Wednesday, February 9, 2011

Risalah DAP Nak Ubah Sejarah


Share/Bookmark
RISALAH My Balik Pulau dengan tajuk Jom! Ketahui Balik Sana Pulau! yang diedarkan beberapa tempat termasuk di sekolah di Balik Pulau, Pulau Pinang membawa mesej yang amat jelas.

Mesejnya: Mahu mengelirukan sesiapa yang membacanya terutama yang baru mengenal kehidupan mengenai sejarah Balik Pulau selain menghina majoriti penduduk di kawasan itu iaitu kaum Melayu.

Kandungan cerita dan ilustrasi yang diketengahkan jelas menunjukkan percubaan secara terang-terangan untuk mengalih sejarah dengan pelbagai pemalsuan fakta termasuklah sejarah awal orang Melayu di negeri ini. Digambarkan seolah-olah masyarakat Cina bertapak di Balik Pulau lebih awal daripada kedatangan orang Melayu. 

Sesiapa juga yang bertanggungjawab merancang penerbitan risalah terbabit sudah pasti berniat jahat kerana mengalihkan fakta! Unsur-unsur penghinaan terhadap masyarakat Melayu juga nyata apabila digambarkan sanggup menggadai tanah semata-mata untuk mengadakan upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan.

Risalah sebegini boleh mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia perlu dihentikan! Meneliti risalah ini, teringat kaedah yang serupa digunakan oleh kerajaan sebuah negara dalam mengubah sejarah negaranya. Ia berjaya menipu rakyatnya sendiri.


Dipetik dari utusan by awang selamat

Share/Bookmark

7 comments:

AbuHakeem said...

Puak Ultrakiasu dan DAP nie betul2 buat ana menyirap!

-abuhakeem-

pejuang islam said...

salam...

sy juga merasakan kerajaan perlu berbuat sesuatu sebelum terlambat...

kalo Ultrakiasu ng cara dia... yg satu lagi pn ng cara tersendiri... mainkan isu interlok...

sy nampak seperti pergarakan2 mereka sedang bergerak...
isu2 ini sering di 'goreng pisang'kn

harap pihak tertentu dpt berbuat sesuatu...

KriZalid said...

Betoi ka DAP yg buat..sampai la pon x tau lagi..kalau kompom DAP yg buat..dah lama dah jd isu yg teramat besaq, dan umgok serta kuncunya akan mengangkat keris dan bersilat di jalanraya serta di dada akbar/tv..
pikiaq skit.

Duke of Republic said...

maknanya orang2 yang buat risalah ni tak tahu langsung pasal sejarah. tak baca catatan i-tsing, tak baca catatan pelayar arab dahulu kala. dan tak kaji sejarah yang ditulis oleh barat tentang penemuan Melayu. tak kaji al-quran, old testament dan kitab2 lama. Dan terang-teran bukti melayu ada di mana-mana. Sebab tu berlumba penjajah nak takluk nusantara.
Tak payah susah-susah..cari je kat google books buku-buku, artikel-artikel dan jurnal-jurnal dari tahun 1400 - 1900. Lihat bagaimana kehebatan teknologi melayu sampaikan barat jumpa melayu, bertimbun2 kajian tentang kehebatan kita, tapi pada pertengahan 1800'an setelah proses penggelapan dan pemusnahan bukti sejarah kat nusantara ni mereka baru le kuarkan kenyataan melayu malas le..melayu hanya nelayan... so teknologi da ada...baca-baca sebelum buat risalah sedangkan di internet buku2 tulisan dan catatan sejak 1400 oleh pelayar2 asing da ada... so fikir-fikrkan lah...

gagasan_warisan said...

Duke...rasanya bukan mereka tak kaji...saja nak ubah sejarah ikut kehendak mereka....untuk merendah2kan org2 melayu...dan bagi melayu yang buta sejarah dan tak ambil tau pasal bangsa atau tau pasal sejarah tapi sebabkan gila kuasa maka mudah lah terikut2 dan terpengaruh....

senyap said...

ko org tau tak,fungsi asal 'RAMD' ditubuhkan oleh RAJA-RAJA MELAYU???
jawapannya...amuk=amoc.
ko org tau amuk kepada siapa atau siapa yang akan diamuk???..tunggulah jawapannya...

Shacklesmith said...

Kpd saudara KriZalid

tak payahlah saudara nk membutakan mata kalu da terang2 sekutu kuat parti yg saudara skong bagai nk rak tu pi putar belit sejarah..

dah terang lagi bersuluh depa yg buat.. xkan xsedar lg kot.. drpd saudara bising menyalahkan umno tak tentu pasal tentang sejarah ni lebih baik kaji balik betul sangat ke siam nai-nai yg saudara dok puja2 tu ada empire besar sampai ke australia dan albania tu..

nmpk sangat saudara mgm sng kena tipu.. patutlah sampai gelaran khalifah pun diberi pada kafir harbi :)