Monday, June 18, 2012
Hak Pemerintah Untuk Ditaati
Hak Pemerintah Untuk Ditaati
Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka. Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM, pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa “Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,” - iaitu makmur dan aman. Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T. Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia. Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan. Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara. Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka. Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur. Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin. Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya. Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya. Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati. Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya. Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati. Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan. Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita. Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam. Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran. “Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)”. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240) Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata: “Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”. (Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah) Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda: “Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275). Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah. Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali. Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka. Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah. Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah: Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga. Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran. Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T. Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam. Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian.
Hak Pemerintah Untuk Ditaati
Malaysia Bukanlah Negara Sekular
Malaysia Bukanlah Negara Sekular
PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara secular.Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.
Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman. Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.
Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang bersifat sekular.
Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.
Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.
Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.
Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.
Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.
Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.
Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir. Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.
Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.
Malaysia Bukanlah Negara Sekular
SUARAM ALAT ANWAR PERKUDAKAN ISU SCORPENE
SUARAM ALAT ANWAR PERKUDAKAN ISU SCORPENE
Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.
Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.
Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.
Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?
Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.
Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.
Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.
Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.
Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.
Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.
Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.
Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.
Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.
Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.
Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.
Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.
Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?
Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?
Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya.
Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!
Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?
Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?
Isu ini akan dikupas selanjutnya dalam analisis seterusnya.
SUARAM ALAT ANWAR PERKUDAKAN ISU SCORPENE
Monday, April 4, 2011
Video Anuar Ibrahim, Benar atau Palsu
Video Anuar Ibrahim, Benar atau Palsu
hard to say...Video Anuar Ibrahim, Benar atau Palsu
Wednesday, February 9, 2011
Risalah DAP Nak Ubah Sejarah
Risalah DAP Nak Ubah Sejarah
RISALAH My Balik Pulau dengan tajuk Jom! Ketahui Balik Sana Pulau! yang diedarkan beberapa tempat termasuk di sekolah di Balik Pulau, Pulau Pinang membawa mesej yang amat jelas.
Mesejnya: Mahu mengelirukan sesiapa yang membacanya terutama yang baru mengenal kehidupan mengenai sejarah Balik Pulau selain menghina majoriti penduduk di kawasan itu iaitu kaum Melayu.
Kandungan cerita dan ilustrasi yang diketengahkan jelas menunjukkan percubaan secara terang-terangan untuk mengalih sejarah dengan pelbagai pemalsuan fakta termasuklah sejarah awal orang Melayu di negeri ini. Digambarkan seolah-olah masyarakat Cina bertapak di Balik Pulau lebih awal daripada kedatangan orang Melayu.
Sesiapa juga yang bertanggungjawab merancang penerbitan risalah terbabit sudah pasti berniat jahat kerana mengalihkan fakta! Unsur-unsur penghinaan terhadap masyarakat Melayu juga nyata apabila digambarkan sanggup menggadai tanah semata-mata untuk mengadakan upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan.
Risalah sebegini boleh mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia perlu dihentikan! Meneliti risalah ini, teringat kaedah yang serupa digunakan oleh kerajaan sebuah negara dalam mengubah sejarah negaranya. Ia berjaya menipu rakyatnya sendiri.
Dipetik dari utusan by awang selamat
Risalah DAP Nak Ubah Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)