Thursday, September 30, 2010

Nasib Melayu Apabila Berniaga Di Suria KLCC


Share/Bookmark
PUTRAJAYA 30 Sept. - Setelah berusaha sedaya upaya mempertahankan haknya menjalankan perniagaan di satu-satunya pusat beli-belah di pusat pentadbiran Persekutuan, Alamanda di sini, akhirnya seorang lagi peniaga tempatan di situ terpaksa mengundurkan diri.
Pemilik butik pakaian Muslimah, Zaida's Collection, Zaida Abd. Aziz, 44, terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak dibenarkan lagi oleh pihak pengurusan Alamanda, Suria KLCC untuk meneruskan perniagaannya.

Zaida berkata, sebenarnya dia telah diarahkan keluar dari premisnya itu pada 18 Ogos lalu lagi disebabkan beberapa alasan yang dianggap tidak munasabah oleh pihak pengurusan Suria KLCC.

Namun setelah enam kali merayu, dia dibenarkan untuk meneruskan perniagaan di situ setakat 29 September sahaja selepas Hari Raya.
"Pihak pengurusan sering memberikan alasan yang tidak munasabah kepada penyewa yang tamat kontrak sehingga menimbulkan masalah untuk memperbaharui kontrak masing-masing apabila harga sewa dinaikkan. 

"Kalau dulu kami membayar RM8,000 sebulan tetapi kini mereka mahu menaikkan sehingga RM16,000 (sebulan) sekiranya mahu memperbaharui kontrak, itu tidak dikira lagi dengan peratus yang akan dibayar kepada pihak pengurusan jika perniagaan mendapat keuntungan lebih," katanya.

sumber utusan...

Apa masalah pengurusan KLCC terhadap peniaga Melayu yang mula berjaya dan maju dalam perniagaan??? Mereka mula menyekat dengan pelbagai alasan supaya para peniaga menjadi serik dan berputus asa. Sebelum ini 2 dari peniaga melayu iaitu Kelantan Delight & Peniaga Levi's Dockers juga dinafikan hak apabila mereka berjaya mengaut keuntungan  didalam perniagaan mereka. Siapa dalang di sebalik perkara ini???? 

Apakah tindakan pihak berkuasa dalam membantu peniaga Melayu dalam masalah  ini.  Takan nak suruh meniaga kat medan mara jerkk kot..sedangkan lebih jauh dari itu org2 melayu mampu...siapa kata melayu malas?? siapa kata melayu tak pandai berniaga ini buktinya bila dah berjaya pihak2 lain mula nak sekat para peniaga melayu. Mungkin banyak lagi yang kita tak tahu sebab tak masuk dalam berita dan sebagainya.....53 tahun telah merdeka dan orang2 Melayu lah yang berjaya memerintah dengan baik....

Nasib Melayu dibumi Melayu moga orang Melayu sedar hakikatnya..... 
 

Share/Bookmark

6 comments:

AbuHakeem said...

tak sangka betul....

ish, sapa yg sepatutnya boleh kita rujuk untuk highlightkan perkara nie... sangat serius nie...

-abuhakeem-

gagasan_warisan said...

yer tuan mmg sgt serius.....

Unknown said...

Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Pada pendapat saya, jika peniaga2 melayu tersebut boleh berjaya berniaga di tempat 1st Class seperti di SURIA KLCC.. TIDAK MUSTAHIL jika peniaga melayu yg pernah berniaga di situ mengorakkan LANGKAH LEBIH ADVANCE (selain drp Suria KLCC) maksud saya mungkin melebarkan biznis mereka ke oversea contohnya. Rezeki ALLAH SWT yg tentukan bukannya pihak pengurusan KLCC, lagi pun saya tengok ada unsur2 mengcekik-darah disana. KINI
Sudah tiba masanya UMAT ISLAM M'sia BERSATUPADU melakukan JIHAD EKONOMI DIDALAM MEMBELA N MEMAJUKAN PERNIAGAAN ORANG-ORANG ISLAM bersama-sama. PECAHKAN MONOPOLI Peniaga bangsa Dominan tu.
JIKA EKONOMI MELAYU KUAT... TAK DE SIAPA PUN YG BERANI MEMPERLEKEH N MENGGANGGU-GUGAT HAK KITA.

gagasan_warisan said...

nomel setuju dengan pendapat ..rezeki mmg ada dimana2..Allah yang tentukan cuma cara dia menekan dan menghalang yang membuatkan kita marah n sakit hati....

Unknown said...

Saya setuju dg GW, kerana cara mereka yg negatif tu. Dari 1 sudut kita ble nampak, mereka GENTAR kerana MELIHAT "ADAnya MELAYU YG BOLEH MAJU SETANDING MEREKA"
Jadinya sebelum berkembang lebih pesat n dpt mengatasi depa, depa CANTAS KITA AWAL-AWAL.
Memang lah MARAH n SAKIT HATI tetapi Sebaik-baiknya RASA MARAH n SAKIT HATI tu Kita jadikan MOTIVASI utk berjuang dg LEBIH GIAT LAGI MEMAJUKAN BIZNIS ORG2 ISLAM didlm pelbagai bidang.

redbox said...

salam semua

utk encik nomel,sy setuju dgn pendapat encik tp klau dok bia..bia je alamat nye merempat ke kita kat tanah kita sendiri..ye lah klau org lain rampas tanah kita ni..jawapan nya x pe lah..dah bukan rezeki kita tanah melayu ni..x gitu encik nomel?

utk hal ni sy rasa sgt serius..apa kata tulis masalah ni kat utusan..komfem akan di highlight! klau bukan kita yg nak jaga hak kita sapa lagi??