Monday, August 4, 2008

PENYATA REID DAN DERAF PERLEMBAGAAN


Share/Bookmark Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah menyiarkan penyataannya mengenai Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Dengan terbitnya Penyata tersebut, maka sekali lagi suasana politik dalam negeri telah menjadi keruh.

Ahli-ahli UMNO pada umumnya menganggap Penyata Reid itu 'terkeluar daripada cadangan UMNO dan Perikatan'. Pada pandangan ahli-ahli UMNO sekiranya cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid itu diterima sepenuhnya nescaya orang Melayu akan menerima bencana besar. Seorang ahli UMNO mengeluh:
Banyak syor-syor dan tuntutan-tuntutan daripada orang-orang dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang telah dimajukan kepada Suruhanjaya itu yang bercorak mempertahankan hak-jhak Melayu itu nampaknya dikecualikan penyata tersebut, sebaliknya tuntutan orang-orang dan petubuhan-pertubuhan daripada bangsa yang bukan Melayu yang telah menuntut persamaan hak dengan orang-orang Melayu itu telah mendapat layanan dalam penyata itu. (6)

Bagi menjamin keselamatan orang Melayu selepas merdeka, UMNO negeri Johor mencadangkan agar Majlis Teringgi UMNO memasukkan dalam Perlembagaan bahawa Perdana Menteri mestilah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Perasaan tidak puashati ahli UMNO terhadap Penyata Reid telah diluah dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 28 Mac 1957. Sekali lagi Tunku terpaksa membuat kenyataan bagi meyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa syor Perlembagaan itu hanyalah cadangan jua dan akan disemak serta dipinda supaya bersesuaian dengan kehendak rakyat negeri ini khasnya orang Melayu. Malah beliau memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada tuntutan-tuntutannya yang asal. Jaminan itu perlu kerana Parti pembangkang Melayu khususnya Parti Negara dan PAS telah menggunakan penyata dan syor perlembagaan Reid untuk menumbangkan UMNO dengan jalan mempengaruhi rakyat - rakyat Melayu kononnya orang-orang Melayu akan lenyap dan hapus dari bumi Tanah Melayu jika syor Perlembagaan dalam Penyataan itu diterima.

Jawatankuasa Siasah UMNO telah menyemak dan mengkaji segala fikiran dan pendapat daripada ahli-ahli dan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO sebelum kemudian di bawa ke dalam Jawatankuasa Sementara Politik Perikatan (Alliance Ad Hoc Political Committee).
Jawatan kuasa Sementara Politik Perikatan telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 18 Mac 1957. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Abdul Razak. Beliau mengingatkan ahli Jawatankuasa bahawa cadangan Perikatan adalah yang terbaik dan diterima oleh majoriti rakyat. Malangnya syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya telah menyimpan jauh daripada cadangan Perikatan. Terdapat empat isu penting dalam memorandum tersebut iaitu: kerakyatan, bahasa, agama dan hak keistimewaan orang Melayu. Perkara-perkara tersebut, pada pandangan Razak, tidak seharusnya diputuskan oleh pakar-pakar asing tetapi hendaklah diputus dari sudut politik. Seterusnya Razak memaklumkan kepada Majlis bahawa oleh kerana Suruhanjaya Reid telah menyeleweng jauh daripada cadangan Perikatan terhadap perkara-perkara penting itu, sesetengah ahli-ahli UMNO telah mengkritik dengan tajam pemimpin-pemimpin UMNO. Keadaan tersebut telah meletakkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kesulitan. Apabila pemimpin-pemimpin UMNO bersetuju untuk menerima cadangan Perikatan, mereka percaya bahawa cadangan itu akan diterima oleh rakyat. Justeru itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak merujuk soal itu kepada Persidangan UMNO.

Tan Siew Sin memberi jaminan kepada Razak bahawa MCA akan berpegang kepada keputusan asalnya. Kenyataan Tan Siew Sin itu disokong oleh Ramanathan, wakil MIC. Melihat kepada sokongan padu itu, Razak merumuskan bahawa UMNO, MCA dan MIC sebulat suara menyokong cadangan asal Perikatan. Beliau juga mengingatkan bahawa sehubung dengan perkara-perkara yang kontroversi, Jawatankuasa hendaklah memikir apa yang sangat diterima oleh negeri secara keseluruhan dan bukan apa yang ideal. Bagi mengelakkan ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya daripada terpengaruh dan terkeliru oleh dakyah-dakyah lawan, UMNO telah mengadakan Perhimpinan Agung pada 28 Mac 1957 di Kuala Lumpur untuk menerangkan perkembangan dalam rundingan Jawatankuasa Kerja dan pendirian UMNO terhadap Penyata Reid. Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada tuntutan UMNO. Cadangan Reid itu akan disemak serta dipinda supaya bersesesuaian dengan kehendak rakyat.

Sementara itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga telah mengeluarkan peringatan kepada semua ketua dan setiausaha Negeri dan Bahagian UMNO supaya tidak mengeluarkan kenyataan secara persendirian dalam surat khabar atau mengadakan mesyuarat-mesyuarat tergempar dan menerbitkan ketetapan yang keras berhubung dengan penyata tersebut. Pada pandangan Majlis Kerja Tertinggi 'perbuatan yang terburu-buru. akan mengelirukan dan memecahbelahkan ahli-ahli kita dan orang ramai dan juga memberi peluang dan modal kepada parti-parti lawan kita'.(7) Majlis Tertinggi juga menyeru ahli-ahli UMNO supaya memberikan sokongan 'yang tegap dan fikiran serta pendapat yang sihat di dalam masa kita memperjuangkan kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan kita itu'.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa kecil Politik Perikatan pada 3 April 1957, Razak telah membentangkan keputusan mesyuarat Agung UMNO tentang Penyata Reid dan memberi jaminan bahawa UMNO akan berpegang kepada Memorandum Perikatan.(8) Jawatankuasa itu membincangkan pelbagai perkara yang masih belum selesai seperti soal jawatan Gabenor, Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Razak mencadangkan dua priviso perlu dimasukkan dalam Fasal 8 yang mengsyaratkan pemegang jawatan itu mesti rakyat negara ini. Berkaitan dengan itu juga, Razak menarik perhatian mesyuarat tentang jawatan Menteri Besar. Mengikut perlembagaan yang sedia ada seseorang Menteri Besar itu mestilah beragama Islam dan berbangsa Melayu. Melihat kepada jumlah dan komposisi penduduk di sesetengah negeri, berkemungkinan besar pada masa hadapan jawatan itu akan diisi oleh seorang yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam kiranya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan. Oleh kerana itu, Razak berpendapat proviso mesti dimasukkan bagi membolehkan Raja menggunakan kuasanya dalam perkara itu.

Jawatankuasa itu juga membincang tentang kedudukan istimewa orang Melayu. Razak mendapati bahawa Fasal 153 yang dicadangkan oleh Penyata Reid menepati kehendak Memorandum Perikatan. Razak menegaskan bahawa 'We have agreed to give the Malays reasonable openings in the economic and commercial fields but, in doing so, we should not cause hardship to or diminish the rights or opportunities or interests of the other races'.9

Sehubung hal ini, Dr. Ismail meminta MCA dan MIC menyokong tuntutan kedudukan istimewa orang Melayu dan Agama Islam bagi mengelak parti-parti pembangkang Melayu daripada mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Melayu bahawa kaum bukan Melayu menentang pemberian kedudukan istimewa tersebut. Sungguhpun bersetuju dengan provisi itu, Tan Siew Sin mencadangkan supaya provisi itu dideraf dengan teliti bagi menjaminkan kedudukan orang bukan Melayu tidak akan terjejas terutama sekali kiranya parti pembangkang Melayu yang memerintah.

Unless the provisions to be inserted in the constitution are carefully drafted, they can be interpreted to the disadvantage of non-Malays by another party in power, say under Onn or Burhanuddin or Boestaman. There would be nothing to stop such a party from saying that in future half of any trade or industry should be given to Malays, and this could go on ad infinitum. There is a real fear among the non-Malays.(10)

Menjawab kebimbangan Tan Siew Sin, Dr. Ismail mengingatkan bahawa Perikatan pada prinsipnya telah bersetuju bahawa orang-orang Melayu hanya diberikan kuota dalam bidang yang terhad sahaja, seperti perniagaan. Tetapi, dalam bidang yang tidak terhad, orang Melayu tidak perlu diberikan kuota. Tegas Dr. Ismail lagi: 'that existing licences should remain untouched, but in future licensing, the Malays should be given a certain percentage'. (11) Tambahnya lagi:
It is felt that here is one aspect of business in which the Malays stand a reasonable chance of success, but it is not intended that the grant of licences to Malays should redound to the disadvantage of existing licence holders'. (12)
Tan Siew Sin menganggap Penyata Reid mengenai Fasal 153 adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan. Disebut dalam memorandum itu bahawa kepentingan, hak dan peluang yang sah kaum bukan Melayu tidak akan diganggu ataupun disekat. Kaum bukan Melayu menginsafi bahawa orang Melayu mesti dibantu dalam bidang ekonomi, tetapi dengan jaminan bahawa kepentingan mereka akan selamat.

Merumus perbahasan itu, Razak berpendapat bahawa provisi itu mesti dimasukkan dalam Perlembagaan untuk membantu orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan kaum lain. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuashati dengan perkara itu mereka boleh membawanya ke mahkamah.(13)
Deraf Fasal 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu telah dibahas pada mesyuarat Jawatankuasa pada 29 April 1957. Dalam membentang deraf terbaharunya mengenai perkara itu, Razak menjelaskan:
The Alliance recommendations can be divided into two parts:
Part 1 says the Alliance agrees that the special privileges and rights at present accorded to Malays should be continued, and Part 2 deals with the question of these privileges and rights in the future.

His interpretation of the intention of the Alliance is that no person should be deprived of his existing rights solely for the purpose of reserving rights for the Malays. It is on this interpretation that the Attorney-General has redrafted the section of the draft Constitution.(14)

Tan Siew Sin bagaimanapun menegur bahawa deraf itu tidak mengambilkira dua pandangan yang dibangkitkan, iaitu jaminan bahawa hak kepentingan kaum bukan Melayu akan terus terpelihara walaupun kerajaan berubah ganti, dan juga jaminan kiranya orang Melayu tidak dapat memenuhi kuota yang disediakan, kuota itu akan dibuka kepada orang bukan Melayu agar kemajuan ekonomi tidak terjejas akibat daripadanya.

Selepas berbincang lanjut, Jawatankuasa kecil Politik bersetuju dengan cadangan untuk memasukkan satu provisi baru dalam deraf perlembagaan terbaharu yang berbunyi seperti berikut:
Nothing in this Article shall empower Parliament to restrict or control any trade or business just for the sake of creating quotas for Malays.(15)

Jawatankuasa juga bersetuju untuk memasuk dalam laporan rasmi Working Party bahawa bahawa 'the Malays themselves would want to remove from the Constitution the slight implied in the protective clause under the heading of Special Position of the Malays’.(16)

Jawatankuasa itu juga berbincang mengenai kedudukan bahasa Inggeris. Sehubung hal ini, Tan Siew Sin nampaknya tidak berpuashati dengan cadangan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam tempoh 10 tahun. 'if the Alliance is serious about doing away with English in 10 years, it is best not to waste the time of children now studying English in primary schools’, tegasnya.(17)
Dr. Ismail menasihat Tan Siew Sin supaya bersikap pratikal dan realistik. Di India, katanya, penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan melebihi hak yang ditetapkan oleh Perlembagaan.(18)

Razak bagaimanapun mengingatkan bahawa Perikatan telah menerima cadangan Penyata Reid untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pada 4 Mei 1957, laporan Mesyuarat Jawatankuasa Politik Perikatan telah dibentang di Majlis Kebangsaan Perikatan di ibu Pejabat MCA yang dipengerusikan oleh Tunku. Tunku menganggap mesyuarat itu sebagai 'the most important meeting in our history'.19

Tunku mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Politik yang dipengerusikan oleh Razak sehingga berjaya menghasilkan satu kompromi tentang peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan. Beliau memberi jaminan bahawa mana-mana bahagian dalam perlembagaan itu masih boleh dipinda pada masa depan atas semangat bertolak ansur. Beliau berbangga dengan pendirian tegas MCA dan MIC dalam menghadapi tekanan kaum masing-masing.

Members of the Alliance may have differences of opinion and even quarrels, but when faced by an enemy, they have always stood, and will always stand, united for the sake of the country. The future of independent Malaya lies in oiur hands. I pray that God will give us life and strength, so that we will do our duty for many more generations to come.(20)

Sebagai pengerusi Jawatankuasa kecil politik Perikatan, Razak telah membentangkan laporan cadangannya yang meliputi isu kerakyatan, bahasa, agama dan hak istimewa orang Melayu. Selepas menjelaskan secara mendalam beberapa aspek daripada Penyata Reid dan cadangan balas Jawatankuasa, Majlis Kebangsaan telah menerima cadangan tersebut untuk dikemukakan kepada Kerajaan British.

Sementara itu satu perhimpunan telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957 yang ditaja oleh ahli-ahli UMNO yang tidak puas hati untuk membincangkan laporan deraf Perlembagaan. Turut terlibat dalam perhimpunan itu yang dikenali sebagai Kongres Melayu 1957 itu ialah PAS, Parti Negara dan Parti Rakyat. Perhimpunan itu telah mengemukakan beberapa tuntutan, diantaranya menuntut supaya syarat-syarat pemberian kerakyatan diperketatkan, menolak kerakyatan komonwel dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perhimpunan itu juga mendesak agar agama Islam bukan hanya diisytihar sebagai agama rasmi tetapi juga sebagai asas pemerintahan negara. Memorandum Kongres itu telah dikemukakan kepada Tunku untuk dijadikan pedoman semasa berunding dengan Kerajaan British, tetapi telah ditolak.

Kelompok bukan Melayu diluar MCA turut mengemukakan bantahan. Kumpulan-kumpulan seperti The Pan-Malayan Federation of Chinese Association, Federation of Chinese Guilds and Association (FCGA), United Chinese School Teachers Association (UCSTA) dan All-Malaya Chinese Schools Management Association (AMCSMA) membuat memorandum berasingan dan telah menghantar rombongan merundingkan kemerdekaan. The Pan-Malayan Federation of Chinese Associations di bawah Lau Pak-Khuan, Tan Kee Gak dan Yap Mau Tatt umpamanya menuntut kerajaan British menerima prinsip jus soli untuk kewarganegaraan. Mereka juga menuntut agar kedudukan Istimewa Orang Melayu dihapuskan. Pada pandangan mereka:
It is submitted that to enshrine in the constitution, even for a limited period of time, all the special privileges at present enjoyed by the Malays will have the effect of relegating the non-Malays to the position of second-class citizens. Inequalities arising from poverty, malnutrition and ignorance undoubtedly exist, but these are not confined to Malays, and are, in the submission of the Delegations, matters to be remedied by social policy, rather than by according special privileges to any particular community.(21)

Atas hujah itu mereka mendesak supaya 'all nationals should be accorded equal rights, privileges and opportunities, and there must not be discrimination on grounds of race or creed.'(22)

Mereka juga mendesak supaya bahasa Cina, Tamil dan Inggeris diiktiraf sebagai rasmi selain bahasa Melayu. Desakan itu dibuat atas alasan bahawa ' in modern Malaya, where Malay speaking peoples constitute no more than half the total population, it would be quite incongruous to make Malay the official language for all'.23 Tambahnya lagi:
The Delegations respectfully submit that the attempt to impose one language on the whole community as its official language cannot help but be a potential sourse of trouble for the future'.(24)


*Kertas kerja ini disampaikan sewaktu Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin, anjuran Kumpulan Prihatin & ABIM pada (Sabtu) 12 Julai 2008 di Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya.


Share/Bookmark

No comments: