Monday, March 30, 2009

KEMBALI MENGHORMATI


Share/Bookmark
Semoga ianya dapat merungkai segala permasaalah yang timbul. Moga diberkati oleh yang Maha Esa.


Penghormatan ini sepatutnya telah lama diterima sewaktu selepas bersara. Semoga ianya dikekalkan bagi kesejahteraan bersama.





Share/Bookmark

Thursday, March 26, 2009

KEPIMPINAN BARU


Share/Bookmark
Semoga barisan kepimpinan baru dalam UMNO dapat membei nafas yang harum dan dapat meningkat keyakinan rakyat terhadap parti ini dalam menentukan kestabilan negara dan survival bangsa melayu. Diharapkan juga pertandingan satu keluarga ini tidak mewujudkan puak-puak yang akan menikam satu sama lain dan moga yang Maha Esa menyatupadukan hati-hati kepimpinan barisan yang baru ini seperti lagu yang sering kedengaran dalam persidangan ini.
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


Share/Bookmark

Wednesday, March 25, 2009

Geng Kolar Merah


Share/Bookmark



Ahli-ahli GW (kolar merah) semasa menghadiri Perhimpunan Perkasa pada 22 Mac 2009




Share/Bookmark

BARISAN PEMUDA UMNO


Share/Bookmark
Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy
KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Adakah kemenangan ini akan membawa satu hikmah yang akan membentuk barisan Pemuda yang sangat padu , sepakat dalam mengharungi survival politik orang Melayu pada masa mendatang serta dapat memberi nafas baru pada UMNO yang dalam keadaan sesak nafas pada ketika ini.

Dapatkah barisan pemuda ini menarik semula sokongan anak-anak muda Melayu yang semakin menjauhkan diri dari UMNO dan apakah barisan pemuda ini benar-benar mengekalkan semangat berjuang atas nama Agama, Bangsa & Negara.

Semoga perhimpunan Agong UMNO kali ini tidak membawa rebah dan barah yang akan menghancurkan bangsa Melayu. Mohon agar perhimpunan ini diberkati oleh yang Maha Esa serta membawa tuah dan harapan baru bagi bangsa Melayu yang sedang terkapai-kapai dalam menentukan survival bangsa walaupun telah merdeka selama 51 tahun.


Share/Bookmark

Monday, March 16, 2009

PPSMI


Share/Bookmark


GAMBAR AHLI GW SEMASA MAJLIS MENYOKONG PPSMI DI SIME DARBY KUALA LUMPUR.




GAGASAN WARISAN MENYOKONG PENUH SUPAYA PPSMI DITERUSKAN DEMI MEMENUHI AGENDA BANGSA UNTUK BERSAING DALAM DUNIA GLOBALISASI YANG PENUH CABARAN INI.


Share/Bookmark

Tuesday, March 10, 2009

Melayu mungkin pupus?


Share/Bookmark Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.
"Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut,'' titah baginda.

Raja Nazrin bertitah demikian ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Raja Muda Perak bertitah, keterusan hidup atau survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung beberapa faktor yang selama ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya.
Titah baginda, ia termasuk budaya bernegara dan berkerajaan yang berpegang kepada prinsip rakyat beraja dan negeri bersultan.

Baginda bertitah, betapa malangnya bangsa apabila berlakunya tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu.
"Betapa terancam survival bangsa apabila tradisi dan institusi tidak lagi dihormati dan disifatkan sebagai antitesis kepada pemikiran rasional, permodenan dan sains.

"Betapa malangnya apabila generasi yang cetek terhadap latar belakang sejarah mengaitkan tradisi sebagai amalan jahiliah, tahyul dan dogmatik," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah, dalam mengharungi gelombang globalisasi dan menghadapi dinamik politik yang sedang melanda, bangsa Melayu kini di persimpangan jalan dan menghadapi dua kemungkinan. Titah baginda, kemungkinan pertama ialah bangsa Melayu akan terus bertahan, berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global.

Kemungkinan kedua, titah baginda, ialah bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan. Sehingga akhirnya, baginda bertitah, Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.
Pada ketika itu, Raja Nazrin bertitah, tiada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik.

Baginda bertitah, kalau masih ada pun yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan atau lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.

"Untuk itu, perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok, memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan oleh pihak lawan.
"Akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabung kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai," titah baginda.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


dipetik dari utusan.com


Share/Bookmark