Sunday, March 21, 2010

Tok Guru Pondok Menulis


Share/Bookmark Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.


Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.


Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.


Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.



Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.


Tulisan Haji Abdullah Sa`amah
dipetik dari utusan....di ajust oleh GW




Kerajaan Pas dan Nik Aziz juga menyekat mereka2 yang memberi teguran secara hikmah dalam memberi pandangan dan memberi pendapat  kepada pemerintahan mereka. Mereka mula memberi tekanan dan tidak memberi bantuan seperti yang ditulis oleh Tok Guru Haji Abdullah. Rasanya mereka ni pun zalim jugak...tapi ada hati nak mansuhkan ISA yang kononnya zalim bagi mereka. Kerajaan buat semua zalim tapi mereka buat tak zalim elok laa tu....


Jadi apakah kelebihan mereka yang memerintah kononnya cara islam tetapi tidak boleh ditegur ???? Musyawrah kononnya.....  maka dengan ini sedar lah wahai manusia2 yang dibuai mimpi yang dijanjikan pemerintahan islam kononnya tetapi hampeh !!!! sampaikan Tok Guru Pondok pun dah mula menentang disebabkan dah tak tahan dengan telatah dan lawak dari Tok Guru Pas yang cuba membodohkan rakyat dan umat islam.


Tetapi bagi penyokong2 Pas hanya Tok Guru dia sahaja yang betul Tok Guru lain  semua salah kecuali yang duk ikut Pas aje yang betul......ape-ape ajeee laaa dorang ni.....bila hati dah gelap ini laa jadinya....semoga mereka ini mendapat hidayah dari Yang Maha Esa. Amiinnnnnn...
Share/Bookmark

1 comment:

gagasan_warisan said...

berat nik aziz ni...mata kat kg dia leh samakan dgn kelahiran junjungan Baginda Manusia Teragung....

Tq fakeh.