Monday, August 13, 2012

DAP sah HARAM JADAH, sah PAS suka yang HARAM.....


Share/Bookmark PUTRAJAYA: Dua pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menyokong penuh kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah tentang hukum haram bagi umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Malah sesetengah berpandangan, umat Islam juga ditegah menyokong mana-mana pihak yang menjalinkan kerjasama dengan DAP kerana ianya itu akan turut membawa kemenangan kepada parti itu pada pilihan raya umum.

Pendapat itu dikongsi Setiausaha Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Norsammudin Abd Kadir yang menyifatkan wajib bagi umat Islam di negara ini menolak parti dominasi Cina itu menjelang pilihan raya umum akan datang kerana dilihat menolak hukum Islam secara terbuka.
"Bagi pendapat saya bahawa memang sepatutnya kita menolak DAP kerana DAP telah menolak hukum Islam (tubuh negara Islam dan laksana hukum hudud) secara terang-terangan.
"Saya menganggap perkara ini benar bahawa kita kena menolak DAP. Pertama kita kena tahu DAP menolak perpaduan secara terang-terang tentang hak orang Melayu itu sendiri," jelasnya kepada pemberita.
Ditanya mengenai pendakwah dan ulama terlibat dengan parti politik di negara ini, beliau menegaskan tidak bersetuju mereka terlibat secara langsung dalam politik.
"Sebenarnya saya tidak bersetuju ulama masuk dalam politik kerana dalam Islam itu sendiri dah ada politik dan Islam itu sendiri dah tercipta politik, jadi saya rasa para ulama boleh menasihati pemimpin mereka, itu pendapat saya," ujarnya.
Difahamkan, Pengasas Pondok Geting itu berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," memetik laporan muka hadapan Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Barisan 33 Malaysia, Ahmad Azmani Hisham menganggap kenyataan pengasas tersebut seolah-olah membongkarkan pekung didada PAS yang sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa menyokong Umno adalah haram kerana bersekongkol dengan bukan Islam.

"Sebenarnya benda ini sudah lama PAS sendiri sudah mengeluarkan fatwa bahawa haram bersekongkol dengan bukan Islam, mengapa hukum itu hanya kepada Umno sahaja tidak kepada PAS.

"Jadi saya amat bersetuju dengan apa yang yang dikatakan oleh pengasas pondok kerana ini adalah benda yang benar dan Allah S.W.T telah balikkan semula kepada mereka," katanya secara sinis.

Ditanya mengenai penglibatan ulama dan pendakwah dalam parti politik, menurutnya, ia merupakan perkara biasa kerana sejak dahulu lagi ulama telah berkecimpung dalam politik sejak dahulu lagi.
"Ulama ini pun saya rasa dah lama berkecimpung dalam politik seperti yang kita tahu dan sedia maklum asas kepada politik sendiri pada tahun 1920-an diasaskan oleh ulama "dagang Islam" kemudian seterusnya "hibus muslimin" dan berterusan kepada Umno.
"Jadi saya rasa itu bukanlah satu masalah kerana dalam Umno sendiri kita pernah ada sayap ulama dan Insyallah kita akan menubuhkan semula sayap ulama dalam Umno, Insyallah," tegasnya.
Share/Bookmark

2 comments:

Anaknda Bertuah said...

Benar, hamba juga sokong pendapat pengasas pondok....

Aku Dia & Engkau said...

ramai tok2 guru yang sokong tapi diam menyepi kerana takmo terlibat dengan politik