Thursday, September 20, 2012

Isu Akhbar Cina (Petikan Utusan Malaysia)


Share/Bookmark
Analisis Senario Pas Kuasai Parlimen?

AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 28 Ogos 2012 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editor akhbar itu, Tay Ting Hien berkenaan senario Pas menguasai Parlimen dan memperkenalkan Undang-Undang Jenayah Islam.

"Pada suatu hari pada bulan September 2014, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan usulkan Undang-UndangJenayah Islam di Parlimen. Pakatan pembangkang akan berlaku perpecahan, Ahli Parlimen Pas sebulat suara menyokong sementara semua ahli DAP akan membantahnya. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Islam dan bukan Islam akan berpecah...

"Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang dalam Parlimen akan condong ke kiri, ahli lembaga disiplin UMNO akan berkata, sebagai orang Islam ahli UMNO semestinya menyokong rang Undang-Undang Jenayah Islam. Bantahan MCA, Gerakan dan MIC tidak berkesan dan mereka umum keluar daripada BN..

"Semasa undi dalam Dewan Rakyat, Pas dan UMNO perolehi majoriti dua pertiga dan dengan itu Undang-Undang Jenayah Islam itu diluluskan. Pada masa itu, Abdul Hadi akan berterima kasih kepada Ahli Parlimen yang menyokong usul itu dan mengatakan ia dicapai melalui proses demokrasi.

"Malaysia telah capai matlamat menjadi sebuah negara Islam, seterusnya Pas dan UMNO umumkan akan bentuk kerajaan gabungan.."

Saya bukan peramal ataupun tukang tilik nasib dalam politik pada 2014 tetapi keadaan seperti diatas itu bukan dicuba diada-adakan dan bukan mendengar khabar daripada orang lain. Dalam ilmu sains politik dan sains pengurusan, ada satu bab yang dinamakan 'Analisis Senario'.

Himpunkan keadaan sedia ada, cantumkan dengan sasaran-sasaran yang kemungkinan akan berlaku. Apakah yang lebih terbaik akan berlaku dan apakah yang terburuk akan berlaku, selepas itu bandingkan perbezaannya.

Keadaan dan senario seperti di atas hanya kemungkinan-kemungkinan simulasi yang akan berlaku dan bukan tiada turutannya.

Dalam senario politik dan pilihan raya Abdul Hadi, beliau telah memberi huraian secara terang dan umumkan jika pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, Pas melalui proses demokrasi akan laksanakan Undang-Undang Jenayah Islam.

Pendirian Pas begitu jelas dan tidak lagi samar-samar, mereka akan mengikut cara sah untuk mencapainya. Lebih-lebih lagi, Pas akan luluskan rang undang-undang Islam berkaitan Undang-Undang Jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 dan ahli-ahli Umno turut menyokongnya.

Di bawah kepercayaan dan tanggungjawab agama, perbezaan antara dua parti itu hanya dipisahkan dengan satu garisan benang sahaja. 

Pada masa itu Undang-Undang tersebut akan bercanggah dengan Undang-Undang Persekutuan dan kerana itu ia tidak boleh dilaksanakan. 

Jika ia ditukarkan dengan simulasi senario berlainan, apabila mereka memerintah kerajaan pusat dan kemukan kembali isu itu, pasti akan disokong juga oleh UMNO dan pada masa itu benteng kekebalan Undang-Undang Perlembangaan Persekutuan akan roboh.

Bagi negara ini, Undang-Undang Jenayah Islam tidak melibatkan perundangan dan kehakiman, ia juga boleh mengubah semangat penubuhan Malaysia serta boleh mengubah dasar mahupun kepercayaan negara kita selama ini.

Apabila undang-undang itu diluluskan, bermakna Malaysia akan pisahkan dirinya dengan dunia luar dan undang-undang yang diamalkan negara luar, seterusnya menjadi sebuah negara Islam yang benar-benar tulen.

Masyarakat Cina tidak boleh lagi buat tidak tahu, tidak boleh lagi bersikap berharap semuanya akan menjadi baik.

Struktur dalam pakatan pembangkang, tujuan mereka adalah mahu memerintah Kerajaan Pusat tetapi selepas mereka berkuasa nanti, dari segi pembahagian kuasa dan konsep pelaksanaanya masih tidak boleh mencapai kata sepakat. 

Adakah rakan kongsi parti itu mampu menyekat kemaraan Pas? Semua orang perlu berdoa supaya dapat memperkukuhkan kekuatan itu.



Kebiasaan Lim Guan Eng lari daripada tajuk

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 25 Ogos 12 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Chang Long Yan dari Akademi Kewartawanan dan Komunikasi TAIMA (AKIP) mengenai sikap Lim Guan Eng yang suka lari daripada tajuk.

Komen Setiausaha Agung DAP Pusat, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadap rencana dalam edisi Kotej berkaitan buku berjudul Peneng in Sight telah tersebar luas tetapi apabila saya membaca komen beliau, ia seperti sebuah pemikiran seorang 'penyangak'.

Saya ambil sedikit petikan di dalamnya, Guan Eng berkata, beliau menyokong penuh kebebasan bersuara, berani menerima kritikan dan menghormati pandangan yang berbeza-beza.

Sebagai seorang ahli politik, beliau bersedia untuk dikritik walaupun kritikan yang 'mengaibkan' dirinya. Apa yang beliau maksudkan beliau sanggup menerima kritikan termasuk kritikan yang tidak adil.

Mengikut pandangan saya, semua yang Guan Eng katakan itu cuma syok sendiri. Jika tidak beliau tidak mungkin senarai hitamkan wartawan edisi Kotej yang paparkan kritikan terhadap penulisan beliau dalam buku Peneng in Sight itu.

Tindakan itu, memberi penjelasan dengan terang kepada semua, beliau juga pernah senarai hitamkan wartawan lain dan tidak lansung bersikap terbuka apabila dikritik termasuk kritikan yang dikatakan mengaibkan beliau.

Selain itu, jika benar beliau menghormati pandangan yang berbeza-beza, beliau tidak perlu sebut rencana Edisi Kotej itu mengelirukan orang ramai.

Guan Eng seperti belum pernah membaca rencana tersebut (kami terlupa bahawa Guan Eng tidak tahu baca tulisan karekter Cina). Sebab itu beliau berani berkata dengan lantang bahawa tulisan itu memperdayakan orang ramai.

Pihak wartawan juga telah memperbetulkan isi kandungan Edisi Kotej itu dan secara khas mengeluarkan artikel penulisan Guan Eng sendiri dalam rencana akhbar Cina melalui ruang rencana khas wartawan dan bukannya mengada-adakan cerita.

Namun, Guan Eng seperti kebiasaanya suka lari daripada tajuk, sebaliknya bertanya adakah wartawan yang tulis rencana itu telah dipilih dengan teliti.

Yang paling buruk sekali, dalam artikel Edisi Kotej itu, beliau berkata ada banyak rencana (sebenarnya adakah beliau membacanya?) dan dakwanya rencana itu bukan penulisan seorang wartawan kerana timbul banyak perkataan-perkataan yang agak pelik. 

Apabila dibaca dengan jelas, beliau berkata itu adalah penulisan orang-orang BN yang menggunakan nama-nama samaran.

Wartawan terbabit telah membongkar bahawa Guan Eng tidak mengikut hujah yang betul kerana 90 peratus penulisan artikel Edisi Kotej itu tulisan wartawan akhbar Cina. Akibat menuduh wartawan menulis artikel tidak benar, Guan Eng disarankan meminta maaf kepada mereka.

Mengkritik polisi kerajaan itu adalah tanggungjawab wartawan, kenapa Guan Eng mengkritik kembali wartawan-wartawan di Pulau Pinang yang mempersoal kerajaan negeri dan dituduh pula sebagai tali barut kerajaan BN?

Ini jelas menunjukkan apa yang Guan Eng sebut tentang kebebasan media dan menghormati pandangan yang berbeza itu hanya cakap syok sendiri, hanya di mulut sahaja.

Sebaliknya, dalam fikiran beliau rencana yang condong kepada BN itu semuanya bermasalah. 

Share/Bookmark

No comments: