Tuesday, June 19, 2012


Share/Bookmark

MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN LEBIH BAIK DARIPADA MENGGUNAKAN SUDU BESI ATAU SUDU PLASTIK


Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. 

Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.

Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan.

Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.

Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.



Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yg makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan. Melihat tamadun barat yg menyuap makanan dgn tangan kiri malah itu juga diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis2 "high level", pasti ada hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.


Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim.




Share/Bookmark

1 comment:

Anonymous said...

Ikut sunnah antara tanda sayang kepada Baginda Rasul SaW...