2004 kepada RM3,799 pada tahun 2007. Unjuran kepada tahun 2009 dengan kadar purata setahun sebanyak 3.2 peratus ialah RM4,046. Bagi golongan lain-lain ialah daripada RM2,312 pada tahun 2004 kepada RM3,651 pada tahun 2007. Unjuran untuk tahun 2009 dengan kadar purata 15.5 peratus ialah RM4,870.

Jurang antara Bumiputera dengan Cina telah rapat daripada 1:1.64 kepada 1:1.54 dan dengan golongan India daripada 1:1.27 menurun kepada 1:1.20.
Hakikat sebenarnya setiap ringgit yang disimpan oleh Bumiputera, mungkin bukan Bumiputera menyimpan RM10. Itu sebabnya kalau kita melihat milik hartanah, 75 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera.


Setiap taman perumahan yang dibuka rumah kedainya habis terjual kepada bukan Bumiputera. Kalau ada peruntukkan rumah untuk Bumiputera dengan potongan diberikan pun tidak laku. Daripada angka-angka di atas bolehlah dirumuskan bahawa golongan Bumiputera masih lagi golongan yang pendapatan terendah di kalangan kaum-kaum terbesar di negara ini. Kalau dikatakan PNB telah mengumpul sebanyak RM70 bilion, mungkin sudah sampai tahap kematangan dalam industri ini dari segi penyertaan Bumiputera.


Tetapi industri saham amanah di negara ini masih dianggap suatu penyertaan yang rendah kerana jika dibandingkan dengan nilai pasaran modal bursa saham, ia hanya dalam 10 peratus, sedangkan di negara yang sudah maju sehingga 25 ke 30 peratus. Mulai sekarang mungkin PNB akan memberikan tumpuan lebih kepada golongan bukan Bumiputera kerana sambutan golongan tersebut begitu hangat. Kalau sudah diberikan kepada Bumiputera tidak mahu, berikan saja kepada yang mahu.


Sama juga dengan rumah di taman-taman perumahan yang diperuntukkan kepada Bumiputera yang tidak diambil, tak mungkin pemaju hendak simpan sampai bila-bila. Begitu juga PNB. Ia suatu syarikat yang berurusan perniagaan yang bermotifkan keuntungan dan ada tanggungjawab sosial. Kita mengharapkan Model Ekonomi Baru yang bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi akan memberikan tumpuan kepada golongan yang pendapatannya masih rendah dan kurang tumpuan kepada simpanan atau pelaburan.


Kalau sudah ada lebihan daripada pendapatan tentulah lebih besar peluang untuk melabur. Kita lihat gaji guru sahaja sudahlah. Golongan yang terendah gaji di kalangan para profesional. Bagaimana kategori ini boleh menarik golongan yang lebih tinggi kelayakan mereka kalau gaji mereka begitu rendah.

Bumiputera diakui kaum majoriti yang terdiri daripada petani dan nelayan - pendapatan mereka tidak menentu. Petani masih menggunakan cara lama sedangkan pelbagai teknologi digunakan masa kini untuk meningkatkan hasil pertanian. Teknologi maklumat digunakan untuk tugas-tugas biasa dalam pengawasan ladang.

Semuanya bakal meningkatkan hasil pertanian. Tumpuan teknologi baru ini wajar diberikan kepada petani muda kerana yang tua tidak mampu untuk meresap ilmu pengetahuan yang baru ini. Begitu juga bagi golongan nelayan yang mungkin masih menggunakan bot warisan datuk nenek mereka. Bot patut dilengkapi dengan alat pengesan kumpulan ikan, pengesan cuaca buruk dan memiliki unsur-unsur keselamatan jika diganggu lanun dan perompak laut.

Mereka ini wajar diberikan kemudahan supaya dapat lari daripada kitaran kemiskinan yang membelenggu masyarakat nelayan dengan cara pengurusan lama. Kalau tidak setiap tengkujuh nelayan akan tidak ke laut dan meminjam wang daripada peraih. Bila sudah ke laut tangkapan digunakan untuk membayar hutang saja. Jadi dapat minyak diesel subsidi pun dijual.

Kalau hendak dikatakan masyarakat Bumiputera kurang mengerti tentang ASM selepas diperkenalkan sejak 2000 ia tidak munasabah dengan penganjuran Minggu Amanah Saham diadakan setiap tahun. Apakah golongan Bumiputera sudah merasa penyertaan mereka cukup setakat ini? Atau golongan Bumiputera sudah pandai pergi ke bursa saham terus dan tidak perlu melanggan unit saham amanah? Tak tahulah siapa yang tahu jawapan sebenarnya.

Apa pun saya merasakan dividen yang diberikan oleh PNB jangan dibandingkan dengan kadar simpanan bank tetapi patut dibandingkan dengan pulangan daripada lain-lain unit saham amanah. Kadar simpanan bank tentulah rendah jadi kalau dapat 6 atau 7 peratus tentulah tinggi. Tapi kalau banding dengan Hwang-DBS atau Public Mutual misalnya yang menawarkan dividen sampai 25 atau 30 peratus barulah dikatakan bersaing.

Saya tak tahulah sama ada PNB boleh membentuk saham amanah dengan memasukkan saham pasaran saham asing yang pada masa ini meletup di sana sini terutama sekali di India dan China. Kita tidak perlu bimbang pasal duit kita keluar kerana duit yang keluar melalui pekerja asing sama ada yang masuk secara betul atau haram, jauh lebih besar daripada 30 peratus yang dibenarkan dilabur oleh sesuatu saham amanah.

Seperkara lagi ialah setiap tahun di bulan puasa saja 100,000 orang Islam Malaysia melakukan umrah dan kalau seorang berbelanja katakan RM10,000, RM1 bilion mengalir keluar di bulan Ramadan saja! Kalau melabur di pasaran saham luar negara dapat memberikan pulangan yang baik kepada para pelabur, kenapa tidak? Bukankah kita ingin meningkatkan daya saing kita?


DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
dipetik dari utusan.com

Share/Bookmark

Sunday, July 12, 2009

PERGI JALANLAH DAP


Share/Bookmark Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu."Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam."Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain.

"Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.


baca seterusnya di Melayularut.blogspot.com
Share/Bookmark

Monday, June 15, 2009

Apa Tujuan Lee Kuan Yew


Share/Bookmark
Apakah motif Lee Kuan Yew datang melawat Malaysia????? Membuat perjumpaan dengan Pemimpin Negara ini serta berjumpa dengan Sultan Melayu????? Dan tidak lupa juga dia berjumpa dengan ketua- ketua parti pembangkang??????
Apakah idea ditangannya akan merosakkan landskap politik Melayu dan merubah Malaysia menjadi seperti Singapura dan memijak2 orang Melayu semahunya.
Sesungguhnya manusia yang bernama Lee ini sangat berpengaruh dikalangan bangsanya terutama DAP dan mempunyai idea-idea tersembunyi.....cukup manis kata-katanya bila inginkan sesuatu demi kepentingan bagi pihak Singapura dan cukup pahit apabila tiada apa -apa kepentingan....
Hati2 dan sedarlah wahai bangsaku........
Singapura adalah 'peti simpanan dan tong ubat bedil' bagi New World Order.Satu daripada keluarga Li yang mengeja namanya Lee,Lee Kuan Yew ,seorang peguam berpendidikan dari Cambridge,adalah diktator berdekad-dekad lamanya. Beliau mempunyai hubungan dengan Elit British.Sebagai contoh kediktatorannya,beliau tidak gemarkan lelaki berambut panjang.Jadi lelaki yang datang ke Singapura dengan berambut panjang akan dirampas pasportnya dan sama ada dia memotong rambutnya atau dipenjara.
dipetik dari mistisfiles

Share/Bookmark

Tuesday, May 26, 2009

Usaha hidupkan komunisme


Share/Bookmark

SUBANG 26 Mei – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu kini dipelopori badan-badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga dari kalangan parti politik.

“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kemudahan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai penyebaran sentimen komunisme di negara ini yang disuarakan beberapa pihak.

dipetik dari utusan.com


Rashid Maidin, Chen Ping & Chen Tien


Chin Peng tiada apa-apa jasa pada Negara Malaysia ini dan tak perlu dibawa pulang ke Malaysia seperti yang dicadangkan oleh Parti Gerakan yang memang saja melupakan sejarah negara dan seolah2 ingin memadam kisah kekejaman komunis. Mereka-mereka ini cuba mengambil kesempatan atas dasar Satu Malaysia yang di laung2kan oleh Perdana Menteri.

Rundingan Baling pada 1955 dengan angkuhnya Chin peng menolak perjanjian damai dan pengampunan yang akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia semasa itu di pimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Adakah manusia angkuh seperti ini ingin di bela?????? apa perlunya?????? kemungkinan kesan buruk dari fahaman ini akan menular semula dan akan menjejaskan keselamatan negara...........

Ramai tentera yang terkorban dan tercedera akibat kegiatan keganasan komunis ini adalah terdiri dari bangsa Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bermati-matian mempertahankan kemerdekaan ini dan sewenang-wenangnya bangsa cina yang kurang berkorban nyawa untuk tanah air ini ingin membawa kembali si Chin Peng. Ada Udang di sebalik mee wantan ????????????




Mangsa ledakan jerangkap komunis dan kesannya hingga hari ini. Terima kasih kepada pejuang dan wira bangsa yang telah berjuang mari lah kita sama2 menghargai mereka ini.


Share/Bookmark

Tuesday, May 19, 2009

AHLI GW TERLIBAT KEMALANGAN


Share/Bookmark






Ahli Majlis Tertinggi GW mengucapkan takziah kepada sahabat Shahzan & Isteri yang terlibat dalam kemalangan pada 18 May 2009 yang lalu.
Kami berharap sahabat tabah dalam menghadapi ujian ini dan kami mendoakan semoga cepat sembuh dan apapun bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kemalangan ini tidak melibatkan nyawa.
Kemalangan ini berlaku di Jalan Mahameru (area parliman) pada malam berkenaan di percayai jalan tersebut telah disimbah minyak oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan sedikit habuan untuk tembolok sendiri tetapi membahayakan nyawa orang lain.
Kepada semua ahli GW dan masyarakat amnya diharap berhati2 dalam setiap pemanduan.

Share/Bookmark

Hindraf kian ‘besar kepala’


Share/Bookmark TIDAK sampai 10 hari selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pemimpin Hindraf – pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan – sudah merancang untuk mengadakan perhimpunan pada pertengahan Jun ini.

Rancangan itu disampaikan oleh P. Uthayakumar ketika menghadiri satu majlis di Batu Caves, Selangor, kelmarin. Dalam kenyataannya, pemimpin yang kononnya berusaha menjadi wira masyarakat India itu menegaskan, perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur itu berteraskan prinsip demokrasi.

Persoalannya, kita ingin bertanya apa istimewanya Hindraf dan apa hebatnya Uthayakumar? Sehingga kini mereka masih lagi boleh bercakap mengenai gerakan sebuah pertubuhan yang diharamkan, yang ditubuhkan atas semangat perkauman dan pernah mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Ternyata sekali walaupun sudah ditahan di bawah ISA, pemimpin pertubuhan haram itu masih belum serik malah dengan bangganya mendabik dada untuk tidak berterima kasih kepada kerajaan dan memberitahu penyokongnya bahawa dia tidak menandatangani sebarang syarat pembebasan.

Semua itu bagi membolehkan dirinya akan dianggap sebagai seorang yang berani dan diangkat sebagai pejuang kaum India. Tetapi adakah situasi ini akan dibiarkan oleh kerajaan? Kenapakah masih ada tolak-ansur kepada kelompok yang masih melaung-laungkan perkataan Hindraf itu?

Kalau ia sudah haram di sisi undang-undang maknanya apa juga yang berkaitan dengannya adalah melanggar undang-undang. Apakah kerana ia sebuah pertubuhan bukan Melayu maka ia agak sukar bagi mengambil tindakan untuk memastikan ia berkubur selama-lamanya?

Kalaulah pemimpin Hindraf percaya kepada demokrasi, mereka tidak akan melanggar undang-undang. Mereka akan patuh kepada keputusan kerajaan untuk mengharamkan pertubuhan berkenaan yang ternyata diasaskan atas semangat perkauman.Kalaulah mereka berani dan begitu yakin bahawa mereka mendapat sokongan majoriti kaum India, tubuhlah parti politik secara sah dan bertandinglah pada pilihan raya.

Namun pemimpin-pemimpin tersebut hanya berani terpekik-terlolong dan mencabar undang-undang dengan berselindung di sebaliknya pertubuhan haram itu.

dipetik dari utusanonline.com



Ini lah dia India/keling yang tak sedar diri dan tak tau dek untung. Segala macam yang kerajaan dah sediakan dan pelbagai peluang terbentang luas masih lagi nak menuntut yang bukan-bukan. Silakan saja balik ke negara asal dan hidup merempat di tanah asal usul keturunan anda wahai perosak kedamaian.

Sifat perkauman yang terlalu kuat yang ditunjukkan ini dianggap sebagai hero...hero umpama filem tamil yang selalu ditayang dan di bangga kan oleh kaum inida ini.

Tetapi apabila orang Melayu menuntut dan mempertahankan hak yang termaktub dalam perlembagaan di katakannya sebagai tidak adil dan terlalu mementingkan bumiputera.

Hakikatnya ini lah Tanah Melayu yang mana British sengaja membawa masuk kaum India & Cina alasannya untuk membantu kemajuan di tanah MeLayu......dan kesannya hari ini mereka kesemuanya lebih sudu dari kuah.



Share/Bookmark

Wednesday, April 22, 2009

Amanah Saham


Share/Bookmark JOHOR BAHRU 22 April - Kesemua 999 juta unit unit dana Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada kaum Cina dan mula dijual semalam telah habis dilanggan sepenuhnya.


Bagaimanapun daripada 1.665 bilion unit ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual manakala 53.5 juta daripada 499.5 juta peruntukan kepada kaum India telah dilanggan.Baki 166.5 juta unit saham diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang lain dengan jumlah keseluruhan 3.33 bilion unit tawaran baru.


Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataannya di sini hari ini menyeru semua pelabur yang layak segera mengambil kesempatan melanggan baki unit amanah itu."Memandangkan masih terdapat 446 juta unit lagi untuk langganan oleh kaum India, saya menyeru agar mereka merebut peluang membelinya.


"Pelabur bumiputera dan kaum India juga tidak sepatutnya melepaskan peluang melabur dalam ASM," katanya.


Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penawaran unit tambahan ASM sebanyak 3.33 bilion ketika melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 (MSAM) yang dianjurkan di negeri Johor.Langganan unit amanah itu dihadkan kepada 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun bertujuan memberi peluang kepada ramai rakyat Malaysia melabur.


Sementara itu, Hamad Kama Piah mengingatkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk melabur dalam ASM, supaya merebut peluang berkenaan melalui penawaran 2 bilion unit tambahan ASW 2020 yang akan dibuka langganannya mulai 27 April ini. Beliau berkata, tawaran unit-unit ASW 2020 itu adalah tertakluk kepada peruntukan 51 peratus kepada bumiputera dan 49 peratus kepada bukan bumiputera.



dipetik dari Utusan.com





Apakah org Melayu/Bumiputera masih tak mampu untuk melabur dan membeli saham yang ditawarkan??? atau org melayu/Bumiputera tindak mengindahkan tentang pelaburan demi masa depan???????


Mungkin kalau org Melayu/Bumiputera melabur pun tidak lah setinggi pelaburan yang dibuat oleh org Cina yang sememangnya kita tahu rata2 mereka adalah berkemampuan dan kaya. ??????????

Sekiranya org Cina melabur RM1000.00 kebanyakan Melayu/Bumiputera hanya mampu mengeluarkan RM100.00 atau panggil tinggi RM500.00....????????




Share/Bookmark

Monday, March 30, 2009

KEMBALI MENGHORMATI


Share/Bookmark
Semoga ianya dapat merungkai segala permasaalah yang timbul. Moga diberkati oleh yang Maha Esa.


Penghormatan ini sepatutnya telah lama diterima sewaktu selepas bersara. Semoga ianya dikekalkan bagi kesejahteraan bersama.





Share/Bookmark

Thursday, March 26, 2009

KEPIMPINAN BARU


Share/Bookmark
Semoga barisan kepimpinan baru dalam UMNO dapat membei nafas yang harum dan dapat meningkat keyakinan rakyat terhadap parti ini dalam menentukan kestabilan negara dan survival bangsa melayu. Diharapkan juga pertandingan satu keluarga ini tidak mewujudkan puak-puak yang akan menikam satu sama lain dan moga yang Maha Esa menyatupadukan hati-hati kepimpinan barisan yang baru ini seperti lagu yang sering kedengaran dalam persidangan ini.
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


Share/Bookmark

Wednesday, March 25, 2009

Geng Kolar Merah


Share/Bookmark



Ahli-ahli GW (kolar merah) semasa menghadiri Perhimpunan Perkasa pada 22 Mac 2009




Share/Bookmark

BARISAN PEMUDA UMNO


Share/Bookmark
Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy
KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Adakah kemenangan ini akan membawa satu hikmah yang akan membentuk barisan Pemuda yang sangat padu , sepakat dalam mengharungi survival politik orang Melayu pada masa mendatang serta dapat memberi nafas baru pada UMNO yang dalam keadaan sesak nafas pada ketika ini.

Dapatkah barisan pemuda ini menarik semula sokongan anak-anak muda Melayu yang semakin menjauhkan diri dari UMNO dan apakah barisan pemuda ini benar-benar mengekalkan semangat berjuang atas nama Agama, Bangsa & Negara.

Semoga perhimpunan Agong UMNO kali ini tidak membawa rebah dan barah yang akan menghancurkan bangsa Melayu. Mohon agar perhimpunan ini diberkati oleh yang Maha Esa serta membawa tuah dan harapan baru bagi bangsa Melayu yang sedang terkapai-kapai dalam menentukan survival bangsa walaupun telah merdeka selama 51 tahun.


Share/Bookmark

Monday, March 16, 2009

PPSMI


Share/Bookmark


GAMBAR AHLI GW SEMASA MAJLIS MENYOKONG PPSMI DI SIME DARBY KUALA LUMPUR.




GAGASAN WARISAN MENYOKONG PENUH SUPAYA PPSMI DITERUSKAN DEMI MEMENUHI AGENDA BANGSA UNTUK BERSAING DALAM DUNIA GLOBALISASI YANG PENUH CABARAN INI.


Share/Bookmark

Tuesday, March 10, 2009

Melayu mungkin pupus?


Share/Bookmark Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.
"Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut,'' titah baginda.

Raja Nazrin bertitah demikian ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Raja Muda Perak bertitah, keterusan hidup atau survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung beberapa faktor yang selama ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya.
Titah baginda, ia termasuk budaya bernegara dan berkerajaan yang berpegang kepada prinsip rakyat beraja dan negeri bersultan.

Baginda bertitah, betapa malangnya bangsa apabila berlakunya tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu.
"Betapa terancam survival bangsa apabila tradisi dan institusi tidak lagi dihormati dan disifatkan sebagai antitesis kepada pemikiran rasional, permodenan dan sains.

"Betapa malangnya apabila generasi yang cetek terhadap latar belakang sejarah mengaitkan tradisi sebagai amalan jahiliah, tahyul dan dogmatik," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah, dalam mengharungi gelombang globalisasi dan menghadapi dinamik politik yang sedang melanda, bangsa Melayu kini di persimpangan jalan dan menghadapi dua kemungkinan. Titah baginda, kemungkinan pertama ialah bangsa Melayu akan terus bertahan, berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global.

Kemungkinan kedua, titah baginda, ialah bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan. Sehingga akhirnya, baginda bertitah, Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.
Pada ketika itu, Raja Nazrin bertitah, tiada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik.

Baginda bertitah, kalau masih ada pun yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan atau lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.

"Untuk itu, perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok, memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan oleh pihak lawan.
"Akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabung kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai," titah baginda.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


dipetik dari utusan.com


Share/Bookmark

Monday, February 9, 2009

Daulat Tuanku !!!


Share/Bookmark
Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !


Kami orang - orang Melayu tetap akan menghormati Raja-Raja Melayu dan akan mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.


Berambus dari tanah air tercinta ini bagi sesiapa yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu.


Tiadalah setia itu sekuat setia Melayu kepada Rajanya - Sir Hugh Low, England


Betapa lantang aku mengeluh
betapa kuat aku teriakkan
betapa gamat aku gempitakan
Seperigi airmata aku tangiskan
setelaga ungkapan penawar sengsara namun...
manakan sama
manakan bisa dibandingkan dengan keluh kesah Rajaku
Raja Melayu di Tanah Melayu...

Tanah tumpah darah keturunanku
di kala gempak gempita ganyang Melayu
berlaku di depan mata anak-biniku
di tepi tepian Istana Tuanku tercemarlah kata kesat mereka itu
Cis! Kenapakah semua ini boleh berlaku?
Adakah benar daulatku? Aku Melayu yang terpaku...
walhal dulu, aku jugalah Melayu yang punya selaut bangga
menentang penjajah yang bermaharajalela
demi menegakkan kedaulatan bangsa...

Akan patik gadaikan
nyawa dan raga
dan tenaga tanda taat setia seorang Melayu
yang dahagakan perlindungan Tuanku
dalam arus tak menentu
terumbang ambing ombak menderu
Bukan lagi Melaka alah ditangan seteru
Malah akan dihumbanlah segala rumpunku
dan punahlah segala warisan yang terbeku
Oh Tanah Melayu Oh Negeri Melayu...

Adalah patik yang lemah bermohon
dibukalah pintu istana Rajaku
dikerahlah segala yang ada
agar penawar menusuk ke kalbuku
diberikan seteguk air sakti
dihulur setitis embun pagi
dibekal sejalur sinar jauhari
agar lenyap rasa bisa di hujung hati
melihat terkubur Melayu jati
fakirlah patik sekalian ini
di tanah tumpah darah sendiri...

dipetik dari RajaMenangis .com

Share/Bookmark

Friday, January 30, 2009

Penjenayah Disanjung


Share/Bookmark TERDAPAT satu trend yang sangat membimbangkan apabila seseorang yang disyaki melakukan jenayah mendapat pembelaan yang luar biasa daripada masyarakat.

Sokongan tersebut bukan sahaja daripada pihak keluarga malah daripada kumpulan NGO, juga menteri-menteri dan juga bekas menteri Kabinet.

Sepatutnya menteri-menteri dan juga bekas menteri tahu akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat seperti membanteras jenayah dan memastikan ketenteraman awam. Bukan dengan menambah buruk lagi keadaan.

Isu-isu seperti ini juga tidak boleh dilabel sebagai berbau perkauman kerana ia amat merbahayakan ketenteraman awam.

Jenayah bukan hak milik kaum India, Cina atau Melayu sahaja. Ia berlaku kerana terdapat kepincangan dalam masyarakat itu sendiri. Inilah yang perlu diperbaiki oleh semua kaum.

Di sinilah perlunya pemimpin-pemimpin kaum memainkan peranan mententeramkan perasaan kaum mereka dan bukan mencurahkan lagi api.

Pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang boleh mencorakkan nasib kaum mereka kepada yang lebih baik dan bukan sebaliknya.

Hanya kerana mengejar populariti mereka sanggup mengorbankan etika dan prinsip. Mereka ini juga yang akan marahkan polis jika rumah mereka dimasuki pencuri kerana polis tidak meronda di kawasan mereka.

Perlu diingat yang masyarakat Malaysia kini diancam dengan pelbagai jenayah daripada jenayah peras ugut, pecah rumah, kecurian kereta, penculikan dan kes bunuh. Setiap hari ada sahaja kes-kes pembunuhan dan kehilangan kanak-kanak terpapar di akhbar-akhbar.

Pihak polis menghadapi tekanan menyelesaikan kes yang berat seperti kes bunuh dan penculikan. Kini ditambah pula dengan tugas menjaga ketenteraman awam apabila berlaku tunjuk perasaan.

Tiada siapa yang menyokong tindakan keras pihak polis terhadap orang yang disyaki bagi mendapatkan bukti sesuatu kes jenayah.

Jika benar ia berlaku maka perbuatan tersebut haruslah dikutuk. Mereka yang bertanggungjawab mesti dibawa ke pengadilan dan dihukum. Pihak polis mestilah profesional menangani kes ini untuk terus dihormati oleh masyarakat.

Saya berpendapat bukan semua polis bersikap demikian. Institusi polis tidak akan tercalar hanya kerana kes ini jika pun terdapat salah laku anggotanya dalam kejadian ini.

Apa yang harus dilakukan sekarang ialah mententeramkan perasaan keluarga mangsa dan pihak polis mestilah menunjukkan keadilan yang sebenarnya.

Orang luar tidak perlu mencampuri sesuatu kes jenayah baik kumpulan NGO dan juga menteri-menteri melainkan menteri yang bertanggungjawab.

by ESA ADAM

Share/Bookmark

Friday, January 23, 2009

Melayu & Malaysia


Share/Bookmark Orang Melayu diakui dalam sejarah negara sebagai penduduk asal tanah air ini. Pada 2010 dijangka orang Melayu akan terus merupakan majoriti di negara ini dengan kadar 67 peratus, berbanding etnik Cina 24.3 peratus dan etnik India 7.4 peratus. Manakala lain-lain etnik akan berada pada tahap 1.3 peratus.

Persoalanya 67% sepatutnya kita boleh mempertahankan hak kita tanpa banyak songeh.

Berdasarkan data purata pendapatan bulanan mengikut kumpulan etnik utama pada tahun 2004 oleh Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan bulanan orang Melayu ialah RM2,711, orang Cina RM4,437 dan orang India RM3,456. Jelas sekali orang Melayu secara keseluruhannya masih merupakan kumpulan etnik yang berpendapatan paling rendah di kalangan etnik utama di negara ini. Malah lebih menarik, orang Melayu yang digambarkan sebagai tuan di negara ini merupakan satu-satu etnik yang berada di bawah paras purata pendapatan rakyat Malaysia iaitu RM3,246.

Ramai lagi melayu rendah pendapatannya malahan kita jugak majority dalam Negara.

Malah terbaru, lihatlah bagaimana beberapa hari lalu Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 yang bernilai 490 juta unit habis dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa 6 jam 10 minit sahaja. Pada 18 Julai 2007 lalu, sejumlah 500 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa hanya 39 minit sahaja. Bayangkan nanti pada 1 Disember 2008 apabila satu bilion unit tambahan ASM akan ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Bagi orang Melayu, tidak perlulah menunggu sehingga minggu depan kerana unit ASM yang telah ditawarkan sejak sekian lama pun belum lagi habis dilanggan.

Org melayu masih kurang wang, apa lagi yg dia org tak puas hati

Lebih menyedihkan bila data Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2004 menunjukkan kemiskinan orang Melayu adalah 8.3 peratus jauh lebih tinggi daripada orang Cina (0.6 peratus) dan orang India (2.9 peratus). Pimpinan Melayu mesti berani untuk mengakui kelemahan DEB dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman DEB dan perbetulkan kelemahan tersebut

Kerajaan perlu tunjukan statistic sebenar dan membantu org melayu

Bagi kebanyakan orang Melayu, episod Singapura adalah lambang kegagalan ketuanan Melayu. Justeru, ini juga adalah antara faktor utama sehingga kini, mengapa orang Melayu begitu sensitif apabila konsep ketuanan Melayu dipersoalkan. Harus diingat bahawa dasar pemberian biasiswa ini sama sekali tidak menafikan hak kaum bukan Melayu yang juga miskin dan berhak. Contohnya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada masa kini dinisbahkan pada 55:45 di mana kaum Melayu (yang majoritinya miskin) diperuntukkan 55 peratus biasiswa manakala bukan Melayu (yang majoritinya mampu) mendapat 45 peratus.

Cukuplah pemberian kaum kita kepada mereka dahulu jangan diulangi kesilapan kaum kita terdahulu dengan memberikan kerakyatan percuma dan melepaskan singapura
.

Apa lagi yang mereka mahu ?????????????????????? Mereka sebenarnya mahu memerintah dan mengambil Malaysia dan ingin menjadi "Tuan Tanah."

Share/Bookmark

Punca Ketuanan Melayu Diperlekeh


Share/Bookmark SEJAK selesai Pilihan Raya Umum Ke-12 dan seperti mana yang kita ketahui akan keputusannya di mana lima negeri dikuasai pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu.

Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku dalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, di manakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang.

Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Di manakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk sejak merdeka lagi di antara parti komponen BN? Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan daripada orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah peroleh dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini.

Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu? Ingatlah kaum bukan Melayu, orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri.

Orang Melayu tidak mahu hidup merempat di tanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap mereka menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan. Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayakan hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu.

Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia seperti yang ada pada masa ini.

Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu di atas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara?

Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah!
Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri.

Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “tuan”.

Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak daripada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin baru-baru ini:Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung’. Sama-samalah kita renungkan...


Share/Bookmark

Tuesday, January 13, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?


Share/Bookmark SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa. Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.


Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini.



Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau: Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?


Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.


Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).


Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.


Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman). Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).


Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).


Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.


Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi. Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?


Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.


Mempengaruhi


Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.



Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.


Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?


Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.


Mengapa umat Islam terlalu lemah?


Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?


Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.


Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf. Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.


Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).


Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.


Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.


Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran

Dipetik dari Utusan Online.


Share/Bookmark

Tuesday, January 6, 2009

Ketuanan pendidikan Melayu


Share/Bookmark BUKANLAH sesuatu yang menghairankan apabila permasalahan berkaitan pendidikan di kalangan orang Melayu masih menjadi isu yang kedengaran saban tahun.

Isu-isu seperti pengangguran siswazah Melayu, kualiti modal insan yang mendukacitakan, kegagalan menguasai bahasa Inggeris serta tidak menepati kehendak pasaran kerja seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelesaian.
Kegagalan orang Melayu menonjolkan diri dalam pendidikan adalah satu kerugian yang besar kepada pembangunan bangsa, apabila terpaksa melepaskan beberapa 'kuasa' kepada bangsa lain kerana ketidakbijakan orang Melayu itu sendiri.

Justeru adalah sesuatu yang mustahak untuk isu dan cabaran dalam pendidikan orang Melayu itu diperhalusi supaya peranan orang Melayu sebagai tuan di Tanah Melayu ini dikuasai dalam erti kata yang sebenarnya. Perkara itu juga menjadi intipati utama perbincangan dalam Seminar Nasional Ketuanan Melayu yang dianjurkan oleh Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI), di MITC, Ayer Keroh, Melaka yang berlangsung 6 hingga 7 Januari.

Seminar dua hari bertemakan Konsep dan Cabaran Dalam Pembinaan Negara Bangsa dan Berdaulat itu dihadiri oleh ahli akademik dan profesional Melayu dalam pelbagai bidang dari universiti serta organisasi seluruh negara. Pada ketika ini, ketuanan Melayu dalam pendidikan berkembang kerana adanya dasar dan bantuan daripada kerajaan yang memberikan keutamaan kepada orang Melayu dalam pelbagai cabang pendidikan.

Namun mampukah bantuan daripada kerajaan itu mampu bertahan untuk Melayu terus menjadi ketua dan pemimpin pada masa akan datang?
Seperti yang dijelaskan oleh Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Industri Selangor, Prof. Datuk Dr. Ab. Rahim Selamat dalam kertas kerjanya yang bertajuk 'Mengukuhkan Ketuanan Melayu Dalam Sektor Pendidikan Negara', sistem pendidikan negara memerlukan strategi yang mampan untuk mengekalkan ketuanan dan kepimpinan Melayu.

Menurut beliau, usaha itu boleh dicapai menerusi penilaian semula perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan dalam konteks ketuanan pendidikan supaya fungsi pengurusan pendidikan itu menjadi selaras atau sistematik.
Dalam memperkatakan tentang kualiti pendidikan juga, adalah wajar untuk membandingkan penglibatan orang Melayu dan kaum lain dalam sektor pendidikan swasta termasuk yang bermula di peringkat pra sekolah lagi.

Pendidikan sekolah swasta tidak begitu mendapat perhatian orang Melayu barangkali kerana kedudukan yang selesa dalam sektor pendidikan awam. Sedangkan ketuanan orang Melayu dalam pendidikan juga boleh dinilai daripada sejauh mana kejayaan kita berdikari dalam membangunkan institusi pendidikan secara individu atau syarikat.

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


Share/Bookmark