Tuesday, December 8, 2009

MENTERI YANG SEPATUTNYA DIGUGURKAN


Share/Bookmark Inilah contoh menteri yang tak pasal2 nak komen org rasis....bila melayu kata sesuatu atau mempertahankan sesuatu dikatakan rasis...bila cina, india mintak yang bukan2 tak pulak rasis dan tak dikecam pulak oleh pak menteri ni. Sekiranya pas tak bangkit kan isu ni takder plak nak buat kajian tak der plak isu tentang kursus BTN ni. Pak menteri ni nak melenting buat apa......????? dah bertahun2 kursus BTN ni takder isu apapun ......

Pak menteri ni jugalah yang mencadangkan kuota biasiswa dibuka sehingga 45% kepada bukan bumiputera. Konon nak bagi adil....porahhh laa nazri.....pegi daa......dan menteri ni lah jugak yang tak horamat pada Tun Mahathir apabila Tun telah melatak jawatan. Bukan main dikecamnya Tun Mahathir sekarang ni....dulu semasa bawah pemerintahan Tun Mahathir bukan takat salam cium tangan kalau boleh ketiak Tun pun nak di ciumnya.... habis semua nak dibodek...tak kenang budi punya menteri.

Sekiranya berlaku rombakan kabinet mintak PM kita Dato' Najib singkirkan si badi gol ni. Ini lah api dalam sekam melayu hentak melayu.....melayu memperbodohkan melayu...melayu kecam melayu.... melayu bagi muka pada bangsa lain disaat bangsa melayu dihimpit dilemma. Habis semua nak digadainya......


NAZRI KECAM MAHATHIR RASIS

KUALA LUMPUR, Dis 8 —

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak.“Saya tahu Dr M (Mahathir) mengulas mengenai patriotisme dan sebagainya, ya saya setuju mengenai patriotisme ... ia untuk semua semua.“Namun terdapat mereka yang menghadiri kursus (BTN) yang kemudianya keluar dengan perasaan marah.

Terdapat banyak contoh ... jadi saya ingin tahu di mana silap saya dalam menyokong rombakan silibus BTN,” katanya di sini semalam. Malah Nazri juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai “rasis betul” kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sambil mengulangi keputusan Kabinet sebelum ini bahawa program-program itu akan dirombak.“Dia rasis betul.

Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” katanya.

Oleh itu kata Nazri beliau “sangat percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1 Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Share/Bookmark

No comments: