Thursday, June 5, 2008

ERTI KEMERDEKAAN


Share/Bookmark Raizul

Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada sesebuah negara, malah dari konteks yang lebih kecil, kemerdekaan amat bermakna kepada diri kita sendiri. Kita akan menjadi tidak selesa jika kita akan dikongkong oleh individu yang lain. Bagi sesebuah negara, kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan umpama sebuah permata yang amat bernilai. Kemerdekaan akan menentukan kedaulatan sesebuah negara.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah kerana setelah kita telah dijajah selama beberapa ratus tahun, tetapi kita berjaya memperolehi kemerdekaan tanpa pertumpahan negara, tidak seperti kebanyakan negara-negara lain. Oleh yang demikian, amatlah penting kita menjaganya dengan baik agar segala apa yang kita perolehi pada hari ini tidak terlepas kepada orang lain.

Jika kita lihat fenomena pada hari ini, kebanyakan masyarakat kita telah lupa akan menghargai kemerdekaan tersebut. Mereka telah lupa akan titik peluh datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan. Di atas sikap segelintir pihak ini, negara kita telah hampir dijajah sekali lagi pada tahun 1997. Malah negara kita juga hampir hilang kedaulatan disebabkan penyangak-penyangak mata wang disamping disokong oleh petualang –petualang dalam negara.. Kemerdekaan sesebuah negara adalah milik dan kuasa rakyat negara tersebut. Negara lain atau rakyat negara lain tidak ada kuasa untuk menentukan hala tuju negara kita. Kita boleh lihat bagaimana sesebuah negara di dunia ini tumbang, bukannya daripada faktor bangsa asing tetapi adalah daripada pembelot di dalam negara sendiri.

Kalau kita lihat dari konteks sejarah Kesultanan Melaka, bagaimana Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis, adalah berpunca daripada pembelot dalam negeri yang berkompromi dengan askar Portugis. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Aceh Darussalam yang Angkatan Melayu Pahang telah membantu Belanda menyerang Aceh. Kejatuhan empayar-empayar lain di dunia ini jugak berlaku disebabkan corak yang sama.

Peristiwa yang lebih nyata pada hari ini ialah bagaimana Afganistan telah jatuh ke tangan Amerika Syarikat, bukannya disebabkan dengan kekuatan askar AS tetapi adalah dengan pakatan pasukan Perikatan Utara, Begitu juga dengan kejatuhan Iraq pada tahun 1990 kerana Kuwait dan Arab Saudi bekerjasama dengan Amerika Syarikat, di samping kerjasama puak-puak minoriti di dalam negara tersebut. Tetapi jika tidak ada kerjasama ini, maka sesebuah negara tersebut tidak akan dicerobohi.

Daripada peristiwa-peristiwa tersebut akan memberi gambaran kepada kita bahawa penting kerjasama perpaduan di dalam negara demi menjaga kemerdekaan. Malaysia sebuah negara yang unik, kerana mempunyai kekuatan perpaduan yang jitu di antara semua kaum besar iaitu Melayu, Cina dan India. Perpaduan yang jitu tersebut telah membangkitkan rasa cemburu di kalangan negara-negara maju, kerana dengan mempunyai penduduk satu kaum sahaja tetapi mereka tidak dapat mewujudkan perpaduan tersebut seperti negara Malaysia. Rata-rata negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak dapat wujudkan kestabilan politik seperti kita.

Senario pada hari ini amat menyedihkan lagi apabila kita lihat generasi sekarang telah lupa akan menghayati kemerdekaan. Masyarakat hari ini, amat mudah menerima budaya-budaya buruk yang akan membawa kepada gejala buruk dalam masyarakat. Budaya Punk, Hippies, seks bebas telah menjadi sebahagian sebahagian segelintir anggota masyarakat. Dengan penerapan nilai-nilai ini akan melalaikan kepada kepada kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Peranan mengembalilan semangat kemerdekaan ini adalah tanggungjawab semua. Oleh yang demikian saya di sini ingin menyarankan kepada semua, marilah kita semua menyemarakkan lagi kepentingan kemerdekaan kepada semua masyakarat agar kita tidak lupa akan asal usul kita.

Pemimpin-pemimpin negara kita yang lalu telah meletakkan asas kemerdekaan yang padu. Contohnya Bapa Kemerdekaan Negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat dan dibantu oleh Bapa Pembangunan Negara Allahyarham Tun Abdul Razak, dan kesinambungan ini diterus dengan Bapa Keamanan iaitu Allahyarham Tun Hussien Onn dan Asas ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengasas Wawasan 2020 ialah Tun Mahathir Muhamad yang meneruskan kecemerlangan Malaysia hingga dikenali di serta dunia. Sememangnya tidak dapat kita lupakan kepada seorang perjuang kemerdekaan negara iaitu Dato’ Onn Jaafar yang telah menentang penubuhan Malayan Union, di samping pejuang-pejuang lain. Tidak kita lupai jasa-jasa pejuang kemerdekaan yang lain seperti Pendeta Zaaba, Dato’ Hamzah Abdullah, Abdul Rahim Kajai, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestaman, dan ramai lagi. Mereka ini semua pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah memberi keselesaan kepada kita untuk menikmati erti kemerdekaan yang sebenar. Perkara-perkara sebegini haruslah kita sebarkan kepada generasi akan datang supaya mereka sentiasa menghargai kemerdekaan. Kita belum tentu dapat merasai kehidupan seperti sekarang jika individu yang lain menggantikan tempat-tempat mereka ini, dan sewajarnya kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan pemimpin-pemimpin yang bijaksana.

Marilah kita sama-sama menghayati kemerdekaan , dan menjaganya seperti nyawa kita sendiri. Seperti kata Tun Mahathir, mengekalkan kemerdekaan itu adalah lebih sukar. Maka sama-sama kita mengisi kemerdekaan yang kita perolehi ini dengan sebaik-baiknya. Sayangilah Negara kita dan hargai perjuangan datuk nenek kita.
Share/Bookmark

No comments: