Sunday, August 17, 2008
Macam sesumpah...warna berubah ikut kepentingan
Macam sesumpah...warna berubah ikut kepentingan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan hak berdemonstrasi yang selama ini menjadi ‘isu belasahan’ DAP untuk meyerang kerajaan, terus menjadi bahan serangan parti itu tetapi kali ini daripada sudut yang berbeza.Jika selama ini ISA ditentang dan dicabar penggunaannya serta demonstrasi diangkat sebagai hak yang perlu dihormati, kini parti itu mahu ISA digunakan dan mereka yang berdemonstrasi pula mesti dikenakan tindakan.
Sebabnya, mudah sahaja. Ia kerana demonstrasi yang diadakan bagi menghalang forum Memeluk Islam tidak menepati ’selera’ mereka. Hal ini jelas daripada kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Bukti Gelugor, Karpal Singh yang mempersoalkan kenapa pihak polis membenarkan demonstrasi diadakan di hadapan bangunan Majlis Peguam semasa forum berkenaan dijalankan.
Jika selama ini mereka membantah sekatan berdemonstrasi hingga membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat, kenapa pula kali ini lain macam ’lagu’ yang didendangkan. Kenapa kali ini hak berdemonstrasi tidak dihormati dan mahu pihak polis bertindak tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi berkenaan. Ini boleh membawa andaian hanya kerana forum berkenaan sarat serta selari dengan agenda perjuangan parti itu yang selama ini dilihat tidak mesra Melayu dan Islam, maka hak untuk berdemostrasi pula dinafikan.
Lebih teruk lagi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan P. Gunasekaren mahu pihak polis menggunakan ISA terhadap mereka yang terbabit dengan demonstrasi hingga membawa kepada pemberhentian forum Memeluk Islam berkenaan. Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi jaguh demonstrasi dan bercakap tentang kebebasan juga senada dengan pasangannya DAP.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua secara khusus menyatakan, pihaknya masih menunggu Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin memberikan penjelasan kenapa beliau terlibat dengan demonstrasi itu. Zulkifli dalam kenyataanya sebelum ini dengan keras memberi amaran kepada Majlis Peguam agar jangan campur tangan dalam urusan Islam dan secara terbuka mengambil bahagian dalam demonstrasi yang turut dihadiri oleh penyokong PAS serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam.
Senang cakap, bila menguntungkan mereka, mereka akan berusaha untuk menjadi jaguh dalam isu berkenaan. Bila ada kenaikan harga minyak, mereka berdemosntrasi untuk menjadi jaguh rakyat. Bila ada forum yang mencabar kepentingan Islam dan Melayu yang selari dengan selera mereka, mereka pula membantah demonstrasi kerana hendak jadi jaguh kepada mereka yang selama ini tidak senang dengan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam. Bak kata orang Pulau Pinang ’pi mai pi mai tang tu juga’. Apa pun yang berlaku, mereka mahu dilihat jaguh walaupun ada kalanya ia bertentangan dengan prinsip dan pegangan mereka selama ini.
Juga seperti perumpamaan ’macam sesumpah’, warna mereka akan berubah ikut keadaan. Jika ia menguntungkan politik mereka, mereka akan mendabik dada merekalah pejuang kebebasan. Bila tidak, warna mereka berubah dan yang bebas selama ini akan dikatakan sebagai satu pengkhianatan.
dipetik dari agendadaily
Macam sesumpah...warna berubah ikut kepentingan
Wednesday, August 13, 2008
Timbalan Presiden PAS bersuara...kenapa boleh bersekutu dengan DAP tapi tak boleh dekati UMNO
Timbalan Presiden PAS bersuara...kenapa boleh bersekutu dengan DAP tapi tak boleh dekati UMNO
Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ini dikira agak mengejutkan.Ia satu teguran terbuka terhadap golongan dalam PAS yang menentang muzakarah parti itu dengan UMNO. Berucap merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-49 di Ipoh Rabu selain menjelaskan pertemuan yang diadakan dengan kalangan pimpinan UMNO itu adalah keputusan Majlis Syura yang merupakan pimpinan tertinggi parti, beliau turut mempersoalkan kenapa PAS tidak boleh dekati UMNO sedangkan ia boleh bersekutu dengan DAP yang memusuhi Islam. "Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati UMNO. Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan UMNO atas keputusan Syura Ulama, tak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan,” kata Nashruddin. Bukan rahsia lagi kalangan pimpinan dalam parti itu yang kuat sekali menentang muzakarah dengan UMNO ialah mereka yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka dikatakan bertegang urat mempertikaikan hal itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur pada 31 Julai baru ini yang berlangsung selama lima jam. Difahamkan mereka kurang senang kerana menyangka Nasharuddin mempelopori pertemuan dengan para pemimpin UMNO yang diadakan secara sulit itu.Malah timbul desas desus mengatakan ada yang hendak mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya.
Selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat itu isu muzakarah yang agak heboh sebelum itu tiba-tiba terus slowdown. Dalam ucapannya,Nasharuddin yang dilihat sebagai pemimpin PAS yang moderate telah memberi peringatan kepada ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura dalam isu muzakarah dengan UMNO, bahawa ia boleh disifatkan sebagai melanggar disiplin parti. Tambahnya, kepimpinan parti itu menyedari ada kalangan ahli PAS yang tidak bersetuju muzakarah dengan UMNO diadakan, selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. "Peraturan kita didasari al-Quran dan as-Sunnah, jangan ada di antara kita yang kata Quran itu lain dan politik lain.
Ahli-ahli kena bertenang dan menerima apa yang berlaku ini dengan patuh. Tidak sedarkah bahawa kita melanggar disiplin parti dengan tidak bersetuju dengan keputusan itu," tegasnya. Menurut Nasharuddin, isu muzakarah perlu dijelaskan oleh pemimpin tertinggi parti bagi memastikan anggota memahami sepenuhnya isu ini dan tidak lagi tertanya-tanya kenapa PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO. Katanya, dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar. "Kita pergi jumpa UMNO untuk bagi tahu mereka syiar Islam sebenar...Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perangpun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," ujar beliau. –
dipetik dari agendadaily.
Timbalan Presiden PAS bersuara...kenapa boleh bersekutu dengan DAP tapi tak boleh dekati UMNO
Tuesday, August 12, 2008
Malaysia diancam Interfaith Council (IFC)
Malaysia diancam Interfaith Council (IFC)
Nama penuhnya adalah Interfaith Council (IFC). Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). IFC didalangi beberapa pemimpin dari pertubuhan yang berlandaskan politik baik di dalam mahupun di luar negara manakala mereka berlandaskan pula ‘instruction’ dari pertubuhan atau agensi yang bukan berlandaskan politik (iaitu sebagai mastermind kepada dunia politik) di luar negara berpengkalan di USA, Israel, German, United Kingdom, Australia, France dan beberapa negara yang lain. Pertubuhan atau Agensi tersebut dikawal selia pula oleh suatu pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai "Shadow Government" atau "Hidden Hand".Konsep hierarki ini ialah seperti berikut:


Pluralism (juga perhatikan pada lambang agama yang paling utara iaitu yahudi, di sebelah kirinya ialah lambang burung iaitu agama/fahaman yang berasal dari pemerintahan Firaun
Sebenarnya konsep IFC yang berselindung di pertubuhan-pertubuhan tertentu sama saja dengan pertubuhan ajaran sesat yang telah difatwakan sesat oleh pihak Jakim. Tidak boleh bergerak di bawah pertubuhan A, maka mereka bergerak pula di bawah pertubuhan B dengan sedikit twist dalam objektif, perlembagaan dan sebagainya (teknik rebranding dan teknik ‘berpayung’ di bawah mana-mana organisasi sah).
Dari kiri, Peter Schier, perwakilan Malaysia, Konrad Adenauer Foundation (KAF); Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, pengarah eksekutif, Middle Eastern Graduate Center (MEGC). KAF sering menaja program Anwar, IKD dan MEGC khususnya berkaitan dengan seminar dan penerbitan buku. Khalid Jaafar adalah bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim (Semasa Anwar TPM). Manakala Al-Mustaqeem Mahmod Radhi adalah anak buah Khalid Jaafar yang menjadi penulis IKD dan penerbit buku-buku pluralisme melalui syarikatnya MEGC.
Begitu juga contoh dalam perniagaan, seperti sebuah syarikat yang telah busuk namanya dan pemiliknya mendaftarkan nama syarikat yang baru pula yang kononnya "clean" (pemilik sama, syarikat saja berbeza). Begitulah caranya Yahudi dan Nasrani memperdayakan umat Islam.

IFC ialah satu masterplan oleh golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyelewengkan akidah umat Islam.
Shadow Goverment sangat berbahaya. Merekalah penggerak ketenteraan sesebuah negara maju seperti contoh USA dan juga pemberi arahan kepada pemimpin negara tersebut. Merekalah juga pencipta watak palsu seperti Osama dan peristiwa 11 September untuk menghalalkan cara mereka di Afghanistan dan Iraq. Tapi, jangan lupa, merekalah juga penggerak dalam operasi memincangkan umat Islam. Ini adalah kerana kekuatan agama itu sendiri lebih kuat dari ketenteraan. Mereka hendak ‘pukul rata dan habis’ dan yang penting, mereka dapat menjajah sesebuah negara dan memperolehi hasil 2 dalam 1 (penaklukan dan pra-dakwah). Dasar ‘divide and rule’ bukan berlaku dalam penjajahan, tapi dalam keagamaan juga. Contohnya ialah dengan melaga-lagakan antara puak Sunnah dan Syiah dan menggunakan media seperti CNN (bagi menerapkan di minda bawah sedar penonton), walhal sebelum ini Sunnah dan Syiah tiada masalah apa-apa pun (terutama bab label-melabel).
Berikut merupakan 14 tuntutan IFC:
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
maklumat lanjut baca di http://mykmu.net
Malaysia diancam Interfaith Council (IFC)
Kuota UiTM hendak di buka ....apa dah jadi ni?????
Kuota UiTM hendak di buka ....apa dah jadi ni?????
Usul Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka kuota pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), ini merupakan satu ancaman besar kepada kaum bumiputera khususnya bangsa Melayu. Kerana ia akan menyebabkan anak bangsa kita makin di tinggalkan jauh berbanding bangsa lain.Memang diakui bangsa kita masih lemah dalam penguasaan akademik, maka dengan mengekalkan UiTM sebagai universiti untuk bumiputera, ia dapat memelihara keistimewaan orang Melayu supaya tempat mereka di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terjamin.
Walaupun begitu, ia bukan bermakna pelajar Melayu takut untuk bersaing dengan bangsa lain, tetapi apabila melihat bagaimana majoriti penguasaan akademik dimonopoli oleh bukan bumiputera ia akan menampakkan lagi jurang di antara mereka.
Bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing.
Persaingan tidak hanya perlu di peringkat dalam IPTA. Kerana sememangnya wujud persaingan lain dengan bukan Melayu apabila berlangsungnya program-program antara universiti seperti pertandingan, sukan dan sebagainya.
IPTA dan IPTS yang mempunyai kuota untuk bukan Melayu sudah banyak di negara ini, maka tidak perlulah untuk kita membuka kuota baru pula di UiTM.
Untuk membentuk persaingan secara global, kita tidak perlu untuk membuka kuota terhadap bangsa lain, dengan alasan untuk meningkatkan keserasian dan kemesraan dengan bangsa lain. Ini kerana pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha untuk membentuk masyarakat makmur berbilang kaum.
Apa yang perlu ialah pihak UiTM harus meningkatkan kualiti pembelajaran di kalangan pelajarnya selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin membentuk identiti pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi dan mampu bersaing dalam industri di peringkat global. Tindakan Menteri Besar Selangor ini juga hanyalah atas kepentingan politik untuk mengekalkan sokongan pengundi bukan melayu.
Sekiranya hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Perkara ini sepatutnya di cadangkan dari peringkat sekolah rendah dan semestinya hanya wujud satu sekolah sahaja (untuk menggalakkan perpaduan).
Janganlah sesekali mempertikaikan hak keistimewaan bangsa sendiri. Fikir masa hadapan bangsa Melayu. Ini isu sensitif. Cukup-cukuplah pihak beliau membuat pelbagai kenyataan sensitif mengenai maruah bangsa Melayu. Jangan calarkan maruah bangsa sendiri.
Kalau bukan kita sebagai pemimpin yang membela dan menjaga bangsa sendiri, siapa lagi? Jangan kerana mahu menjaga hati sesetengah pihak, hak dan maruah bangsa Melayu sendiri tergadai. Sampai bila mahu menyerahkan segala hak atas dasar demokrasi dan tidak mahu dianggap bersikap perkauman sedangkan bangsa lain terang-terang bersifat perkauman tanpa menjaga perasaan orang melayu. Segala benda hendak dituntut dan dipertikaikan sedangkan mereka hanyalah pendatang sahaja pada asalnya.
Kuota UiTM hendak di buka ....apa dah jadi ni?????
Monday, August 11, 2008
Hasutan di sebalik kebebasan bersuara
Hasutan di sebalik kebebasan bersuara
FORUM 'Memeluk Islam' yang dianjurkan Majlis Peguam Sabtu lalu, walaupun ditamatkan lebih awal, namun tetap menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam di negara ini.Sikap angkuh dan degil majlis itu yang tetap meneruskan forum tersebut di sebalik pelbagai bantahan, menunjukkan mereka sedikit pun tidak mempunyai rasa hormat terhadap umat Islam di negara ini.
Malah atas nama kebebasan bersuara, Majlis Peguam mencetuskan provokasi dengan meneruskan forum bagi membincangkan isu berkaitan orang Islam yang nyaris berakhir dengan satu tragedi hitam.
Bayangkan apa akan jadi jika polis tidak bertindak menasihatkan supaya ia ditamatkan lebih awal? Sudah tentu akan berlaku pertelingkahan yang lebih serius dengan kesudahannya tidak dapat kita bayangkan.
Sebab itu, Majlis Peguam atau pemimpinnya wajar dikenakan tindakan kerana apa yang dilakukan itu boleh mencetuskan insiden perkauman yang membawa kepada situasi porak peranda dalam negara. Bunga-bunga ke arah itu jelas kelihatan Sabtu lalu apabila pemimpin serta penyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mula menyerbu ke dalam dewan mendesak forum itu dihentikan segera.
Sikap mahu menguji toleransi orang Islam dan kaum Melayu di negara oleh Majlis Peguam tidak boleh dibiarkan berterusan. Jika Majlis Peguam yang mana ahlinya tidak menggambarkan keadaan sebenar kedudukan kaum di negara ini mengatakan itu merupakan hak mereka untuk bersuara, maka kumpulan yang membantah forum itu juga mempunyai hak yang sama. Yang menjadi masalah sekarang ialah Majlis Peguam menggunakan kebebasan itu untuk melakukan provokasi dan bermain dengan isu sensitif membabitkan agama lain.
Sebagai satu badan yang dianggotai oleh peguam-peguam handal dan terkemuka, majlis itu tentu tentu sedar risiko apabila isu membabitkan sensitiviti agama dan kaum dibincangkan secara terbuka. Ini bukan kali pertama Majlis Peguam cuba menguji kesabaran dan toleransi orang Islam dan Melayu di negara ini.
Forum yang menyentuhkan hak istimewa orang Melayu sebelum ini juga turut mengundang kontroversi. Sebab itu pelbagai pihak terutama NGO Melayu dan Islam meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Peguam.
Jangan hanya kerana badan itu dianggotai oleh para peguam maka mereka boleh dibiarkan melakukan apa sahaja termasuk menghasut rakyat menggunakan isu kaum dan agama.
Seperti kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, saluran perundangan seperti Akta Hasutan boleh digunakan jika Majlis Peguam masih berdegil dan mahu meneruskan forum yang dilihat boleh membangkitkan kemarahan rakyat.
Perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama yang wujud di negara ini tidak boleh dibiarkan hancur di tangan kumpulan kecil yang kononnya mahu menegakkan kebebasan bersuara.
Hasutan di sebalik kebebasan bersuara
Subscribe to:
Posts (Atom)