Thursday, July 31, 2008

PENGEMBARAAN YANG MENARIK


Share/Bookmark
PENGEMBARAAN YANG MENARIK
Sahabat-sahabat semua,

Saya ingin menyarankan kepada semua supaya dapat membeli buku Berpetualang ke Aceh.
Semuanya ada 3 edisi.

Buku ini cuba mengenengahkan asal-usul orang Melayu berdasarkan bukti-bukti yang telah dilenyapkan oleh pihak penjajah. Sebagai penduduk asal Nusantara kita perlu mengenali asal usul keturanan kita di Nusantara yang berusia lebih 1000 tahun.

Apa yang menarik , berdasarkan bukti-bukti yang kukuh mengatakan sebahagian besar orang Melayu dan salasilah Semua Kesultanan Melayu adalah berturunan daripada Rasulullah SAW dan kebanyakannya melalui Saidina Hassan RA.

Buku tersebut menceritakan pengalaman penulis dan pengalaman orang-orang melayu lama.

Adalah sangat rugi jika kita tak membaca buku tersebut.

Untuk makluman semua, saya telah habis membaca buku ini tetapi tak berminat untuk meminjamkan buku tersebut kerana nak menggalakkan semua di antara kita memilikinya sebagai tanda sayang kepada bangsa.


SILA DAPATKAN BUKU YANG MENGEMBALIKAN SEJARAH KEGEMILANGAN MELAYU YANG TELAH DIPADAMKAN OLEH PENJAJAH. PENJAJAH YANG MEROSAKKAN JIWA & MELEMAHKAN KEKUATAN MELAYU SEBENAR.

MELALUI PEMBONGKARAN SEJARAH INI, TERBUKTI KESULTANAN MELAYU DIBARISI DENGAN PARA AULIYA, DAN KETURUNAN MELAYU ADA PERTALIAN DENGAN NASAB RASULULLAH SAW.
Harga Buku

BKA MENCARI DIRI DAN ERTI - RM24.90
BKA MEMBELA SYIAR YANG ASAL – RM 24.90
BKA SIRIH PULANG KE GAGANG ? – RM27.90

Untuk mendapatkannya boleh hubungi Raizul : 019-2258730
Boleh membuat bayaran melalui Maybank2u: 1623 5720 8137

Untuk keterangan lanjut sila layari http://merahsilu.blogspot.com/


Share/Bookmark

Tuesday, July 29, 2008

PROGRAM USAHAWAN PERUNCITAN & FRANCAIS


Share/Bookmark
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI CIK SHAHIRAH DI TALIAN
03-21616060.

Share/Bookmark

PERJUANGAN


Share/Bookmark Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dahsyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilai-nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang

Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang


Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian


Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang Esa

By kechik.
Share/Bookmark

Monday, July 28, 2008

HIDUP UMNO


Share/Bookmark By samuraimelayu on July 28, 2008 7:02 PM from chedet.com

Salam AYAHANDA RAKYAT Tun,UMNO dan MELAYU tidak boleh dipisahkan
Izinkan,
60 tahun zaman kegemilangan Rumah Besar pusaka orang melayu akan lenyap jika pucuk pimpinan yang tiada bermaruah kini terima cadangan Tok guru Nik Aziz membubarkan parti masing2 dan tubuh party baru.


Apakah party keramat yang diasaskan oleh tok nenek orang melayu sudah rapoh dimakan dek anai-anai dan roboh kerana perjuangan nya yang tidak relevan bagi generasi mendatang melayu?

Kenapa mesti dipersalahkan party UMNO yang telah mashur dan dikenali diseluruh dunia sebagai party politik yang kuat dan kukuh hanya kerana KEGAGALAN pucuk pimpinan menerajuinya dengan penuh amanah dan bertangung jawab?

Tidakkah BOLEH kedua2 party mengambil tindakan yang lebih rationale dan berpandangan hadapan dan bukan kerna ‘marahkan nyamuk, bakar kelambu’? Kalau kaum melayu yang berbilang suku , loghat dan budaya boleh berpadu dalam satu rumpun bahasa dan budaya dan menganuti satu ugama, mengapa dalam politik melayu harus ‘bermazhab’?

Tak perlulah untuk bermuzakarah kerna kedua2 ‘party’ melayu Muslim ini berlainan bahan ‘makanan’nya dan peradaban politiknya.
Bagi UMNO tidak payah nak bakar kelambu, spray saja ‘SHELLTOX‘ pada bapak nyamuk’ pembawa penyakit itu! Kemudian bersihkan rumah besar UMNO dan bina pula masjid besar UMNO dan jemput semua orang melayu termasuk saudara Muslim PAS dan PKR bersama mengerjakan solat ‘perpaduan’.

Bagi PAS, sebagai party ranting kepada UMNO seketika dahulu, kembalilah kepada pohon asalnya. ‘Berjuanglah dalam satu GELANGGAN untuk kepentingan bangsa dan ugama’ KEPADA AHLI DAN PEMIMPIN2 UMNO, KESIHANILAH KEPADA ROH2 ARWAH PEJUANG UMNO YANG TERDAHULU DARI KITA DAN SINGKIRKANLAHPEMIMPIN YANG LEMAH DAN TIDAK MAMPU MENJUNJUNG FALSAFAH PERJUANGAN BANGSA MELAYU DITANAH MELAYU YANG BERTUAH INI.

HENTIKANLAH LAYANAN KEPADA TUNTUTAN DAN KERENAH MEREKA YANG SEKARANG BERANI MENCABAR KETUANAN DAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU.KINI MATA KAMI NAIK SEPET DIBUATNYA MELIHAT PAPAN TANDA ‘SONGSANG’ DIPULAU DAP MEMERINTAH ( PULAU KUBU KUAT PAKLAH)
BETAPA HORMATNYA KETUA MENTERI DAN JUAK2NYA MENCABAR KEWIBAWAAN PEMIMPIN MELAYU PULAU PINANG YANG DIKETUAI OLEH ‘NONE OTHER THAN THE SLEEPING PRINCE OF BEETLENUTS’ APPARENTLY NOT ONE WORD OF CAUTION WAS DIRECTED TO THE STATE GOV’T!

INILAH PADAHNYA BILA PEMIMPIN MELAYU MEMBERI MUKA KEPADA MEREKA YANG TIDAK MENGENAL ERTI KESYUKURAN ATAS KEMAKMURAN YANG DIBERIKAN OLEH ORANG MELAYU KEPADA MEREKA.

ADAKAH UMAT MELAYU DITANAH TOK MOYONGNYA SENDIRI AKAN MEMBIARKAN PEMIMPIN MELAYU YANG KURANG UPAYA DAN TUNJUK HORMAT KEPADA KEPIMPINAN PARTY ‘SEPUPU’ PAP MENDUKUNG PANJI PANJI BUMI BERTUAH?
TEPUK DADA DAN TANYA SELERA.MELAYU TAK HILANG DIDUNIA BUKAN DENDANGAN TETAPI LANDASAN PERJUANGAN!

Al fatihah, Amin yarrobal aalamin.


Share/Bookmark

BOIKOT PRODUK ISRAEL YANG TERMAMPU


Share/Bookmark


Share/Bookmark

DEB


Share/Bookmark By wan roselan on July 27, 2008 11:41 PM from chedet.com
WRM

DASAR EKONOMI BARU – DEB

DIKATAKAN DEB DASAR EKONOMI BARU
MEMBANTU BUMIPUTERA MAJORITINYA MELAYU
MATLAMAT DIGUBAL TERSASAR SELALU
ANGKARA PEMIMPIN BERPERANGAI HANTU

MAKA DICANANG DEB SUDAH TIDAK PERLU
TAKUT PERSAINGAN GLOBALIKASI KITA TAK MAMPU
KALAU BEGINILAH NASIB MELAYU
MENUNGGU REBAH MASA DEPAN TAK MENENTU

BANGSA LAIN AMAT BERBANGGA
TIDAK DIUSIK SEDIKIT KEISTIMEWAAN MEREKA
KALAU SWASTA SUDAH DIKUASA
KERAJAAN PULA MINTAK DIBUKA

APAKAH MELAYU TERUS MEMBERI
MERELAKAN HAK UNTUK DICABULI
SEBAGAI BANGSA DI BUMI PERTIWI
DIBIARKAN TERTINGGAL SEGALA SEGI

BERJALAN KITA KE KOTA DAN BANDARAYA
SEGALA GEDUNG SIAPA YANG PUNYA
TAK CUKUPKAH LAGI PEMILIKAN HARTA
SEHINGGA YANG SEDIKIT HENDAK DIBIDA

KEGAGALAN DAN KEMISKINAN SEMUA BANGSA
HARUS DIBANTU MENGIKUT ACUAN KITA
TIDAKLAH PERLU DEB DICERCA
AKIBAT SALAHGUNA PEMIMPIN DURJANA

WAWASAN KITA HASRAT BERSAMA
PAKATAN RAKYAT ITULAH WACANA
KEPADA DAP KUBUANG CURIGA
JANGAN DIUNGKIT HAK KEISTIMEWAAN SAHAJA

KALAU 90% EKONOMI DIKUASAI
MASIH MEMINTA DITUKAR POLISI
JANGANLAH TAMAK SAMPAI BEGINI
TAKUT MELAYU MENGAMUK SAMA-SAMA RUGI

KEPADA INDIA KITA HARUS BANTU
JUGA KETINGGALAN SEPERTI MELAYU
CINA YANG MISKIN SAMA-SAMALAH DIPADU
ITULAH KONSEP MALAYSIA BARU

KUBAYANGKAN SEJARAH SELALUNYA BERULANG
KALAU TAK BERHEMAH NEGARA TERTAWAN
MUSUH KITA SINGAPURA SUDAH NAIK TOCANG
BATU PUTEH PULA DIPERLUASKAN SEMPADAN

KALAU DAHULU TEMPAT NELAYAN
DIBERI CUMA UNTUK RUMAH API DIPASANG
SEBELUM INI HANYALAH SECARA PINJAMAN
SEKARANG SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN

MEREKA BERSORAK MELIHAT PEMIMPIN LEMAH
HARUS DIBIARKAN PAKLAH MEMERINTAH
SENANGLAH MEREKA HAK KITA DIPUNGGAH
PEMIMPIN TALIBARUT TAKKAN MENYANGGAH

ISKANDAR DIBANGUNKAN UNTUK SEMUA
KEKURANGAN KEMAMPUAN BANTUAN SINGAPURA DIMINTA
SUDAHLAH PULAU DAN AIR MENDAPAT PERCUMA
TERLEPASLAH ISKANDAR KITA HANYA PUTIH MATA

SINGAPURA MENGIMPORT BANGSA CINA
UNTUK MERAMAIKAN RAKYAT KATA MEREKA
TAPI KURAGUI KENAPA DI KALANGAN SATU BANGSA
MELAINKAN UNTUK PERANCANGAN MENGUASAI NUSANTARA

MEREKA MENDAPAT BANTUAN YAHUDI
HASIL KURANG TETAPI MENGUASAI EKONOMI
APAKAH HARUS DIMUSYKILI LAGI
BANGSA MELAYU BERJAYA DIPINGGIRI

JANGANLAH BANGSA LAIN TERASA MARAH
BUKAN TUJUAN UNTUK BERCANGGAH
MENJAGA KEPENTINGAN MALAYSIA DARIPADA DIMAMAH
JANGAN SAMPAI SESAL TAK SUDAH

KELANGSUNGAN PERJUANGAN HENDAKLAH ADIL
BERDASARKAN KEPENTINGAN SEMUA BANGSA
HARUS TERPANGGILPERTAHANKAN NEGARA TANPA MUSYKIL
JANGAN BIARKAN NEGARA LAIN MENGAUT HASIL

KUSAYANGKAN BANGSAKU SEPERTI JUGA BANGSAMU
MENGHARAPKAN SEMUA FAHAM HILANGKAN RAGU
CUKUPLAH DITAGIH PENGORBANAN MELAYU
PENDIRIAN DIUBAH MELANGGAR PERJANJIAN DAHULU

DIKATAKAN AKHBAR MELAYU MEMAINKAN ISU
APAKAH YANG MEMBUAT ULASAN MEMBACA SELALU
TERMASUK FAHAM BAHASA LAIN SELAIN MELAYU
SEBELUM MENGATAKAN KITA PERKAUMAN TERLALU

AKHBAR BAHASA CINA MELAPORKAN JUGA
NAMUN MEREKA PANDAI MENJAGA
KESINAMBUNGAN BANGSA ITU YANG UTAMA
SAMADA MCA, DAP GERAKAN MEREKA BERSAMA

SEKIAN


Share/Bookmark

GABEM


Share/Bookmark


Pelbagai bengkel dan program akan diadakan oleh GABEM bagi memperkasakan kedudukan orang melayu dibumi sendiri. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web GABEM.

Ku sayangi bangsaku tapi tidak juga membenci bangsa lain. Kerana kalau ada musibah pasti kutolong tanpa mengenal darah. Cuma tak inginku lihat bangsaku menjadi pelarian di bumi sendiri.

Share/Bookmark

Sunday, July 27, 2008

Mencari Erti Diri


Share/Bookmark




Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran penulis.
Silakan!

Sila masuk ke sini... Cara-cara mendapatkan siri buku BKA...
Untuk mereka yang berada di selatan terutama sekitar Muar, boleh hubungi Khairi Sapiee (016-6849248). Untuk mereka di sekitar Pahang terutama di Raub sila hubungi Puan Rohani Arshad (017-9508549) atau Nasrizal Hamid (019-9581195, 012-9215725).


Share/Bookmark