Tuesday, January 5, 2010
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
Berbalik pada tajuk artikel "apa ada pada nama" yang telah dipos pada disember lepas kebetulan memang ada kaitan dengan isu Kalimah Allah sekarang ini yang sedang hangat diperkatakan dan cuba dipermainkan oleh pihak2 tertentu dan Hakim yang memutuskan keputusan ini adalah hakim yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mencabar kedudukan agama Islam dengan undang-undang sedia ada.Ada pula orang2 agama yang mengeluarkan kenyataan itu laa ini laa mengatakan kononnya tidak apa mereka menggunakan perkataan Allah sekiranya mereka tidak salah guna. Bangang ke apa mangkuk2 hayun ni?????? Anuar sah2 laa menyokong sebab demi politik jahanam dia......
Hugo Chavez pun nak tukar nama tempat asal air terjun kepada penduduk asal.. bab air terjun pun begitu penting bagi beliau....
Bagi kita disini bab agama dan akidah ada jugak ustaz-ustaz yang bebal ni menyokong.....keluarkan ayat itu laa ini laa...kononya boleh guna....cilaka laa ustaz dan ulamak2 ini!!!!!!!!!
Vatican pun kata Allah dan God adalah berbeza dan tak dibenarkan digunakan dalam bible perkataan Allah. Sila rujuk artikel yang ditulis oleh faisaltehrani di bawah ini .....
Sebenarnya Vatican sendiri menolak pengunaan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan. Pernahkah anda mendengar Pope Benedict (pendita rujukan penganut Katolik sedunia) misalnya menggunakan kalimah ini dalam khutbah atau misa beliau? Ini kerana dalam "Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' telah pun menyatakan Allah dan Tuhan Kristian berbeza.
Konsili Vatican Kedua tersebut menyatakan dengan terang-terang bahawa Allah dalam al-Quran (Islam) berbeza dengan Tuhan yang digambarkan oleh kitab Bible rujukan penganut Kristian. Penyataan Konsili tersebut bermula dengan kata-kata penghormatan buat muslim tetapi menegaskan yang dalil-dalil dari Al-Quran dan Bible tentang 'Tuhan' adalah bertentangan.
Penyataan konsili itu menyebutkan:Ayat dari Bible '2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'Sila rujuk surah Maryam ayat 88 dan 89.
Terdapat banyak ayat-ayat perbandingan lain dari Bible dan Quran lagi dikemukakan dan Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' itu secara tegas menolak penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini kerana Vatican sendiri menyatakan; Allah menurut Islam tidak punya anak. Sedangkan dalam agama Kristian, Allah punya anak (Astaghfirullah).
Oleh kerana Vatican sendiri menolak penggunaan kalimah Allah untuk penyebaran agama Kristian; maka kita tertanya-tanya apakah sebabnya Kristian di Malaysia beria-ia dan bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan dalam akhbar mereka?
Umat Islam dari apa jua parti dan jalur mesti bersatu untuk mendepani 'kekeliruan' yang boleh tercetus akibat dari 'insiden/tuntutan aneh' ini. Sila berhenti menyalahkan satu sama lain dan sila berhenti menunjukkan yang kumpulan atau parti anda lebih (kononnya) terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini. Ulama dan tokoh politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah buat orang Kristian eloklah bertaubat.Kita berharap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan peka dengan isu yang boleh menjadi api dalam sekam ini di tengah-tengah usaha untuk kita memelihara keharmonian bangsa-bangsa Malaysia.
Cilaka lah bagi orang islam yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH ini.
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Nik Aziz x sokong penggunaan khalinah Allah pada org kristian.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
dan Harun Din pun sama
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6327947.asp
yupp nik aziz dan haron din tak sokong .....Haron Din tegas sapa yang skong kufur katanya....
salam,
1 kan suara
Saya tetap berpegang kepada La ilaha illallah (tiada tuhan selain Allah) bagi sekalian makhluk di langit dan di bumi, yang nyata mahupun yang ghaib. Maka kamu lebih bersetuju kepada ada tuhan lain bagi pengganut lain kah? Tidakkah menggunakan akal? Nyatalah kamu terlalu memandang rendah kepada kejahatan musuh² Islam. Kamu pernah dengar "double edge sword"? Inilah yang mereka gunakan sebagai senjata kepada kita. Dalam isu penggunaan nama Allah ini, mana yang lebih buruk kepada ummah Islam? Membenarkan mereka mengaku tuhan mereka juga Allah atau membenarkan ummah Islam mengaku adanya tuhan lain selain Allah? Fikir-fikirkan wahai ummah Islam! Di manakah ulama'² yang bijaksana? Agama (cara hidup) lain memang diakui ada, tuhan selain Allah, katakan LA! (tidak).
Tuhan yang maha agung dan Esa hanya Allah....tetapi ada jugak "tuhan2" lain iaitu..bertuhankan nafsu..duit harta...kata2 putar belit sana sini itu lagik teruk.
Dan sememangnya dalam islam tiada tuhan selain Allah dan agama lain adalah bertuhankan syaitan ...nafsu dan akal yang dangkal itu saja. Tetapi tiba2mereka mahu menggunakan kalimah yang Maha agung untuk mengaburi dan mengelirukan umat islam.
Kita melihat dari segi kesannya terhadap umat islam dimalaysia. Hari ni sekiranya kita bagi ruang maka mereka akan mengambil kesempatan yang lain yang lebih lagik.
Bayangkan sekiranya selepas ini mereka meletak sticker pada kereta Allah & Jesus apakah tidak keliru anak2 Islam yang masih mentah???? Lihat pada kemaslahatan umum......fikir2kan lah...
Nik aziz pun dah ding dong mula hentam bila ada org marah tentang penggunaan kalimah ini.....nik aziz macam setuju.
tulisan yang sangat baik.
islam di malaysia x kira melayu,india muslim atau cina muslim adalah saudara.isu ini cuma mainan politik gereja kristian oleh politician PKR yg diketahui ramai peguam mereka beragama kristian.dan saya percaya tidak semua penganut kristian setuju dgn penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mereka.kita bukan indonesia.lihatlah perkahwinan campur islam-kristian di sana sebagai contoh.adakah itu yg kita mahu di sini?ini semua kesan peninggalan penjajah oleh negara2 besar kristian..mereka rakus menghancurkan negara islam yg lemah atas dasar kononnya memerangi keganasan.jika kristian itu benar, maka bolehkah memerangi negara lemah dgn teknologi canggih ciptaan mereka.membunuh kanak2 dan org tua yg lemah..jika islam yg dibuat dikatakan pengganas.jika mereka yg buat dikatakan apa pula?sungguh pelik dgn pegangan agama mereka..yahudi mmg sentiasa akan menghancurkan kita. bg mereka, kristian sudah hancur..kini masanya islam pula melalui perancangan yg tersusun..
buka minda..tanya hati
ramai betul yg nak jadi hero bila timbul isu ini..
"YA ALLAH NAMA MU DIPERJUANG. HUKUM MU DIPERBUANG."
antara sedar dengan tidak.
ramai yg kononnya menentang dan berdemo pro UMNO dan pro kerajaan?
apakah mereka benar2 ikhlas dalam memperjuangkan isu ini?
atau bermotif pilitik semata?
yea. boleh pulak berdemonstrasi.
yela kepala semua UMNO pulak.
malaysia oh malaysia.
kalau betul berjuang atas nama Islam Dan ALLAH.
bagaimana pulak begitu byk hukum-hukum Islam yg dibelakangkan UMNO?
ada mereka2 nie berteriak membantah?
tolong jangan perbodohkan masyarakat.
kini semua semakin bijak.
kami tak lagi percaya media masa kawalan kerajaan.
-Suara Anak Muda
melayu umno berdemonstrasi utk pertahan hak sbb Islam adalah agama rasmi negara seperti termaktub dlm perlembagaan..bukan mcm PAS atau PKR yg diperkudakan DAP untuk berdemonstrasi..baring atas jalan mcm org gila siap berkopiah.gaduh dalam stadium bakar harta kerajaan...
untuk JEBAT..
ini tiada kena mengena dgn umno..NGO yg paling banyak bersuara..tolong buka minda tertutup anda yg telah diracuni DAP..sekian
Kami bersetuju dengan pandangan anda saudara nizam.
Bila kita berjuang dikatakan tidak ikhlas untuk membela agama. Kononnya kerajaan tidak melaksanakan islam sedangkan bila mereka memimpin langsung takder cerita pasal Islam.
Bila mereka berdemo demi ISA takper laa pulak....menyusahkan rakyat...peniaga...semua org laa....
diracuni DAP?
sy mewakili golongan anak-anak muda,
yg sering difitnah di dalam
HARIAN METRO dan MASTIKA.
ingin menyatakan sekeras-kerasnya bahawa, kami tidak bersetuju dengan mana-mana ideologi yg dibawa parti politik.
bagi kami,
sesiapa shj yg memerintah.
keadaannya tidak akan berubah.
hanya janji-janji kosong di dalam manifesto pilihan raya semata.
kami bukannya golongan mat-mat rempit yg diperkudakan membawa bendera parti-parti politik ketika pilihan raya menjelang!
-Suara Anak Muda
saudara syafik...
suara anak muda apa yg anda bawa?fitnah apa yg anda maksudkan?
mungkin anda golongan muda yg lebih ke arah hiburan semata2..itulah agenda musuh ISLAM sebenarnya...
sekalipun anda tidak percaya pada politik, sekurang2nya anda tahu tanggungjawab anda di sini...saya juga dulu seperti anda...anda mungkin x rasa kesannya sekarang...tp percayalah, kesannya akan menimpa pada anak cucu kita dan generasi akan dtg...
mereka akan menyumpah kita jika kita mati kelak...
buka minda..tanya hati
kami mahukan perubahan.
bukan sekadar cakap-cakap kosong!
fitnah itu.
fikirkan.
kalau sy adalah anak-anak muda yg hanya pentingkan hiburan semata-mata.
sy xkan ikuti dan baca blog ini.
boleh sesiapa komen dan jelaskan tentang khabar angin yg bertiup kencang bahawa Datuk Seri Najib adalah pengikut freemason yg aktif sejak 1980-an lg?
tolonglah.
kami sudah letih melihat perpecahan dalam umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia semata-mata kerana taksub dengan pemikiran dan ideologi politik sempit mereka!
Perubahan yang bagaimana saudara inginkan???? Mungkin itu hanya khabar angin sahaja...untuk memburukkan PM kita.
malaysia sebenarnya terlalu byk benda yg SALAH di dalamnya. tapi ramai yg tak nampak!
sbb apa?
media arus perdana dikawal kerajaan.
lebih 50 tahun merdeka.
tapi byk sistem kita yg masih ikut british!
mcm ni ke merdeka?
hanya mereka yg percaya bulat2 buku teks Sejarah di sekolah shj percaya kita dah merdeka.
kesan dasar-dasar kerajaan yg byk membalakangkan agama.
lihatlah begitu byk yg pincang sekarang.
tak payah sebut apa.
boleh fikir sendiri. semua bijaksana.
sy tak pernah katakan yg sy bersetuju dgn pembangkang.
tentang datuk Najib.
"kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang"
huhuhu...
sampai ke page ni pun hang bersuara ek En Shafiq...
hahaha...
no komen...
is not about being RACIST my bro..
is about being MALAY,hahaha...
mungkin berbau agak PERKAUMAN,
hahaha...haku pedulik apa...
xpyah baca METRO n MASTIKA,
kita ada ROTTW...hahaha
Post a Comment