Wednesday, August 19, 2009

Ganti ISA dengan ALK


Share/Bookmark
TANJUNG MALIM 19 Ogos - Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid meminta kerajaan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Akta Lucut Kerakyatan (ALK) bagi menghukum pihak yang mempersoalkan kontrak sosial.

Beliau berkata, ALK sesuai digunakan ke atas mana-mana pihak yang mencabar kontrak sosial kerana golongan ini berupaya menghuru-harakan negara. ''Kalau kita biarkan golongan yang mencabar kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa Melayu serta kedaulatan agama Islam bermaharajalela, negara ini akan kucar-kacir.

''Orang Melayu dan masyarakat kaum lain perlu bertegas menegakkan kontrak sosial kerana ia acuan terbaik dalam menegakkan keharmonian negara sejak merdeka,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas berucap pada majlis wacana ilmu bertajuk 'Patriotisme: Pembinaan Bangsa Malaysia' anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di universiti itu di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pusat Kajian Integrasi Nasional UPSI, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Global Aminuddin Baki UPSI, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hassan.
Sanusi yang juga bekas bekas menteri Kabinet dan Menteri Besar Kedah mengulas titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mahu semua pihak di negara ini tidak mempertikaikan kontrak sosial serta menjadikannya bahan untuk berpolitik.

Dalam pada itu, Zainal menegaskan, keterbukaan sesetengah pihak terutama pakatan pembangkang kebelakangan ini merupakan punca utama kontrak sosial dipertikaikan.
''Oleh kerana ada desakan bukan Melayu terutama DAP untuk kaji balik kontrak sosial, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan Islam Pas yang baru belajar konsep 'real politic' sudi menyokong mereka.


''Hakikatnya, orang Melayu tidak sanggup mengkaji semula kedudukan istimewa kaum itu dan agama Islam di dalam perlembagaan,'' ujarnya.

dipetik dari utusan.com


Satu Idea yang sangat baik dan bernas. Baru depa ada akai lucutkan kerakyatan dan berambus p balik india kaa....china kaa..hongkong ka....pergi laa hidup kat sana. Banyak plak songeh org dah bagi hidup kat malaysia ni wahai bangsa pendatang berambus sahaja kalau tak suka. Bagi org melayu yang bangang duk sokong depa ni p laa ikut dorang tu balik negara dorang pastu tengok laa macamana leh hidup ker tidak????? ada keadilan ker tidak??? ada sama rata ke tidak??? anda akan dibela ke tidak ????? Bang nuar ibrahim try laa ikut duk kat china n india sana dan perjuangkan laa sama rata anda....apa nasib anda????? kalau nik aziz nak ikut pun boleh jugak....

Jadi laa manusia yang tahu bersyukur dengan nikmat yang ada...sempena bulan merdeka ini sama-sama la kita muhasabah diri dan kehidupan ini. Adakah kita ingin menjadi seperti Iraq...ketika zaman pemerintahan Saddam Hussin mereka masih boleh hidup dan sekurang-kurangnya terbela...tiada huru hara..hari ini kita lihat Iraq ?????? gunakan lah akal yang sihat ini untuk menilai. Al-fatihah bagi para pejuang kemerdekaan.


MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!!!!




Share/Bookmark

1 comment:

Pekida Bukit Beruang said...

bangsa kita bangsa bermaruah. Kita bangunkan bangsa kita dengan ilmu supaya ilmu dan agama berjalan seiringan.