Monday, September 22, 2008
Dunia Islam 'bersedih' di bulan Ramadan
Dunia Islam 'bersedih' di bulan Ramadan
RAMADAN tidak mengecualikan dunia Islam daripada terus diselubungi pelbagai peristiwa suka dan duka.Pakistan memulakan lembaran baru Ramadan ini dengan kemenangan Asif Ali Zardari, suami bekas Perdana Menteri Allahyarham Benazir Bhutto, pada pilihan raya Presiden negara itu pada hari keenam Ramadan.
Pengerusi bersama Parti Rakyat Pakistan (PPP) itu menggantikan Pervez yang meletakkan jawatan berikutan tekanan berterusan daripada pembangkang.
Tragedi menyayat hati sepanjang Ramadan ini ialah 23 penduduk Islam fakir miskin di Jawa Timur terbunuh, ketika berasak-asak untuk menerima bantuan zakat daripada seorang jutawan Islam di bandar Purworejo, Pasuruan pada hari ke-15 Ramadan.
Lebih menyedihkan alah kebanyakan yang terbunuh adalah kaum wanita dan orang tua. Di Islamabad pula, tindakan tidak bertanggungjawab seorang yang tidak dikenali meletupkan sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan telah menyebabkan 60 orang terkorban, manakala 200 yang lain cedera.
Selatan Thailand pula terus bergolak dan penduduk Islam di situ bermandi darah hampir se- tiap hari akibat serangan bersenjata, yang kononnya dilakukan oleh pejuang pemisah Islam di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Di Filipina, pejuang pemisah Islam yang dipimpin oleh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) terpaksa meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah di selatan Filipina, setelah kerajaan Filipina enggan menandatangani perjanjian damai atas alasan pejuang Islam terus mengangkat senjata dan membunuh penduduk Kristian di wilayah itu.
Bumi Iraq dan Afghanistan pula terus dihujani dengan serangan oleh tentera perikatan atas tiket memerangi keganasan, manakala rejim zionis terus menindas penduduk Islam Palestin.
Protes dan bantahan turut berlaku di sini-sana, termasuk di Srinagar, India, apabila penduduk Kashmir kembali melancarkan tunjuk perasaan bagi menuntut New Delhi memberi kemerdekaan kepada wilayah di banjaran Himalaya itu.
Setakat ini, 37 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi cedera apabila tentera India melancarkan gerakan mematahkan tunjuk perasaan yang tercetus di wilayah itu sejak bulan lalu. Tunjuk perasaan itu memuncak selepas kerajaan India memberi tanah kepada penganut Hindu yang berulang-alik ke Kashmir.
Di Amerika Syarikat, 80 pekerja Islam sebuah kilang daging di Ohama, Nebraska dipecat pada Jumaat lepas kerana membantah tindakan majikan enggan memberi waktu rehat kepada mereka untuk bersolat selepas berbuka puasa.
Boleh dikatakan umat Islam di serata pelosok bumi terus dibelenggu dengan pelbagai masalah, krisis dan konflik.
Di Malaysia umat Islam cuba di hina dengan pelbagai cara oleh pihak-pihak yang begitu tidak senang dengan bangsa Melayu dan Islam mutakhir ini tapi yang peliknya orang Islam sendiri yang membela penghina-penghina ini yang menghina agama mereka sendiri. Tidak pasti apa yang diperjuangkan oleh mereka ini atas nama Islam atau adakah demi untuk mendapat kuasa sahaja ????? sedangkan mereka itu pun terpinggir dan dipinggirkan oleh pihak-pihak tertentu.
Diharapkan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi akan membawa sinar baru bagi dunia Islam dan masyarakatnya, Insya Allah.
Dunia Islam 'bersedih' di bulan Ramadan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Insya-Allah.
Post a Comment