Monday, November 10, 2008

Syarat Bukan Melayu jadi Perdana Menteri


Share/Bookmark Permintaan kaum bukan Melayu untuk memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia bukan isu baru.

Beberapa tahun lalu, kaum itu juga pernah meminta dipertimbangkan supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua diwujudkan untuk diisi oleh pemimpin bukan Melayu. Tetapi permintaan itu akhirnya ditolak.

Kini dengan kemunculan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama dipilih daripada keturunan bukan kulit putih, tiba-tiba ia menjadi inspirasi kepada pemimpin bukan Melayu untuk membangkitkan semula isu jawatan tertinggi negara.

Tetapi sekarang bukan meminta kerusi nombor dua, sebaliknya jawatan Perdana Menteri. Sebelum permintaan itu dibuat, kita minta pemimpin dan penyokong idea itu memikirkan hakikat dan latar belakang pembinaan negara bangsa Malaysia dengan negara lain.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan sukar untuk dicari persamaannya di dunia.Memang ada negara membangun mahupun negara maju telah mempunyai Presiden atau Perdana Menteri daripada kaum minoriti dan bukan penduduk asal negara itu.

Hal ini boleh berlaku apabila pemimpin bukan pribumi negara itu dapat mengasimilasi dengan menerap budaya, bahasa dan adat resam penduduk majoriti. Tetapi, bagaimana sikap pemimpin dan kaum bukan bumiputera di negara kita apabila usaha untuk mewujudkan dasar satu bahasa dan usaha mengagih kek ekonomi negara dengan saksama.

Kita percaya, orang Melayu tidak ada masalah untuk menerima kaum Cina misalnya, sebagai perdana menteri. Tetapi ia ada syarat. Syaratnya kaum bukan Melayu itu perlu bersedia sepenuhnya untuk menerima dan mempertahankan dasar-dasar yang termaktub dalam Perlembagaan dan menjadi bangsa Malaysia sejati seperti yang ditunjukkan oleh kaum Cina di Indonesia dan Thailand. Tetapi di Malaysia buat masa ini tidak mungkin akan terjadi sepertimana kesetiaan yang ditunjukkan oleh bangsa Indonesia dan Thailand. Inikan pula ingin mempertahankan Perlembagaan dan Hak2 orang Melayu.

Seperkara lagi, selagi masalah penyusunan masyarakat negara ini belum tercapai, agak sukar hasrat membuka ruang untuk melantik Perdana Menteri daripada bukan Melayu boleh menjadi kenyataan.Malaysia perlu mencari pemimpin bukan Melayu yang ikhlas memperjuangkan ataupun sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Maknanya, beliau perlu memahami jiwa orang Melayu dahulu.

Orang Melayu perlu diberikan keyakinan bahawa perkara yang menyentuh masa depan kaum bumiputera tidak boleh diganggu gugat. Selagi keyakinan itu tiada, jangan letakkan harapan tinggi bahawa orang Melayu akan merelakan masa depan mereka diterajui oleh kaum lain.

Hal ini bukan sahaja dirasai oleh Malaysia tetapi juga Singapura. Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong sudah menyatakan kelmarin bahawa republik itu belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat. Pandai pulak kata tak bersedia memang itu la sikap mereka .

Di sana, bukan sahaja peluang untuk melihat orang Melayu dipilih menjadi Perdana Menteri jauh panggang daripada api, malah untuk muncul sebagai wakil rakyat pun wujud banyak halangannya.


Share/Bookmark