Wednesday, March 25, 2009

BARISAN PEMUDA UMNO


Share/Bookmark
Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy
KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Adakah kemenangan ini akan membawa satu hikmah yang akan membentuk barisan Pemuda yang sangat padu , sepakat dalam mengharungi survival politik orang Melayu pada masa mendatang serta dapat memberi nafas baru pada UMNO yang dalam keadaan sesak nafas pada ketika ini.

Dapatkah barisan pemuda ini menarik semula sokongan anak-anak muda Melayu yang semakin menjauhkan diri dari UMNO dan apakah barisan pemuda ini benar-benar mengekalkan semangat berjuang atas nama Agama, Bangsa & Negara.

Semoga perhimpunan Agong UMNO kali ini tidak membawa rebah dan barah yang akan menghancurkan bangsa Melayu. Mohon agar perhimpunan ini diberkati oleh yang Maha Esa serta membawa tuah dan harapan baru bagi bangsa Melayu yang sedang terkapai-kapai dalam menentukan survival bangsa walaupun telah merdeka selama 51 tahun.


Share/Bookmark

No comments: