Tuesday, December 21, 2010

PENDEKATAN DAP & PAP


Share/Bookmark
Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja.

Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi.

Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat (tapi kat Malaysia Melayu baik hati buka kuota bumiputra bagi kat cina biasiswa walaupun cina tu kaya raya dari melayu yang duk rumah2 flat..Nazri Aziz punya kerja la ni...pastu siap bagi peluang kat Namawee baik betul melayu sorang ni kan??). 

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini  tidak seperti peringkat awal (Nazri Aziz mungkin sesuai jadi menteri melayu singapore sekarang ni kalau dia duduk sana laa...). Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya. 

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. 

Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu......

dipetik rasanya dari utusan malaysia disunting oleh gw

Nak kata tak nampak contoh dah berbagai2 contoh di beri tapi masih tak sedar2 lagi ker orang2 melayu ni....!!!!!!! Semuanya disebabkan kepentingan peribadi...perut sendiri sanggup gadai maruah bangsa dan agama....bukan lah orang Melayu ini benci pada  semua bangsa cina tetapi benci pada Ultra Kiasu  seperti Lim Kit Siang anak beranak dan konco2nya DAP....


Share/Bookmark

Monday, November 29, 2010

Namewee akan jadi lebih besar kepala...


Share/Bookmark Kita merasa amat terkejut, kecewa dan amat marah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menyatakan kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Namewee kerana tidak melakukan sebarang kesalahan kepada kerajaan!
 
Sudah berbulan-bulan dan desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak untuk tindakan ke atas pemuda ini yang celupar dan beraksi 'kurang ajar' menjatuhkan maruah seorang pengetua sekolah dan juga memperlekehkan Kementerian Pelajaran! 

Setelah menunggu sejak sekian lama, ini sahaja jawapan 'terbaik' yang boleh diberi oleh seorang menteri kanan. Amat mengecewakan.!!!

Kita ingin bertanya menteri berkenaan, apakah memperlekehkan Kementerian Pelajaran dan sebelum ini mempermainkan lagu Negaraku, mempersendakan azan Subuh dan sebagainya itu tidak melibatkan kerajaan dan sensitiviti perkauman?

Dengan keputusan kerajaan ini telah menjadikan Namewee dan yang serupa dengannya bertambah besar kepala! Bagi pemuda lulusan Taiwan ini adalah satu kemenangan dan siapa yang berani menyekat kreavitinya? 

Adakah generasi muda yang 'kurang ajar' dan tidak menghormati perasaan kaum lain sebegini yang kita mahu tonjolkan dan pupuk dalam wawasan 1 Malaysia? Apakah keistimewaan pemuda dari Muar ini? Kita berpandangan sebarang keputusan yang dibuat seharusnya berlandaskan fakta kes.
Kita juga kadang-kadang tertanya-tanya jika sekiranya kesalahan ini dilakukan oleh pemuda Melayu, adakah tindakan yang sama akan diambil? Atau pendakwaan akan terus dibuat tanpa memberi peluang memohon ampun dan maaf?

Kita tidak mahu pendakwaan dibuat secara terpilih seperti beberapa isu sebelum ini seperti isu 'kepala lembu' dan berpuluh-puluh laporan polis yang telah dibuat berkenaan mempersendakan Perlembagaan Persekutuan.

Apakah isu yang melibatkan orang Melayu dianggap tidak penting, remeh dan boleh ditangguhkan? Tindakan segera pula perlu diambil jika melibatkan kaum Cina dan India? Kita juga amat menyokong tindakan PERKASA yang membawa isu -isu ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. 

Dengan keputusan kerajaan ini, kita juga tidak mahu akan ada berpuluh-puluh lagi Namewee selepas ini dengan aksi dan kata-kata lucah sesuka mereka sahaja kerana tiada tindakan. Orang Melayu pula akan merasa kecewa dan seolah-olah dipinggirkan. 


 dipetik dari  Utusan Malaysia

Share/Bookmark

Thursday, September 30, 2010

Nasib Melayu Apabila Berniaga Di Suria KLCC


Share/Bookmark
PUTRAJAYA 30 Sept. - Setelah berusaha sedaya upaya mempertahankan haknya menjalankan perniagaan di satu-satunya pusat beli-belah di pusat pentadbiran Persekutuan, Alamanda di sini, akhirnya seorang lagi peniaga tempatan di situ terpaksa mengundurkan diri.
Pemilik butik pakaian Muslimah, Zaida's Collection, Zaida Abd. Aziz, 44, terpaksa menerima hakikat bahawa dia tidak dibenarkan lagi oleh pihak pengurusan Alamanda, Suria KLCC untuk meneruskan perniagaannya.

Zaida berkata, sebenarnya dia telah diarahkan keluar dari premisnya itu pada 18 Ogos lalu lagi disebabkan beberapa alasan yang dianggap tidak munasabah oleh pihak pengurusan Suria KLCC.

Namun setelah enam kali merayu, dia dibenarkan untuk meneruskan perniagaan di situ setakat 29 September sahaja selepas Hari Raya.
"Pihak pengurusan sering memberikan alasan yang tidak munasabah kepada penyewa yang tamat kontrak sehingga menimbulkan masalah untuk memperbaharui kontrak masing-masing apabila harga sewa dinaikkan. 

"Kalau dulu kami membayar RM8,000 sebulan tetapi kini mereka mahu menaikkan sehingga RM16,000 (sebulan) sekiranya mahu memperbaharui kontrak, itu tidak dikira lagi dengan peratus yang akan dibayar kepada pihak pengurusan jika perniagaan mendapat keuntungan lebih," katanya.

sumber utusan...

Apa masalah pengurusan KLCC terhadap peniaga Melayu yang mula berjaya dan maju dalam perniagaan??? Mereka mula menyekat dengan pelbagai alasan supaya para peniaga menjadi serik dan berputus asa. Sebelum ini 2 dari peniaga melayu iaitu Kelantan Delight & Peniaga Levi's Dockers juga dinafikan hak apabila mereka berjaya mengaut keuntungan  didalam perniagaan mereka. Siapa dalang di sebalik perkara ini???? 

Apakah tindakan pihak berkuasa dalam membantu peniaga Melayu dalam masalah  ini.  Takan nak suruh meniaga kat medan mara jerkk kot..sedangkan lebih jauh dari itu org2 melayu mampu...siapa kata melayu malas?? siapa kata melayu tak pandai berniaga ini buktinya bila dah berjaya pihak2 lain mula nak sekat para peniaga melayu. Mungkin banyak lagi yang kita tak tahu sebab tak masuk dalam berita dan sebagainya.....53 tahun telah merdeka dan orang2 Melayu lah yang berjaya memerintah dengan baik....

Nasib Melayu dibumi Melayu moga orang Melayu sedar hakikatnya..... 
 

Share/Bookmark

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Share/Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN BERHATI-HATI DIJALAN RAYA PADA SEMUA.

Limpahan puji kehadirat Allah subhanahu wata'ala Yang Maha Luhur, Yang Maha memiliki kesucian, Yang Maha memuliakan hamba-hambaNya dengan kemuliaan budi pekerti luhur, Yang memuliakan hamba-hambNya dengan cahaya kerinduan kehadiratNya, dan menawarkan kepada setiap hamba bagi yang mau merindukan Sang Maha berhak dirindukan, Allah subhanahu wata'ala, yang dengan merindukanNya maka tenanglah jiwa, terbukalah sedemikian banyak kemudahan dan tersingkirkan sedemikian banyak kesulitan, berjatuhan sedemikian banyak dosa, kesalahan dan kehinaan, yang dengan merindukanNya kita akan dirindukan olehNya.

SEMOGA ORANG MELAYU BERSATU HATI DALAM MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA & HAK  BANGSA DEMI NEGARA TERCINTA INI... SEJAK AKHIR-AKHIR NI RAMAI YANG SEMAKIN BERANI MENGHINA AGAMA & BANGSA YANG TELAH MEMBERI HAK PADA MEREKA UNTUK HIDUP DIBUMI BERTUAH INI.

Share/Bookmark

Monday, August 16, 2010

Cina Tamak


Share/Bookmark Kongres Ekonomi Cina mahu pemilikan ekuiti bumiputera di kurangkan sedikit demi sedikit. Gila ker apa cina kat malaysia ni...tak cukup2  dah korang baham segala kek ekonomi kat  Tanah Melayu ni masih tak cukup??? Mungkin mereka ni nak tengok Melayu merempat minta sedekah baru mereka berpuas hati. Sedangkan hambir 80% ekonomi mereka pegang dan 10 orang jutawan 8 adalah bangsa Cina.

Inilah realiti dan sikap bangsa Cina memang sangat tamak dan sekiranya mereka memerintah melayu akan merempat macam di Singapura. ini kira cina yang berpakat dengan kerajaan sekarang bayangkan kalau DAP lagik macam sampah kita dilayannya. DAP tetap bersikap komunis dari dulu kini dan akan datang.

Perdana Menteri mencadangkan perkongsian perniagaan dan awal2 lagi CHua Soi lek suruh mengikut merit apa maknanya???? mereka bukan ikhlas pun sebenarnya.

Semoga orang Melayu sedar erti perpaduan dan bersatu hati semoga Malaysia Tanah Melayu ini kekal untuk hak milik orang melayu dan semoga kekal kerajaan melayu yang telah beratus tahun memerintah nusantara ini.
Share/Bookmark

Monday, August 9, 2010

Selamat Datang Ramadhan


Share/Bookmark Selamat menyambut ramadhan bagi semua muslimin dan muslimat semoga dengan datangnya ramadhan ini dapat memberi keinsafan dan penyatuan kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu dibumi bertuah Ini. Moga terjalin kasih sayang dan silaturrahim antara sesama muslimin muslimat dan dijauhkan segala sifat2 yang buruk.


Limpahan puji kehadirat Allah subhanahu wata'ala Maha Raja Alam Semesta, Masa Penguasa setiap waktu dan masa, Maha mengusai setiap kejadian, dan semua yang terjadi di alam kehidupan ini, alam yang fana dan alam yang abadi, alam yang abadi menantiku dan menanti kalian untuk mencapainya, untuk mendapatkannya, dengan seruan-seruan kesempurnaan, dari Sang Pembawa kemuliaan di dunia dan akhirat, utusan yang paling di cintai Allah, makhluk yang paling di cintai Allah, Cinta Nya Allah sebagai hamba dan Rasul Nya, yang terbuka dari tuntunannya segala keridhaan Ilahi, Samudera yang Allah ciptakan, menjadi samudera keridhaan Allah, Sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam...

Samudera cahaya kasih sayang Ilahi Sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Samudera Cinta Nya Allah Sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Yang setiap gerak geriknya adalah Ridha Allah subhanahu wata'ala.

Share/Bookmark

Wednesday, July 28, 2010

TONY PHUA


Share/Bookmark
Penangan nasihat dari Tony Phua penasihat  ekonomi DAP Selangor supaya hak Hartanah Melayu di hapuskan atas alasan untuk menarik pelaburan dan supaya adanya persaingan. Sebelum ini juga pernah  ada suara dari syarikat hartanah mereka menyuarakan ketidakpuasan hati tentang diskaun yang diterima oleh bumiputra sedangkan hakikatnya mereka telah mengaut hampir kesemua tetapi masih tidak berpuas hati.

Dalam syarikat2 swasta milik bangsa cina Melayu hanya sebagai Pengerusi itupun sebab untuk mendapatkan  tender-tender kerajaan dan hanya untuk mengaburi dan bermain silap mata dalam dunia perniagaan. Selebihnya adalah bangsa cina dipihak pengurusan tertinggi. Melayu???? jadi kerani atau despacth dan paling tinggi pun executife tahap pekak punya.....nak bagi jawatan-jawatan tinggi pada melayu jangan harap!! Executive melayu yang ada degree pun gaji sama ngan typist bangsa cina yang SPM takat S.A.P tapi pandai menaip dan menggunakan komputer.

Inilah sebenarnya yang DAP inginkan dalam pemerintahan mereka sama rasa sama rata tapi hakikatnya mereka ingin menyekat hak-hak bumiptra. DAP dan PAP adalah sama...matlamat niat dan tindakan adalah sama cuma keadaan sahaja yang berbeza.

Ini juga adalah disebabkan perpecahan yang berlaku pada bangsa Melayu seperti apa yang dikatan oleh Tun Mahathir tidak mustahil kuasa melayu akan hilang disebabkan telah berpecah kepada 3.

Islam tak perlu menanti keredhaan orang kafir untuk bangkit, tapi Islam boleh bangkit dari celah-celah kekufuran dan kemunafikkan InsyaAllah...maka bersatu itu adalah kewajipan.

Share/Bookmark

Tuesday, July 13, 2010

Nazri Aziz Melabelkan Perkasa Sebagai Rasis


Share/Bookmark Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini melabelkan NGO Melayu iaitu Perkasa sebagai rasis. Apa lagi laa masalah menteri ni...dulu beliau pernah melabelkan Tun Mahathir juga sebagai rasis dan dia jugalah yang cukup kuat menghentam Tun Mahathir sewaktu pemerintahan Pak Lah.

Tetapi apabila bangsa lain menubuhkan berbagai pertubuhan untuk menuntut hak yang bukan hak mereka di negara ini tidak pula beliau melabelkan mereka-mereka ini sebagai rasis...pelik betul melayu sorang  ni ?????

Dah la biasiswa JPA beliau yang buka 45% kepada bangsa lain dengan tiba-tiba jerk....bila ada pertubuhan melayu yang cuba bangkit dilabelnya rasis pulak...nak harapkan beliau...ermm harapkan pagar ..pagar makan padi........

Sudahlah Pas terpaksa melacurkan sejarah bangsa demi mencari sesuap nasi dalam politik negara. PKR lagi tak boleh nak harap...dan ditambah pulak oleh  pak menteri yang dalam UMNO ni pun sama nak menyibuk merosakkan org melayu..yang rugi adalah Melayu sendiri.

Agaknya mungkin dah lama sangat menyepi dan takder isu2 hangat...akhbar dan media massa pun tak beri perhatian pada beliau maka kene laa cari strategi nak naikkan nama kembali dengan isu yang nak sakitkan hati melayu.....
Share/Bookmark

Sunday, May 30, 2010

PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG BARU..


Share/Bookmark Mengapa  perlu 40% untuk bukan bumi dalam pembangunan semula Kampung Baru Kuala Lumpur sedangkan dalam mana-mana pembangunan dikawasan bukan bumi tidak pernah dimasukkan kuota untuk bumi dan kalau dimasukkan kuota untuk bumi tetap bumiputera tidak mampu untuk memiliki aset/hartanaha dikawasan tersebut.

Menteri Wilayah menjamin hak melayu takan hilang sedangkan hanya beza 10% sahaja peratusannya melebihi bukan bumi....sampai bilakah jaminan ini???? 10 tahun..50 tahun atau 100 tahun?????

Kampung Baru ini adalah sejarah dan nostalgia bagi org2 melayu mengapa perlu dibuka pada bukan bumi???!!!!! untuk bersaing????? tak cukup lagi kah persaingan mereka pada Tanah Melayu ini????? Gunung telah diambil...tanah tinggi juga telah diambil....tanah lombong mereka telah ambil.....tanah rata lagik la.....

MEB pula tidak menyentuh hak bumi dan ini sangat membimbangkan biasiswa pula telah dibuka 45% untuk bukan bumi....

Sedangkan parti komponen BN masih celaru....Hulu selangor undi dari bangsa cina tersangatlah kurang tetapi mereka tetap dapat bantuan begitu juga di Sibu BN kalah mereka tetap dapat bantuan.....MIC dengan masalahnya..MCA pun begitu...pihak parti pembangkang Cina semakin kukuh....jgn disentuh sikit pun tetang hak mereka kompom  DAP, Gerakan,MCA dan persatuan2 mereka akan dengan lantangnya membantah dan menghukum kerajaan. Begitu juga dengan bangsa India.....

Apapun semoga 1 Malaysia tetap mengutamakan, mementingkan dan menjaga hak orang2 melayu dan bumiputera....kerana ini adalah Tanah Melayu disamping tidak melupakan hak bangsa2 lain di Malaysia ini..!!!
Share/Bookmark

Sunday, March 21, 2010

Tok Guru Pondok Menulis


Share/Bookmark Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.


Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.


Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.


Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.



Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.


Tulisan Haji Abdullah Sa`amah
dipetik dari utusan....di ajust oleh GW




Kerajaan Pas dan Nik Aziz juga menyekat mereka2 yang memberi teguran secara hikmah dalam memberi pandangan dan memberi pendapat  kepada pemerintahan mereka. Mereka mula memberi tekanan dan tidak memberi bantuan seperti yang ditulis oleh Tok Guru Haji Abdullah. Rasanya mereka ni pun zalim jugak...tapi ada hati nak mansuhkan ISA yang kononnya zalim bagi mereka. Kerajaan buat semua zalim tapi mereka buat tak zalim elok laa tu....


Jadi apakah kelebihan mereka yang memerintah kononnya cara islam tetapi tidak boleh ditegur ???? Musyawrah kononnya.....  maka dengan ini sedar lah wahai manusia2 yang dibuai mimpi yang dijanjikan pemerintahan islam kononnya tetapi hampeh !!!! sampaikan Tok Guru Pondok pun dah mula menentang disebabkan dah tak tahan dengan telatah dan lawak dari Tok Guru Pas yang cuba membodohkan rakyat dan umat islam.


Tetapi bagi penyokong2 Pas hanya Tok Guru dia sahaja yang betul Tok Guru lain  semua salah kecuali yang duk ikut Pas aje yang betul......ape-ape ajeee laaa dorang ni.....bila hati dah gelap ini laa jadinya....semoga mereka ini mendapat hidayah dari Yang Maha Esa. Amiinnnnnn...
Share/Bookmark

Tuesday, January 12, 2010

Melancong atau Melencong


Share/Bookmark Berita semalam menyatakan bahawa hampir 39,000 warga india yang datang melawat Malaysia hilang dan tidak dapat dikesan setelah visa mereka tamat.
Sebelum ini isu warga cina pun sama hampir berpuluh ribu yang masuk sampai masa tidak keluar dan hilang. Kemanakah mereka ini semua?????

Belum cerita lagi tentang warga indonesia , mynmar, vietnam burma negro dan macam2 lagik yang masuk tidak mahu keluar atau suka2 dia nak masuk dan keluar dari Malaysia ini. Dia ingat Malaysia ni bapak dia punya!!!!!!

Kebanyakan warga cina menjadi china doll di pusat2 hiburan dan rumah-rumah urut dan tidak kurangnya warga india pun menjadi pelacur2 murahan dan bekerja di restoran-restoran india yang dari luaran nya macam restoran mamak.

Pendatang-pendatang ini lah yang banyak menyusahkan rakyat Malaysia dengan jenayah-jenayah yang mereka lakukan.

Bagi bangsa cina , india dan indonesia setelah beberapa tahun duduk di sini dan mengaut hasil kekayaan Malaysia maka berbondong-bondong lah meraka ke Putrajaya untuk memohon kerakyatan atau memohon penduduk tetap (PR).

Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi perkara ini????? apakah alasan mereka untuk meluluskan permohonan pendatang2 ini????? Kerajaan harus bertegas!!!!!!

Punca utama adalah disebabkan tambang murah yang ditawarkan untuk keluar masuk ke Malaysia hanya dari 0.99 sen sahaja....kemudian ditambah lagik dengan kolej2 swasta yang ntah apa2 kursus ditawarkan untuk belajar disini.....dan ditambah lagi dengan program2 pelancongan tetapi apakah kita perlu menyalahkan perkara ini ??????

Harap pihak kementerian yang terlibat tidak terlalu mudah untuk memberi taraf kerakyatan dan PR kepada mereka2 ini.

Kesannya adalah sangat berbahaya dan rugilah rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu. Apabila mereka2 ini dapat kerakyatan perangai kebanyakan macam Hindraf macam DAP macam celaka lah senang cerita.....duk mintak itu dan mintak ini.....samalah macam paderi India (gambar bawah) yang duk sibuk nak guna kalimah Allah dalam terbitan majalah mereka....





Share/Bookmark

Tuesday, January 5, 2010

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Share/Bookmark Berbalik pada tajuk artikel "apa ada pada nama" yang telah dipos pada disember lepas kebetulan memang ada kaitan dengan isu Kalimah Allah sekarang ini yang sedang hangat diperkatakan dan cuba dipermainkan oleh pihak2 tertentu dan Hakim yang memutuskan keputusan ini adalah hakim yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mencabar kedudukan agama Islam dengan undang-undang sedia ada.

Ada pula orang2 agama yang mengeluarkan kenyataan itu laa ini laa mengatakan kononnya tidak apa mereka menggunakan perkataan Allah sekiranya mereka tidak salah guna. Bangang ke apa mangkuk2 hayun ni?????? Anuar sah2 laa menyokong sebab demi politik jahanam dia......

Hugo Chavez pun nak tukar nama tempat asal air terjun kepada penduduk asal.. bab air terjun pun begitu penting bagi beliau....

Bagi kita disini bab agama dan akidah ada jugak ustaz-ustaz yang bebal ni menyokong.....keluarkan ayat itu laa ini laa...kononya boleh guna....cilaka laa ustaz dan ulamak2 ini!!!!!!!!!

Vatican pun kata Allah dan God adalah berbeza dan tak dibenarkan digunakan dalam bible perkataan Allah. Sila rujuk artikel yang ditulis oleh faisaltehrani di bawah ini .....


Sebenarnya Vatican sendiri menolak pengunaan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan. Pernahkah anda mendengar Pope Benedict (pendita rujukan penganut Katolik sedunia) misalnya menggunakan kalimah ini dalam khutbah atau misa beliau? Ini kerana dalam "Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' telah pun menyatakan Allah dan Tuhan Kristian berbeza.

Konsili Vatican Kedua tersebut menyatakan dengan terang-terang bahawa Allah dalam al-Quran (Islam) berbeza dengan Tuhan yang digambarkan oleh kitab Bible rujukan penganut Kristian. Penyataan Konsili tersebut bermula dengan kata-kata penghormatan buat muslim tetapi menegaskan yang dalil-dalil dari Al-Quran dan Bible tentang 'Tuhan' adalah bertentangan.


Penyataan konsili itu menyebutkan:Ayat dari Bible '2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'Sila rujuk surah Maryam ayat 88 dan 89.


Terdapat banyak ayat-ayat perbandingan lain dari Bible dan Quran lagi dikemukakan dan Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' itu secara tegas menolak penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini kerana Vatican sendiri menyatakan; Allah menurut Islam tidak punya anak. Sedangkan dalam agama Kristian, Allah punya anak (Astaghfirullah).


Oleh kerana Vatican sendiri menolak penggunaan kalimah Allah untuk penyebaran agama Kristian; maka kita tertanya-tanya apakah sebabnya Kristian di Malaysia beria-ia dan bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan dalam akhbar mereka?


Umat Islam dari apa jua parti dan jalur mesti bersatu untuk mendepani 'kekeliruan' yang boleh tercetus akibat dari 'insiden/tuntutan aneh' ini. Sila berhenti menyalahkan satu sama lain dan sila berhenti menunjukkan yang kumpulan atau parti anda lebih (kononnya) terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini. Ulama dan tokoh politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah buat orang Kristian eloklah bertaubat.Kita berharap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan peka dengan isu yang boleh menjadi api dalam sekam ini di tengah-tengah usaha untuk kita memelihara keharmonian bangsa-bangsa Malaysia.



Cilaka lah bagi orang islam yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH ini.


Share/Bookmark