Tuesday, September 2, 2008
Aktivis Pertikai Kuasa Mahkamah Syariah: Dalang Sebenar Forum Peluk Islam
Aktivis Pertikai Kuasa Mahkamah Syariah: Dalang Sebenar Forum Peluk Islam
Artikel ini ditulis khas buat semua pembaca. Tujuan artikel ini adalah bagi menyalurkan maklumat dan menyedarkan kita semua tentang siapa individu atau dalang di sebalik keceluparan mempertikai kuasa Mahkamah Syariah apabila melibatkan kepentingan dan kedaulatan Islam.Isu Forum Peluk Islam dan Subashini & Shamala Revisited telah menyentak ramai pihak. Ramai tertanya-tanya tentang apa sebenarnya motif utama forum sensitif ini dibuat secara terbuka. Siapa aktivis yang mempertikai segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah sehinggakan Majlis Peguam merasakan perlu diadakan forum ini.
Siapakah suara pendesak yang begitu lantang sehinggakan Majlis Peguam begitu ego untuk meneruskan juga forum walhal dibantah sebegitu ramai umat Islam?Majoritinya adalah aktivis PKR & DAP. Majlis Peguam yang didominasi oleh aktivis PKR/DAP/HINDRAF dalam menganjurkan forum yang membincangkan isu yang sensitif. Isu ini bukannya isu baru, tetapi sudah lama dan ditimbulkan kerana ketidakstabilan politik di negara kita.
Tengok siapa individu dan parti mana di sebalik aktivis ini?Berikut saya nyatakan segala bukti dan fakta yang bakal menyedarkan semua yang hanya tahu menyokong berdasarkan politik persepsi.
Anne James pertikai keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes S Shamala, Lina Joy, M Moorthy and R Subashini
http://www.malaysiakini.com/letters/65845
Siapa Anne James?
http://www.sivarasa4subang.com/site/archives/68
Anne James ialah isteri kepada YB R Sivarasa. Siapa Sivarasa dalam PKR? MP & Peguam.
Peter Ooi pertikai keputusan Mahkamah Syariah kes Subashini.
http://www.malaysiakini.com/letters/65541
Siapa Peter Ooi?
http://pakguard84.wordpress.com/ http://malaysiangate.blogspot.com/2008/06/gerakan-too-wanted-to-leave-once.html
Peter Ooi ialah aktivis DAP/PKR/HINDRAF.
Norman Fernandez mempertikai keputusan Mahkamah Syariah http://www.malaysiakini.com/letters/65284
Siapa Norman Fernandez?
http://normanfernandez.blogspot.com/
Norman Fernandez ialah seorang peguam & Naib Pengerusi DAP Johor & calon DAP DUN Stulang 2004.
Bukalah minda dan hati anda. Jangan tertipu dengan laungan Ketuanan Rakyat (baca Malaysian Malaysia) yang Pakatan Rakyat dan mereka-mereka ini laungkan.
Pakatan Rakyat hanyalah platform bagi pihak tidak bertanggungjawab ini melaksanakan agenda tersembunyi mereka. Mereka menjadi MP yang mempunyai kuasa menggubal dan mengubah landskap politik dan kedudukan Islam.Tiada guna jika majoriti dalam negara tapi kuasa menggubal di Parlimen dikuasai mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. War-warkanlah kepada rakan kita semua agar berhati-hati dengan taktik licik mereka-mereka ini.
Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Kepada rakan yang sudah tahu kebenaran, sebarkanlah pada rakan agar kepentingan Islam tidak diinjak-injak oleh pihak yang berselindung di sebalik Pakatan Rakyat.
dipetik dari mykmu.net
by
PsyTroopers
kembarapolitik@yahoo.com
Aktivis Pertikai Kuasa Mahkamah Syariah: Dalang Sebenar Forum Peluk Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Anwar dan orang-orang kelilingnya masing-masing mempunyai cita-cita politik. Mereka saling memperkudakan antara satu sama lain. Anwar bukan setakat sanggup menggadaikan apa sahaja malah status agama Islam di negara ini akan disamaratakan asalkan niatnya untuk merampas kuasa tercapai. Mengapa PM terlalu lembik, tindakan anwar dalam tempoh kebelakangan i ni nampaknya jelas bertujuan menyebabkan politik tidak stabil dan ekonomi menjadi tidak menentu. Kenapa orang yang secara terang kelihatan berusaha mengujudkan ketidaksta bilan dinegara ini dibiarkan, mengapa ISA tidak digunakan, Pak Lah Takut? atau merasakan dirinya sangat popuolar? atau dia mengharapkan wan aziziah akan datang buat kali ketiga berjumpa dengannya lagi? Susah negar ini, jika pemimpinnya lembik....susuah...
Jangan ambil hak orang lain :-)
Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
The article forget to mention that people from IKIM and other pro-syariah were invited and accepted. Last minute ask to be excluded out because of intimidation. I find this article one sided, as mykmu.net is inherently pro UMNO. They also forget to mention that the MSM potrayed PKR and PAS as the major sabateour and many report did not mention UMNO and UMNO linked Pekida.
If you think you are right, why are you so afraid to debate it? Unless what you did was wrong. This is the exact situation in Malaysia. They use the one-sided and biased law to push through for the benefit of the one religion without having to justify. They knew what happen was wrong and can not be defended in a public forum. So, whenever there is a public forum, rather than defending their action with facts and figures (which they can not), they incite religiuous and racial haterous. This article is written with the same purpose. The writer of this article (his brain must be in his back side) has no clue of what he has written. All he wanted is that some guys to read this and run amok without having to think.
Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.
----------------------------------
Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.
Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.
Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keagamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.
Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.
Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seagama sendiri.
Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.
Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.
Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada agama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keagamaan yang dikutbahkan.
Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Agama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.
Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.
Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?
http://patek1472.wordpress.com
Buat semua rakyat Malaysia,
Mulai hari ini sehingga menjelang 16 September, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-45 marilah beramai-ramai kibarkan bendera Malaysia.
Jika sepanjang sambutan 51 tahun Malaya Merdeka yang lalu anda terlupa mengibarkan bendera, apa salahnya kita mulakan sekarang gerakan kempen kibarkan bendera menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-45 ini.
Terima kasih
Post a Comment