Monday, July 28, 2008

DEB


Share/Bookmark By wan roselan on July 27, 2008 11:41 PM from chedet.com
WRM

DASAR EKONOMI BARU – DEB

DIKATAKAN DEB DASAR EKONOMI BARU
MEMBANTU BUMIPUTERA MAJORITINYA MELAYU
MATLAMAT DIGUBAL TERSASAR SELALU
ANGKARA PEMIMPIN BERPERANGAI HANTU

MAKA DICANANG DEB SUDAH TIDAK PERLU
TAKUT PERSAINGAN GLOBALIKASI KITA TAK MAMPU
KALAU BEGINILAH NASIB MELAYU
MENUNGGU REBAH MASA DEPAN TAK MENENTU

BANGSA LAIN AMAT BERBANGGA
TIDAK DIUSIK SEDIKIT KEISTIMEWAAN MEREKA
KALAU SWASTA SUDAH DIKUASA
KERAJAAN PULA MINTAK DIBUKA

APAKAH MELAYU TERUS MEMBERI
MERELAKAN HAK UNTUK DICABULI
SEBAGAI BANGSA DI BUMI PERTIWI
DIBIARKAN TERTINGGAL SEGALA SEGI

BERJALAN KITA KE KOTA DAN BANDARAYA
SEGALA GEDUNG SIAPA YANG PUNYA
TAK CUKUPKAH LAGI PEMILIKAN HARTA
SEHINGGA YANG SEDIKIT HENDAK DIBIDA

KEGAGALAN DAN KEMISKINAN SEMUA BANGSA
HARUS DIBANTU MENGIKUT ACUAN KITA
TIDAKLAH PERLU DEB DICERCA
AKIBAT SALAHGUNA PEMIMPIN DURJANA

WAWASAN KITA HASRAT BERSAMA
PAKATAN RAKYAT ITULAH WACANA
KEPADA DAP KUBUANG CURIGA
JANGAN DIUNGKIT HAK KEISTIMEWAAN SAHAJA

KALAU 90% EKONOMI DIKUASAI
MASIH MEMINTA DITUKAR POLISI
JANGANLAH TAMAK SAMPAI BEGINI
TAKUT MELAYU MENGAMUK SAMA-SAMA RUGI

KEPADA INDIA KITA HARUS BANTU
JUGA KETINGGALAN SEPERTI MELAYU
CINA YANG MISKIN SAMA-SAMALAH DIPADU
ITULAH KONSEP MALAYSIA BARU

KUBAYANGKAN SEJARAH SELALUNYA BERULANG
KALAU TAK BERHEMAH NEGARA TERTAWAN
MUSUH KITA SINGAPURA SUDAH NAIK TOCANG
BATU PUTEH PULA DIPERLUASKAN SEMPADAN

KALAU DAHULU TEMPAT NELAYAN
DIBERI CUMA UNTUK RUMAH API DIPASANG
SEBELUM INI HANYALAH SECARA PINJAMAN
SEKARANG SUDAH MENJADI SEBAHAGIAN

MEREKA BERSORAK MELIHAT PEMIMPIN LEMAH
HARUS DIBIARKAN PAKLAH MEMERINTAH
SENANGLAH MEREKA HAK KITA DIPUNGGAH
PEMIMPIN TALIBARUT TAKKAN MENYANGGAH

ISKANDAR DIBANGUNKAN UNTUK SEMUA
KEKURANGAN KEMAMPUAN BANTUAN SINGAPURA DIMINTA
SUDAHLAH PULAU DAN AIR MENDAPAT PERCUMA
TERLEPASLAH ISKANDAR KITA HANYA PUTIH MATA

SINGAPURA MENGIMPORT BANGSA CINA
UNTUK MERAMAIKAN RAKYAT KATA MEREKA
TAPI KURAGUI KENAPA DI KALANGAN SATU BANGSA
MELAINKAN UNTUK PERANCANGAN MENGUASAI NUSANTARA

MEREKA MENDAPAT BANTUAN YAHUDI
HASIL KURANG TETAPI MENGUASAI EKONOMI
APAKAH HARUS DIMUSYKILI LAGI
BANGSA MELAYU BERJAYA DIPINGGIRI

JANGANLAH BANGSA LAIN TERASA MARAH
BUKAN TUJUAN UNTUK BERCANGGAH
MENJAGA KEPENTINGAN MALAYSIA DARIPADA DIMAMAH
JANGAN SAMPAI SESAL TAK SUDAH

KELANGSUNGAN PERJUANGAN HENDAKLAH ADIL
BERDASARKAN KEPENTINGAN SEMUA BANGSA
HARUS TERPANGGILPERTAHANKAN NEGARA TANPA MUSYKIL
JANGAN BIARKAN NEGARA LAIN MENGAUT HASIL

KUSAYANGKAN BANGSAKU SEPERTI JUGA BANGSAMU
MENGHARAPKAN SEMUA FAHAM HILANGKAN RAGU
CUKUPLAH DITAGIH PENGORBANAN MELAYU
PENDIRIAN DIUBAH MELANGGAR PERJANJIAN DAHULU

DIKATAKAN AKHBAR MELAYU MEMAINKAN ISU
APAKAH YANG MEMBUAT ULASAN MEMBACA SELALU
TERMASUK FAHAM BAHASA LAIN SELAIN MELAYU
SEBELUM MENGATAKAN KITA PERKAUMAN TERLALU

AKHBAR BAHASA CINA MELAPORKAN JUGA
NAMUN MEREKA PANDAI MENJAGA
KESINAMBUNGAN BANGSA ITU YANG UTAMA
SAMADA MCA, DAP GERAKAN MEREKA BERSAMA

SEKIAN


Share/Bookmark

No comments: