Tuesday, December 21, 2010

PENDEKATAN DAP & PAP


Share/Bookmark
Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja.

Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi.

Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat (tapi kat Malaysia Melayu baik hati buka kuota bumiputra bagi kat cina biasiswa walaupun cina tu kaya raya dari melayu yang duk rumah2 flat..Nazri Aziz punya kerja la ni...pastu siap bagi peluang kat Namawee baik betul melayu sorang ni kan??). 

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini  tidak seperti peringkat awal (Nazri Aziz mungkin sesuai jadi menteri melayu singapore sekarang ni kalau dia duduk sana laa...). Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya. 

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. 

Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu......

dipetik rasanya dari utusan malaysia disunting oleh gw

Nak kata tak nampak contoh dah berbagai2 contoh di beri tapi masih tak sedar2 lagi ker orang2 melayu ni....!!!!!!! Semuanya disebabkan kepentingan peribadi...perut sendiri sanggup gadai maruah bangsa dan agama....bukan lah orang Melayu ini benci pada  semua bangsa cina tetapi benci pada Ultra Kiasu  seperti Lim Kit Siang anak beranak dan konco2nya DAP....


Share/Bookmark

4 comments:

senyap said...

nazri aziz seorang melayu??...
muslim??..islam??...ye ke?
tengok ayer muke die cam cipan tahap gaban je...tak pun cam kere nak bertelur..cam toyol pun ade...

man said...

Tak baik menilai orang berdasarkan satu pihak yang langsung tak sama..
terjadinya perpecahan ini kerana dulu,perjuangan mereka lebih kepada nasionalisme,atau kebangsaan,jadi berpecah belah la rakyat. Tapi sekarang,pihak pembangkang memperjuangkan Islam terutama Nik Aziz..tak ada pemimpin dulu zaman lee kuan yew macam nik aziz,singapore terbuang pun salah siapa? siapa yang meminpin ketika itu?? ingat fakta ini,KITA TAK BOLEH AJAK BANGSA LAIN MASUK BANGSA KITA,TAPI KITA BOLEH AJAK MEREKA MASUK AGAMA KITA. Jadi berjuang lah untuk agama,bukan bangsa,zaman Salahuddin AL ayubi,orang islam dan bukan islam hidup harmoni,kerana islam itu adil,bangsa itu berat sebelah,dan islam itu di tangan tuhannya,pasti berjaya..percayalah,D.A.P bukan jahat seperti yang media katakan,pergi lah p.pinang,mereka tak lah sejahat itu. dan percayalah,kite berjuang untuk agama Allah,pasti berjaya.

senyap said...

lee kuan yew asal mana?
SENGGARANG BP.
tak payah cakap jauh lee..
mendinang bini dia masa hidup dulu,pernah sakit berat,berpuluh bomoh,dukun dan segala sengseh dipanggil..hasilnya NOL.
balik ke senggarang jugak barulah sembuh,tu pun berubat dengan gesek biola je...oleh arwah WAK...

khairi said...

salam..

sy x paham satu perkara tentang penyingkran temasik drpd tanah melayu..

alasan Tunku kononya isu perkauman yg begitu serius memaksa beliau bertindak begitu...

dgn kuasa di tangan pun seorang pemimpin seperti tunku gagal berfungsi..

mungkin beberapa cadangan ini revelen pd masa itu walaupun telah terlambat..

1- kenakan ISA kpd LKY
2- tarik kerakyatan dan buang ke thailand..biar dia majukan thailand tu
3- RAMD bawah Tuanku Agong..pelindung istitusi melayu dan islam..bukankah temasik itu aset melayu..tawan shj temasik tu ketika mereka lemah..skang ini sudah terlambat sbb mereka nampak semakin "kuat"
4- keluarkan temasik tu dgn bersyarat..dipajak pd jangka waktu tertentu dgn nilai sekian2..selepas tamat pajakan perlu kembali ke tanah melayu...mungkin peristiwa hong kong dan china bule menjadi rujukan...

semestacode