Thursday, September 10, 2009

Isu Kepala Lembu


Share/Bookmark
KITA merasa amat pelik dengan pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen. Tetapi bagaimana pula dengan isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu yang menjadi punca segala krisis? Kita harus melihat puncanya dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain dan melupakan punca sebenarnya.


Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor. Bantahan yang dibuat secara berhemah tiada jawapan atau tindakan. Amat mengecewakan walaupun Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Lalu pilihan apa lagi yang ada pada penduduk Seksyen 23?


Dalam isu ini, di manakah perginya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk menyokong penduduk Seksyen 23 ini? Wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu, tidak boleh diharap malah telah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dalam isu ini.


Kita tidak mahu bercakap mengenai isu mengusung kepala lembu itu kerana ia terlalu subjektif. Apa yang ingin kita timbulkan di sini ialah selesaikan isu sebenarnya, iaitu pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu. Mengapakah dan dengan logik, apakah tempat itu yang dipilih oleh Kerajaan Selangor tanpa rundingan dengan penduduk setempat?


Kita juga ingin bertanya kepada Peguam Negara dan pihak polis, mengapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu dan konon menghina agama tertentu? Bagaimana pula penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam? Malah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sering dipertikaikan di kalangan ahli politik sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dan agama Islam. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat tetapi mengapakah pendakwaan ini tidak disegerakan?


Insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan puluhan tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis, Padang Merdeka, pencerobohan Parlimen, sidang DUN bawah pokok, pergaduhan dalam DUN negeri Perak, benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Tindakan pendakwaan patut disegerakan, bukan pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja.


Bagaimanapun, kita amat bersimpati dengan penduduk Seksyen 23 berkenaan bantahan ini. Tetapi mungkin inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian daripada mereka kerana memilih parti Pakatan Rakyat!


dipetik dari utusan.

Share/Bookmark

6 comments:

Pekida Bukit Beruang said...

doa merupaka senjata paling ampuh bagi umat islam.

salam aidilfitri

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Sugoi said...

Lembu pun binatang yang dijadikan Allah. Binatang tu juga anatara binatang yang mulia sehingga di letakkan 1 surah iaitu surah Al-Baqarah.

Walaupun lembu tu dah mati, kenapa jahil sangat sampai pijak kepalanya?

Kenapa sampai begitu bodohnya orang Melayu bersentimen dan buruk akhlaknya? Entah2 kena sumpah dek geng2 lembu seluruh dunia bior burut telor LELAKI MELAYU yang memijak kepala kawan mereka.

Kalau dah biadap, begitulah rupanya!

anti biadap.

Sugoi said...

Lembu pun binatang yang dijadikan Allah. Binatang tu juga anatara binatang yang mulia sehingga di letakkan 1 surah iaitu surah Al-Baqarah.

Walaupun lembu tu dah mati, kenapa jahil sangat sampai pijak kepalanya?

Kenapa sampai begitu bodohnya orang Melayu bersentimen dan buruk akhlaknya? Entah2 kena sumpah dek geng2 lembu seluruh dunia bior burut telor LELAKI MELAYU yang memijak kepala kawan mereka.

Kalau dah biadap, begitulah rupanya!

anti biadap.

s.nizam said...

bukan masalah biadap..

ahli parlimen yg dipilih rakyat di kawasan pun x mampu nk selesaikan masalah rakyat..melayu pula dah macam menumpang di negara sendiri..

jangan terkejut kalau nanti makin ramai kaum pendatang di shah alam daripada penduduk melayu..strategi pecah dan perintahh..bila melayu berkurang..maka mudahla DAP menguasai kawasan itu..maka makin banyakla disko2,pub,pusat judi,kongsi gelap,pelacuran etc..itukan sumber kewangan mereka di samping mencipta isu politik dengan pertikaikan hak melayu dan bumiputera.itulah yg berlaku di bandar2 besar di malaysia...

bila melayu bersuara..dikatakan racist..
bila kaum pendatang bersuara..dikatakan hak bersuara/asasi

melayu bebal je yg termakan dgn dakyah2 sial mcm ni...

buka minda..tanya hati

gagasan_warisan said...

Tulisan yang baik saudara nizam...Melayu tak bodoh tapi cuba nak diperbodohkan oleh bangsa melayu sendiri.

Konon atas tolenrasi....bila kene kat bangsa n agama lain tolenrsai kene pada bangsa Melayu dan agama Islam drang tak leh tolenrasi...