Sunday, September 14, 2008

Muhyiddin atau Zaid perlu berundur dari kabinet


Share/Bookmark Jika kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin yang mahu pelan peralihan kuasa disegera boleh membawa kepada desakan agar beliau berundur daripada jawatan kabinet, bagaimana pula dengan kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang pertikai keputusan kabinet sendiri. “Jika Muhyiddin tidak bersetuju dengan dasar Perdana Menteri, beliau perlu meletakkan jawatan," demikian kenyataan yang dibuat oleh Zaid ketika menjelaskan kenyataanya mengenai kedudukan Muhyiddin yang mahu Abdullah mempercepatkan proses peralihan kuasa.

Namun Muhyiddin dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan, kenyataan beliau adalah pandangan ramai ahli UMNO dan harapan parti-parti komponen Barisan Nasional. Bagi beliau, tanggungjawabnya hanya menyampaikan pandangan tersebut dengan berani dan bertanggungjawab.

Berdasarkan dua senario ini, jika memberikan kenyataan berhubung sesuatu yang bukan merupakan dasar kerajaan iaitu peralihan kuasa, Muhyiddin digesa berundur, apakah Zaid yang mempertikaikan keputusan kerajaan menggunakan ISA merupakan sesuatu yang dibenarkan dan Zaid boleh terus berada di dalam kabinet. Kedua-duanya ada alasan yang cukup kukuh.

Bagi Muhyiddin kenyataan beliau adalah untuk menyelamatkan parti manakala Zaid pula tidak mahu ISA terus menjadi isu yang boleh meningkatkan tentangan masyarakat kepada kerajaan. Namun mengukur mana yang lebih berat, Muhyiddin bercakap sesuatu yang berbentuk politik tetapi Zaid pertikai keputusan kerajaan yang beliau sendiri adalah anggotanya. – 14/9/2008

dipetik dari agendadaily.com
Share/Bookmark

No comments: