Monday, November 29, 2010

Namewee akan jadi lebih besar kepala...


Share/Bookmark Kita merasa amat terkejut, kecewa dan amat marah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyatakan kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Namewee kerana tidak melakukan sebarang kesalahan kepada kerajaan!
 
Sudah berbulan-bulan dan desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak untuk tindakan ke atas pemuda ini yang celupar dan beraksi 'kurang ajar' menjatuhkan maruah seorang pengetua sekolah dan juga memperlekehkan Kementerian Pelajaran! 

Setelah menunggu sejak sekian lama, ini sahaja jawapan 'terbaik' yang boleh diberi oleh seorang menteri kanan. Amat mengecewakan.!!!

Kita ingin bertanya menteri berkenaan, apakah memperlekehkan Kementerian Pelajaran dan sebelum ini mempermainkan lagu Negaraku, mempersendakan azan Subuh dan sebagainya itu tidak melibatkan kerajaan dan sensitiviti perkauman?

Dengan keputusan kerajaan ini telah menjadikan Namewee dan yang serupa dengannya bertambah besar kepala! Bagi pemuda lulusan Taiwan ini adalah satu kemenangan dan siapa yang berani menyekat kreavitinya? 

Adakah generasi muda yang 'kurang ajar' dan tidak menghormati perasaan kaum lain sebegini yang kita mahu tonjolkan dan pupuk dalam wawasan 1 Malaysia? Apakah keistimewaan pemuda dari Muar ini? Kita berpandangan sebarang keputusan yang dibuat seharusnya berlandaskan fakta kes.
Kita juga kadang-kadang tertanya-tanya jika sekiranya kesalahan ini dilakukan oleh pemuda Melayu, adakah tindakan yang sama akan diambil? Atau pendakwaan akan terus dibuat tanpa memberi peluang memohon ampun dan maaf?

Kita tidak mahu pendakwaan dibuat secara terpilih seperti beberapa isu sebelum ini seperti isu 'kepala lembu' dan berpuluh-puluh laporan polis yang telah dibuat berkenaan mempersendakan Perlembagaan Persekutuan.

Apakah isu yang melibatkan orang Melayu dianggap tidak penting, remeh dan boleh ditangguhkan? Tindakan segera pula perlu diambil jika melibatkan kaum Cina dan India? Kita juga amat menyokong tindakan PERKASA yang membawa isu -isu ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. 

Dengan keputusan kerajaan ini, kita juga tidak mahu akan ada berpuluh-puluh lagi Namewee selepas ini dengan aksi dan kata-kata lucah sesuka mereka sahaja kerana tiada tindakan. Orang Melayu pula akan merasa kecewa dan seolah-olah dipinggirkan. 


 dipetik dari  Utusan Malaysia

Share/Bookmark

4 comments:

senyap said...

salam.

lu agak saape kat belakang 6miwi tu..batu?kayu?mangkok?
lu silap bro..6miwi ade funder & bakcup besar..spisis 'babi tunggal' lau lu orang nak tau!..

razzimania said...

salam.saya rasa terpanggil untuk mmberikan pandangan berhubung isu ini..memang amat terkilan bila nazri azis yg lantang mengkritik Tun Mahathir berhubung isu UMNO tapi bila kes seorang anak muda cina yang tidak pernah menyumbangkan apa2 kepada negara malah menghina tanahair tempat keluarga dia mengumpul harta boleh kata tiada tindakan...kenapa macam ada double standard?????apakah nazri azis buta sejarah..adakah nazri azis tidak pernah memikirkan betapa terguris hati jutaan org melayu berhubung perkara ini..kita lihat sekarang pemimpin melayu sudah tidak mempedulikan hati dan perasaan org2 melayu dn lebih menjaga hati kaum bukan melayu..apakah jika terjadi suatu keadaan yang terdesak kaum yang dibela akan membantu pemimpin melayu??fikir2kan kerana bangsa lain (bukan islam) memang akan menggunakan org islam itu sendiri untuk melemah dan menjatuhkan bangsa dia sendiri..jika org2 melayu mempertahankan hak2 bangsa dan agama ramai pemimpin melayu yg cuba mnjadi hero kepada bangsa yg konon2 teraniaya tpi bila bangsa lain melakukan kesalahan maka akan ramai juga pemimpin melayu yg defend dan mengatakan tidak salah...kepada org melayu sekelian kita kena bertegas dalam perkara ini..kita kena sedarkan pemimpin melayu jgn kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan..dek kerana terlalu memikirkan poket sendiri negara dan maruah digadaikan..fikir2kan bersama..

gagasan_warisan said...

Setuju dengan pendapat tuan razzi....

senyap said...

Persoalannya,siapakah yang berada dibelakang nazri aziz dan namiwee?
ini isu besar yang sangat sensitif,mustahil boleh ditutup begitu sahaja...atau ada tangan2 halus yang sangat berpengaruh dibelakang semua ini?
Sifat bangsa yang satu ini (MELAYU)sangat misteri..walau ditekan,diinjak,
diperlekehkan,dihina bagaimana cara pun mereka akan tetap tersenyum tenang..tetapi janganlah jarum sampai ketahap 'hyper'...
kesannya..amat menggerunkan!
Dipersilakan kepada sesiapa yang hendak merasa,cubalah.