Sunday, September 7, 2008

Demo pertahan Islam: PKR ambil tindakan ke atas Zul Nordin?


Share/Bookmark September 8, 2008

“Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian,”. Itulah pendirian Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin setelah menerima notis Parti Keadilan Rakyat (PKR) memintanya memberi tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya dalam isu bantahan forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

Sekadar catatan, Zulkifli adalah Ahli Parlimen yang bertanding menggunakan lambang PKR tetapi daripada segi keanggotaan parti, beliau adalah ahli PAS. Tindakan beliau mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos selain dipertikai pucuk pimpinan PKR turut dikritik sekutu parti itu, DAP.

Menerusi blognya, Zulkifli berkata, kesalahan yang beliau didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang. “Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. “Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept,” katanya lagi.

Menurut Zulkifli, biarlah beliau rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi. Beliau yang akan berdepan dengan Jawatankuasa PKR seperti dijadualkan pada 9 September nanti yakin yang hak tetap akan dilindungi Allah. Apa juga tindakan terhadap peguam ini pasti memberi kesan kepada PKR. Sama ada berat atau ringan, PKR pastinya mahu menjaga hati DAP yang turut mahu ahli parlimen tersebut dikenakan tindakan kerana bantahan terhadap forum tersebut.

Sanggupkah PKR mengorbankan kesetiaan Zulkilfli dalam isu ini. Mahu atau tidak, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya tidak mahu kehilangan satu kerusi parlimen yang boleh merencatkan perancangan 16 Septembernya. - 7/9/2008

Dipetik dari agendadaily.com

Share/Bookmark

2 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

kita lihat sejauh manakah PKR ikhlas dalam perjuangannya..Anwar tidak akan mampu mengawal kelainan ideologi yang terdapat dalam pakatan rakyat.

gagasan_warisan said...

PKR memang tidak ikhlas dalam perjuangan untuk bangsa melayu