Tuesday, June 26, 2012

Malaysiakini Lebih Racist


Share/Bookmark
Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini.  Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.” 


Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan.  Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi.  Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal.  Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.  


Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera.  Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan. 


Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus.  Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.


Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia.  


Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman.  Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang.  


Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja.  


Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini.  Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman.  ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh  mereka. 


Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf?  Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh?  Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam?  Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?


Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman.  Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan.  


Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua.  Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya.  


Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’.  Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya.  


Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.     


Share/Bookmark

PAS RELA KHIANATI MELAYU DARIPADA TINGGALKAN DAP


Share/Bookmark
Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut.


Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.


Umpamanya DAP menggula-gulakan orang Melayu kononnya parti itulah pejuang yang ikhlas terhadap agenda Melayu di Pulau Pinang.


DAP merasuah orang Melayu dengan memberi peruntukan lebih tinggi kepada majlis agama negeri dan projek-projek kecil sementara projek pembangunan yang besar dan bernilai tinggi pula isapu oleh pemimpin dan kroni DAP berbangsa Cina.


Melihat kepada betapa baiknya sikap DAP kepada orang Melayu di Pulau Pinang, PAS pun termakan dengan umpan tersebut dan terus memuji-muji dan menyanjung parti yang pernah dilabelnya sebagai kafir harbi dan pengkhianat Melayu.


Setelah menjadi tiga serangkai dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, semua yang pernah dilabelkan haram dan jijik oleh PAS kepada parti rasis Cina itu menjadi halal, bersih dan bebas dari dosa.


Malah PAS pula kini menjadi pembela terbesar DAP dan mempertahankan tindak tanduk serta dasar parti itu.


Tidak cukup dengan itu PAS sanggup menukar dasar dan perjuangannya menuntut sebuah negara Islam kepada yang satu konsep yang lebih lunak dan tidak merbahaya kepada DAP iaitu 'negara berkebajikan'.


Semua ini dilakukan untuk menjaga hati rakankongsi baru PAS dalam politik tetapi yang menyedihkan parti itu membelakangkan agenda Melayu yang kononnya selamanya ini dipertahankan.


Kenyataan biadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nizar Jamaluddin berhubung isu pembelian plat WWW 1 oleh Sultan Johor menjadi bukti jelas.


Nizar dengan celupar mempertikaikan tindakan Tuanku dalam isu itu tanpa memperdulikan samada perbuatannya itu boleh mencemar dan memalukan institusi raja yang selama ini menjadi payung pelindung kepada bangsa Melayu sejak berzaman.


Apa yang disebut oleh Nizar dalam twitternya senada dengan sikap anti-Melayu dan raja yang ditunjukkan oleh DAP.


Lupakah orang Melayu Perak khususnya akan episod 'sembah derhaka' Nizar kepada Sultan Azlan Shah apabila enggan meletak jawatan apabila dititah berbuat demikian pada awal 2009?


Menurut sumber dalaman PAS Perak sendiri, keceluparan Nizar dan sikap anti-raja yang ditunjukkan beliau dalam isu kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan insiden terbaru membabitkan Sultan Johor adalah kerana beliau mempunyai pertalian darah dengan dua pemimpin DAP Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.


Ngeh dan Nga adalah sepupu sementara Nizar pula menjadi sepupu kepada kedua-duanya dari sebelah ibunya yang berbangsa Cina.


Jadi bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi; sikap menentang institusi raja yang dizahirkan oleh Nizar telah sediada mengalir dalam tubuh badannya secara semulajadi.


Maka tidak hairanlah setiap kali Nizar mengadakan sidang akhbar semasa menjawat Menteri Besar Perak dahulu, beliau akan diapit oleh Ngeh dan Nga.


Setiap kalimat dari mulu Nizar akan dikawal ketat oleh kedua-dua pemimpin DAP itu dan tidak boleh dilafazkan tanpa persetujuan mereka.


Malah amat jelas pada mana-mana sidang media, Nizar akan menoleh kepada Ngeh dan Nga terlebih dahulu sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan terutamanya soalan yang berkaitan dengan dasar Melayu.


Pernah Nizar dilihat bertindak secara spontan seperti robot dengan menoleh kepada Ngeh dan Nga untuk mendapat ilham apakah jawapan paling selamat dan sesuai apabila ditanya mengenai isu pemberian tanah pajakan selama 999 tahun kepada penduduk Cina. 


Ini hanyalah sekelumit daripada rentetan insiden yang membabitkan pemimpin PAS dengan institusi raja.


Sejak bersekongkol dengan DAP, PAS tidak lagi menghormati raja-raja Melayu bahkan selalu menimbulkan kontroversi yang mencemar kemuliaan institusi itu.


Bagi PAS, ia lebih rela menggorbankan agenda Islam dan membelakangkan bangsa Melayu sekiranya ini dapat membantu parti itu membolot kuasa politik, daripada berpisah dengan kekasihnya DAP yang tidak seagama dan tidak juga sebangsa.


ends

Share/Bookmark

Sunday, June 24, 2012

Suaram Penipu Nombor 1 Di Malaysia


Share/Bookmark
SETELAH penipuan Penyelaras SUARAM (sebut PKR), Cynthia Gabriel pada 15 Jun 2012 berhubung pengeluaran satu sepina oleh Mahkamah Perancis berhubung dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene terbongkar, Malaysiakini semalam memetik sumber dari sekratariat NGO tersebut yang terus mempertahankan kenyataan Cynthia dengan memberi alasan yang penulis petik, “"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini”


Masuk akalkah, dari 15 Jun sehingga sekarang (22 Jun), sejak Cynthia membuat kenyataan tersebut, sepina itu masih tidak sampai kepada penerimanya di sini yang dikenali sebagai Jasbir Singh Chahl?


Kita tidak bercakap tentang zaman-zaman dahulu bila mana serba serbinya berbentuk manual.  Zaman hari ini, semuanya semudah menekan butang di keyboard. Oleh itu, sangat-sangat mustahil sepina yang disebut Cynthia “dalam perjalanan” pada 15 Jun itu masih tidak tiba sehingga sekarang!!


Orang yang dinamakan dalam sepina tersebut pun sudah menafikan ada menerima sebarang sepina dari Perancis.  Kalau itu tidak cukup, wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Laurent Lemarchand (Penolong Ketua Misi) sendiri telah menafikan bahawa Mahkamah di negaranya ada mengeluarkan sepina ke atas Jasbir seperti yang di dakwa Cynthia.


Bukan setakat Jasbir, malah tidak ada sepina dikeluarkan kepada mana-mana rakyat negara ini berhubung dengan kes tersebut.


Untuk pengetahuan semua, peranan kedutaan Perancis dalam hal ini sangat penting kerana prosedur kehakiman Perancis yang berbeza dengan Malaysia.  Kalau benarlah seperti dakwaan Cynthia ada sepina yang dikeluarkan, kedutaan Perancis akan menjadi pihak yang pertama di negara ini tahu mengenainya, sebelum Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Ini kerana mengikut prosedur perundangan  di Perancis, mereka tidak memerlukan saksi tersebut hadir di Mahkamah dalam tempoh siasatan, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.


Ya, siasatan, kerana seperti dimaklum SUARAM sendiri di Bangkok pada 30 Mei, siasatan kes ini oleh Mahkamah Perancis masih berjalan dan mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun.  Itu yang pelik bagaimana pada 30 Mei mereka sendiri menerangkan yang siasatan masih berjalan (di Bangkok), pada 15 Jun mereka memaklumkan sepina sedang dalam perjalanan.


Sepina apa kalau perbicaraan pun tidak ada?


Ini yang kita katakan SUARAM ini sebagai penipu nombor satu selain membayangkan kecelaruan ketara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Dikalangan mereka sendiri pun sering bercakap perkara yang bercanggah antara satu sama lain.  Tujuannya untuk membodoh-bodohkan rakyat selain mencipta sensasi untuk menjual meja (SUARAM mengadakan majlis makan malam mengutip derma pada 15 Jun) bagi mendapatkan dana, kononnya untuk membiayai Ops Scorpene 2.0.


Ini tidak jauh beza dengan Anwar mengumumkan kononnya ada beberapa ahli Parlimen dan bekas pemimpin UMNO Sabah yang akan melompat parti dalam kunjungannya ke negeri tersebut pada 10 Jun 2012.  Sama seperti kes SUARAM ini juga, pada malam itu juga diadakan majlis sama untuk mengutip derma bagi tujuan persediaan pilihanraya PKR Sabah.


Ini bukan kali pertama berlaku, peristiwa 16 September 2008 dan beberapa kes-kes kecil selepas itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram politik yang gemar mencipta sensasi untuk membodohkan rakyat.  Kita semua tidak lupa bagaimana galaknya Anwar bercakap tentang penipuan dalam pilihanraya sehingga mencetus Bersih 1, 2 dan 3 tapi dalam masa yang sama dia menyatakan keyakinan yang pembangkang akan menang sekian-sekian kerusi dan memperolehi kemenangan selesa.


Disitu pun dah nampak tak betul, bagaimana kata UMNO/BN menipu dalam pilihanraya tapi kemudiannya mendakwa Pakatan boleh menang?


Semua ini sepatutnya memberi alasan kepada rakyat kenapa BN perlu dipertahankan.  BN mungkin bukan kerajaan yang sempurna (siapa yang sempurna pun), tapi BN tidaklah bersandiwara sebegini hebat, dan dalam masa yang sama cuba membodoh-bodohkan rakyat


Share/Bookmark

Thursday, June 21, 2012

Anwar Suruh Orang Bersumpah Tapi Dia Suka Elak Sumpah


Share/Bookmark
Bekas Pengarah BPR mengaku diminta buat Akuan Bersumpah bersih nama ketua pembangkang


PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris mendakwa beliau membuat Akuan Bersumpah (SD) membersihkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2003 atas permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang dihubungi di Medan, Indonesia, berkata SD itu membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, selain mempunyai hubungan dengan pihak berkepentingan di Barat.


Ia berkaitan kes saman malu Anwar terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) kerana mendakwa artikel bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ yang disiarkan pada 2 Mac 2002 sebagai memalukan beliau.


Abdul Razak yang terbabit dalam siasatan kes itu pada 1999 dan ditutup pada tahun berikutnya, mendakwa pada 2003, beliau diminta oleh Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hadir bagi pihak BPR selepas disapina oleh Anwar dalam saman berkenaan. (BPR kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Beliau mendakwa Anwar mengetahui bahawa ‘tiada kes’ terhadapnya dan mempunyai kelebihan dalam kes itu kerana dokumen yang dirampas dalam siasatan sudah dipulangkan.


Abdul Razak yang menamatkan perkhidmatan pada 2004, berkata disebabkan disapina sebagai saksi plaintif, beliau bersetuju dengan permintaan Anwar supaya membuat SD selepas Anwar enggan memasukkan kenyataannya dalam afidavit.


“Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.


“Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan, banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.


“Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah,” katanya.


 Mengenai tindakan Anwar menggunakan SD beliau bagi menyokong kesnya sekarang, Abdul Razak berkata sesiapa saja akan menggunakan peluang seumpama itu.


 Sehubungan itu, katanya, SPRM wajar membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru. 


Sementara itu, Eekmal Ahmad, koodinator media Anwar, terkejut apabila diminta mengulas pendedahan Abdul Razak dan bertanya bagaimana New Straits Times dapat menghubungi bekas pengarah BPR itu serta sama ada media lain memperoleh maklumat berkenaan.


 Katanya, tiada sesiapa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka Abdul Razak akan bercakap mengenainya kepada media. 


“Kami tidak mahu mengulas dakwaan itu dan kami tidak mahu mencabarnya. Selagi SD itu tidak diubah dan Abdul Razak mengekalkan perakuannya itu, kami tidak melihat sebarang masalah. SD tidak boleh dipinda atau Abdul Razak boleh didakwa kerana membuat akuan sumpah palsu,” katanya. 


Ditanya komen Anwar mengenai pendedahan itu, Eekmal berkata: “Jika ada sebarang maklum balas daripada Anwar, saya akan memaklumkan kepada anda.” 


Petikan : Berita Harian

Share/Bookmark

Pemimpin Pas Tak Suka Sekolah Agama....


Share/Bookmark
Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.


Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.


Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.


Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.


Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.


Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.


Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).


Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.


Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.


Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.


Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.


Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat. 


PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.


Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.


Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.


Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.


Share/Bookmark

Wednesday, June 20, 2012

Nik Aziz Tok Guru Mursyid Abad Ini....


Share/Bookmark
Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.
Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.


Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.


Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.


Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.


Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.


Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.


Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.


Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.


Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?


Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.


Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?


Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?


Share/Bookmark

Tuesday, June 19, 2012

PAS akan ke Putrajaya...bagaimana Nasib Hudud???


Share/Bookmark
Pada Julai 2011, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dengan mengambil alih beberapa kerusi milik PKR bagaimanapun tentangan keras dari PKR memungkinkan impian PAS itu tidak akan tercapai.


PKR terutama Anwar Ibrahim melihat sebarang cubaan PAS mahu merampas kerusi milik PKR sebagai satu ancaman terhadap penguasaannya dalam pakatan pembangkang.


Mengikut maklumat dalaman PAS yang terbaru, dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) akan datang, PAS dijangkakan hanya akan bertanding di 67 kerusi parlimen. 


Walaupun ia belum muktamad disebabkan isu perebutan kerusi di antara PAS dan PKR masih belum diselesaikan bagi kerusi campuran, namun keputusan akhir tidak akan jauh berbeza dari angka tersebut. 


Daripada kira-kira 67 kerusi yang dipertandingkan itu, pimpinan PAS meramalkan mereka hanya berkemampuan mencatat kemenangan di 20 kerusi parlimen sahaja, merosot berbanding PRU 12 2008.


Berikutan itu, timbul persoalan di mana duduk letaknya nasib hukum hudud PAS yang sebelum ini sering diwar-warkan kepada umum konon akan dilaksanakan sebaik sebelum ayam jantan habis berkokok.


Dalam konteks perancangan pakatan pembangkang kini mereka masih meletakkan harapan besar kepada undi masyarakat Cina sekalipun pasca Bersih 3.0 menyaksikan sokongan pengundi kaum itu untuk pembangkang semakin merosot.


DAP mahupun PKR tentu sahaja tidak akan membenarkan isu hudud PAS terus merencatkan peluang pakatan pembangkang yang diketahui semakin kelam selepas kekacauan dan keganasan dalam demonstrasi jalanan Bersih 3.0 tempohari.


Manakala PAS pula terpaksa menghadapi hakikat saban hari pengundi atas pagar kian menjauhi mereka disebabkan kelemahan pimpinan PAS dalam menghadapi tekanan DAP dan PKR berhubung isu hudud dan negara Islam.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, beberapa mesyuarat peringkat tertinggi di antara pimpinan pakatan pembangkang merumuskan jalan menuju Putrajaya agak sukar dan terlampau jauh untuk digapai. 


Sekalipun DAP diramalkan mungkin mengekalkan kedudukan sebagai parti pembangkang yang paling banyak memenangi kerusi parlimen, di masa yang sama PAS dan PKR berdepan situasi sukar untuk mengekalkan sebahagian kerusi parlimen dan DUN yang mereka miliki sekarang.


Sebagai langkah pro aktif untuk merencatkan kebangkitan BN, satu cara yang bakal mereka laksanakan ialah dengan mempertikaikan kelayakan calon-calon BN dengan harapan kemenangan tanpa bertanding akan menjadi milik calon pembangkang.


Melalui beberapa siri mesyuarat dan kursus khas pilihanraya yang telah dan sedang giat dilaksanakan sekarang, mereka juga sepakat menumpukan usaha untuk mempotretkan imej hitam pada SPR sebagai salah satu kaedah psycho war menjelang PRU 13.


Berdasarkan gerakan aggresif pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka tika ini, jelas sekali maklumat terbaru ini ada asasnya untuk diambil perhatian serius oleh SPR, apatah lagi beberapa pendedahan berkaitan puluhan pengundi yang beralamat sama kebanyakannya timbul selepas SPR membenarkan agen parti politik mendaftarkan pengundi.


Tak mustahil, bilamana pembangkang gagal mengekalkan prestasi mereka, maka imej buruk yang dipotretkan pada SPR itu akan diterjemahkan kononnya sebagai justifikasi wujudnya ketidakadilan dalam sistem pilihanraya kendalian badan tersebut.


Share/Bookmark

Share/Bookmark

MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN LEBIH BAIK DARIPADA MENGGUNAKAN SUDU BESI ATAU SUDU PLASTIK


Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. 

Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.

Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.

Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.

Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.



Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yg makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yg menyuap makanan dgn tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis2 "high level", pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.


Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim.




Share/Bookmark

Monday, June 18, 2012

Hak Pemerintah Untuk Ditaati


Share/Bookmark
Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka. 
 
Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM,  pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa “Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,”  - iaitu makmur dan aman.  
 
Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T.   Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia.  
 
Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan.  Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara.  Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka.  

Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur.  

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin.  Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya. 

Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya.  

Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati.  

Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya.  Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati.  Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan.  Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita.  

Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam.  Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran.  

“Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)”. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”. (Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

“Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah.  Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali.  Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka.  

Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah.  

Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah:  Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga.  Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran.  Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T.  Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.  

Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian.  



Share/Bookmark

Malaysia Bukanlah Negara Sekular


Share/Bookmark PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara secular.
Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.

Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman. Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.
Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang bersifat sekular.

Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.

Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.


Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.
Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.

Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.

Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.

Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir. Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.

Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.

Share/Bookmark

SUARAM ALAT ANWAR PERKUDAKAN ISU SCORPENE


Share/Bookmark
Pembangkang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis.

Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu kumpulan pembangkangnya dalam Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan.

Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar menjadi anjing salakan Anwar?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Anwar.

Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Jika isu ini gagal diperbesarkan oleh pembangkang semasa era Tun Abdullah, kali ini Anwar melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Tidak berjaya mendapat sokongan di negara sendiri, Anwar menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan itu sahaja, Anwar juga sebenarnya telah memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum.

Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!

Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

Isu ini akan dikupas selanjutnya dalam analisis seterusnya.

Share/Bookmark