Wednesday, July 28, 2010

TONY PHUA


Share/Bookmark
Penangan nasihat dari Tony Phua penasihat  ekonomi DAP Selangor supaya hak Hartanah Melayu di hapuskan atas alasan untuk menarik pelaburan dan supaya adanya persaingan. Sebelum ini juga pernah  ada suara dari syarikat hartanah mereka menyuarakan ketidakpuasan hati tentang diskaun yang diterima oleh bumiputra sedangkan hakikatnya mereka telah mengaut hampir kesemua tetapi masih tidak berpuas hati.

Dalam syarikat2 swasta milik bangsa cina Melayu hanya sebagai Pengerusi itupun sebab untuk mendapatkan  tender-tender kerajaan dan hanya untuk mengaburi dan bermain silap mata dalam dunia perniagaan. Selebihnya adalah bangsa cina dipihak pengurusan tertinggi. Melayu???? jadi kerani atau despacth dan paling tinggi pun executife tahap pekak punya.....nak bagi jawatan-jawatan tinggi pada melayu jangan harap!! Executive melayu yang ada degree pun gaji sama ngan typist bangsa cina yang SPM takat S.A.P tapi pandai menaip dan menggunakan komputer.

Inilah sebenarnya yang DAP inginkan dalam pemerintahan mereka sama rasa sama rata tapi hakikatnya mereka ingin menyekat hak-hak bumiptra. DAP dan PAP adalah sama...matlamat niat dan tindakan adalah sama cuma keadaan sahaja yang berbeza.

Ini juga adalah disebabkan perpecahan yang berlaku pada bangsa Melayu seperti apa yang dikatan oleh Tun Mahathir tidak mustahil kuasa melayu akan hilang disebabkan telah berpecah kepada 3.

Islam tak perlu menanti keredhaan orang kafir untuk bangkit, tapi Islam boleh bangkit dari celah-celah kekufuran dan kemunafikkan InsyaAllah...maka bersatu itu adalah kewajipan.

Share/Bookmark

Tuesday, July 13, 2010

Nazri Aziz Melabelkan Perkasa Sebagai Rasis


Share/Bookmark Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini melabelkan NGO Melayu iaitu Perkasa sebagai rasis. Apa lagi laa masalah menteri ni...dulu beliau pernah melabelkan Tun Mahathir juga sebagai rasis dan dia jugalah yang cukup kuat menghentam Tun Mahathir sewaktu pemerintahan Pak Lah.

Tetapi apabila bangsa lain menubuhkan berbagai pertubuhan untuk menuntut hak yang bukan hak mereka di negara ini tidak pula beliau melabelkan mereka-mereka ini sebagai rasis...pelik betul melayu sorang  ni ?????

Dah la biasiswa JPA beliau yang buka 45% kepada bangsa lain dengan tiba-tiba jerk....bila ada pertubuhan melayu yang cuba bangkit dilabelnya rasis pulak...nak harapkan beliau...ermm harapkan pagar ..pagar makan padi........

Sudahlah Pas terpaksa melacurkan sejarah bangsa demi mencari sesuap nasi dalam politik negara. PKR lagi tak boleh nak harap...dan ditambah pulak oleh  pak menteri yang dalam UMNO ni pun sama nak menyibuk merosakkan org melayu..yang rugi adalah Melayu sendiri.

Agaknya mungkin dah lama sangat menyepi dan takder isu2 hangat...akhbar dan media massa pun tak beri perhatian pada beliau maka kene laa cari strategi nak naikkan nama kembali dengan isu yang nak sakitkan hati melayu.....
Share/Bookmark