Tuesday, October 28, 2008
Hentikan kenyataan pertikai hak-hak bumiputera
Hentikan kenyataan pertikai hak-hak bumiputera
UNGKAPAN 'Melayu mudah lupa' kini boleh dikaitkan dengan masyarakat bukan Melayu. Bukan lama pun Majlis Raja-Raja Melayu menyeru supaya falsafah Perlembagaan negara yang menyentuh kontrak sosial - hak-hak istimewa institusi Raja dan orang Melayu - perlu dijaga serta tidak terus dipersoalkan.Tetapi rentak untuk membangkitkan perkara yang agak sensitif ini masih mahu dikeluarkan oleh pemimpin kanan komponen Barisan Nasional (BN) sendiri.
Apakah rasional kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai hingga mencadangkan kerajaan supaya syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam dimansuhkan.
Apakah apabila dimansuhkan ia akan menjamin daya saing syarikat berkenaan? Menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat awam disifatkan sebagai satu cadangan yang tidak bertanggungjawab.
Janganlah tunjukkan sikap tamak hingga melupakan golongan yang tertinggal dalam menikmati hasil ekonomi negara. Apakah tidak cukup kekayaan yang sudah dibolot sejak merdeka dan kini mahu kesemua hasil kemakmuran ekonomi negara ingin dikaut semua tanpa memikirkan nasib golongan bumiputera?
Mana-mana pemimpin politik yang ingin mencadangkan supaya syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam dihapuskan, ia perlu realistik. Selepas lebih 18 tahun Dasar Ekonomi Baru diganti dengan Dasar Ekonomi Nasional, matlamat mencapai 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera dalam kek ekonomi negara masih jauh. Sehingga sekarang pegangan bumiputera hanya sekitar 19 peratus.
Oleh itu, wajarkah syarat ini dimansuhkan? Jika cadangan ini dilayan, apakah wujud lagi jaminan bahawa bumiputera akan mendapat pembelaan dan agihan dalam ekonomi negara. Hakikatnya sekarang, semua kaum sedar bahawa bumiputera masih ketinggalan dalam bidang ekonomi, walhal mereka adalah penduduk majoriti negara ini.
Kita setuju syarat itu dimansuhkan setelah matlamat yang cuma mahu 30 peratus pegangan ekuiti itu mencapai kejayaan. Selagi agenda bumiputera itu belum tercapai, biarlah ia dipertahankan walaupun terpaksa memakan masa 50 tahun atau lebih seabad lagi. Pada masa sekarang kita harap kerajaan memberi tumpuan untuk mengharungi cabaran ekonomi yang menuju kegawatan seperti sedekad yang lalu. Jangan tertekan dengan cadangan MCA itu.
Kita perlu membuat langkah-langkah persediaan untuk menghadapi suasana ekonomi dunia yang kurang menentu sekarang. Ini bukan masa untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan mendesak dibuat perubahan dalam dasar-dasar kerajaan yang dirasakan tidak perlu pun diubah lagi.
Oleh itu, kita menyeru kepada pemimpin politik baik komponen BN atau pakatan pembangkang supaya berhentilah daripada mengeluarkan sebarang cadangan atau usul yang berkaitan dengan hak bumiputera. Tindakan itu adalah wajar demi menghindar daripada timbulnya bibit-bibit rasa tidak puas hati antara kaum.
Hentikan kenyataan pertikai hak-hak bumiputera
Monday, October 27, 2008
Jangan pertikai status bahasa Melayu
Jangan pertikai status bahasa Melayu
JIKA sebelum ini status orang Melayu dipertikai dan dikatakan sebagai kaum pendatang, kini bahasa Melayu pula dicabar apabila cuba diganding dan disamaratakan martabatnya dengan bahasa lain di negara ini dengan alasan yang cukup tidak munasabah.Isu yang sensitif sebegini tidak sepatutnya dibangkitkan di kala kita sedang menuju sebuah negara maju dan moden tidak lama lagi. Keadaan ini secara signifikannya sangat tidak menghormati bahasa kebanggaan rakyat Malaysia dan mencemar semangat Perlembagaan negara kita.
Walaupun setelah bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia yang menyebabkan ramai yang terasa hati dan sedih, namun ditelan jua dengan harapan semua bangsa di negara ini dapat menerima bahasa keramat ini seadanya dan menjadikannya bahasa unggul di dalam segala urusan. Sebaliknya, masih ada yang masih berdegil dan cuba menjadi popular dengan membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan dalam tulisan Jawi, Tamil dan Cina.
Persoalannya ialah perlukan perkara sedemikian dilakukan di kala bahasa Melayu adalah bahasa utama negara.Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa bahasa Melayu masih tidak mendapat tempat di hati kalangan bukan Melayu dan tidak diterima sebagai bahasa kebangsaan walaupun pada hakikatnya bahasa Melayu adalah lambang perpaduan rakyat sejak sebelum merdeka lagi dan simbolik kepada pembentukan bangsa Malaysia pada masa hadapan.
Jika masing-masing kaum cuba menonjolkan keagungan bahasa mereka dan menjadi juara politik murahan serta membelakangkan bahasa Melayu dalam urusan seharian pentadbiran, ini hanya akan merugi dan menggagalkan wawasan kewujudan bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 jelas memperuntukkan kedudukan sebenar, realiti dan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi di negara ini. Untuk itu, bahasa Melayu hendaklah diletakkan di landasan yang betul dalam semua urusan rasmi serta tidak rasmi rakyat dan negara.
Bahasa Melayu juga mestilah menjadi teras kepada sistem pemerintahan, pendidikan, ekonomi, politik dan sebagainya. Namun begitu, ini tidaklah bermakna bahasa ibunda kaum lain dinafikan penggunaannya, malahan perlu digalakkan mengikut lunas dan ruang lingkup yang dibenarkan. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia yang taat setia, maka semua pihak perlu akur dengan peruntukan yang ada tanpa banyak muslihat atau cuba merendah-rendahkan standard bahasa Melayu di negara sendiri.
Baru-baru ini beberapa badan, tokoh dan pejuang bahasa mengutuk langkah songsang sebuah kerajaan negeri meluluskan pemasangan tanda jalan dalam bahasa lain dan merayu semua pihak menolak sebarang usaha untuk cuba menyamaratakan bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Bahasa Melayu mestilah menjadi bahasa unggul dan tunggal, bukannya bahasa tunggul yang boleh dipermain serta diperbodohkan begitu sahaja.
Sehubungan itu, kerajaan dan pihak terlibat diharapkan bertindak segera membetulkan keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba melanggar semangat perlembagaan dan tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan sewajarnya. Adalah dibimbangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan membangkitkan kemarahan serta mencetus sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi, provokasi dan pertikaian umum di negara kita apabila peruntukan undang-undang sedia ada tidak lagi dihormati memandangkan perbuatan ini umpama kegiatan subversif yang cuba melemahkan kerajaan, perpaduan kaum dan sistem perundangan.
Dalam masa yang sama, semua kaum di negara ini perlu memahami bahawa usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan bukan milik mutlak orang Melayu.
Adalah menjadi tanggungjawab dan tugas semua rakyat Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa terhebat dalam segala lapangan dan disiplin kehidupan di samping dihormati masyarakat dunia sampai bila-bila.
Oleh demikian, rakyat Malaysia mesti berbangga dengan standard dan status bahasa kebangsaan dan menolak sebarang usaha mengecil serta meremehkan peranan, peluang dan dimensi bahasa keempat paling ramai dituturkan di dunia ini.
oleh : Mohamad Sofee Razak
Jangan pertikai status bahasa Melayu
Sunday, October 19, 2008
Teliti kesan lantik dua Timbalan Pengerusi BN
Teliti kesan lantik dua Timbalan Pengerusi BN
ADAKAH selepas ini jika jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditambah kepada dua dengan satu daripadanya diisi oleh pemimpin MCA seperti cadangan bekas Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai akan menggambarkan perkongsian kuasa sebenar di kalangan parti komponen BN?
Adakah pelbagai tuntutan lain yang ibarat sudah diberi betis hendakkan paha akan padam sekiranya hasrat tersebut terlaksana? Timbul juga persoalan, siapa yang buli siapa apabila cadangan tersebut dikaitkan dengan istilah pembuli yang kerap disebut sejak akhir-akhir ini?
Hakikatnya, walaupun Timbalan Presiden UMNO turut memegang jawatan Timbalan Pengerusi BN, hak mana-mana parti komponen BN untuk bersuara tidak pernah dinafikan sejak BN terbentuk pada 1974 lagi.
Selama ini pun, semua pemimpin komponen termasuklah MCA memiliki kebebasan bersuara yang luas lantaran kedudukan perwakilan mereka tetap diberi perhatian sewajarnya. Malah, jika diturutkan kehendak MCA yang hanya mampu meraih 10.21 peratus undi dengan menyaksikan banyak kerusinya hilang dalam pilihan raya umum Mac lalu, tidak mustahil 13 rakan sekutu BN lain akan saling menyalak menuntut perkara yang sama.
Selain itu, dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting bahawa UMNO begitu dominan dalam BN juga adalah tidak tepat jika melihatkan pencapaian jauh lebih dominan taraf sosioekonomi dan pengaruh politik bukan Melayu khususnya masyarakat Cina di negara ini.
Desakan Tiong Lai tersebut juga seperti menangguk di air keruh serta nyata tidak banyak membantu kerajaan dalam menumpukan sepenuh usaha bekerjasama mengatasi masalah kemelesetan ekonomi dan kerapuhan perpaduan masyarakat masa kini.
Sedangkan, rakyat Malaysia menantikan apakah usaha dan tindakan setiap komponen BN tidak terkecuali MCA untuk sama-sama membincangkan hal berkaitan rakyat berbilang kaum bukan sekadar berlegar pada persoalan kuasa politik kepartian kaum semata-mata. Malah, jika usul dua jawatan Timbalan Pengerusi BN itu diterima, jawatan salah satunya lebih molek dan adil diserahkan kepada mana-mana parti komponen Bumiputera di Sabah atau Sarawak.
Rasionalnya adalah berdasarkan faktor komposisi penduduk majoriti Melayu-Bumiputera di negara ini serta sokongan kuat masyarakat di sana terhadap BN dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Sebagai catatan, kedua-dua negeri tersebut menyumbang 57 kerusi iaitu 25.6 peratus daripada 222 kerusi Parlimen (Dewan Masyarakat, Edisi Khas 2008:62).
Tidak keterlaluan juga ada baiknya setiap komponen BN turut memahami mesej yang tersirat di sebalik kenyataan akhbar khas yang telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu ke-215 minggu lalu.
Apa pun, desakan untuk menambah satu jawatan Timbalan Pengerusi BN itu perlu benar-benar diteliti terlebih dahulu. Apakah rakyat Malaysia akan dapat menikmati kestabilan politik, kemantapan ekonomi serta keharmonian sosial jika impak negatif lebih banyak daripada kebaikan hanya kerana memenuhi kehendak komponen BN tertentu yang bukan-bukan?
oleh MOHD. ARIF ATAN
Teliti kesan lantik dua Timbalan Pengerusi BN
Tuesday, October 7, 2008
Hindraf & Hari Raya
Hindraf & Hari Raya
HINDRAF...suatu pertubuhan yang tidak didaftarkan tetapi cukup berani dan kurang ajar???? Kenapa yer mereka ini cukup berani dan kurang ajar ???? Siapa dibelakang mereka ini?????
Apapun hari mulia bagi umat Islam telah dicemarkan dengan sikap kurang ajar dan biadap serta cuba menaikkan kemarahan orang2 Melayu oleh puak2 hindu yang tak tahu dek untung, yang tak tahu berterima kasih setelah beberapa keturunan anda hidup di sini dan diberi kerakyatan oleh kerajaan.
Balik saja ke India sekiranya anda semua dapat hidup aman di sana seperti di Malaysia ini.....anda tidak pernah hidup di dalam rumah yang dibuat dari taik lembu di bumi bertuah ini. Anda diberi segala macam kemudahan dan bantuan masih lagi nak jadi samseng macam dalam cerita tamil.
Bagi orang Melayu sedarlah akan perkara ini, prihatinlah pada bangsa anda jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah.
Kepada pemimpin Melayu yang mengeluarkan kenyataan menyokong pertubuhan ini kononnya atas nama demokrasi keluar sahaja dari bumi ini ...nah pergi ikut mereka balik india perjuangkanlah Hindraf ni kalau kerajaan India terima mereka .....kat sana baru sesuai nak perjuangkan puak-puak ini.
Hindraf & Hari Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)