Monday, September 15, 2008
Jangan beri ruang AS campur tangan politik Malaysia
Jangan beri ruang AS campur tangan politik Malaysia
KITA semua bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim bahawa tindakan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memanggil wakil Kedutaan Malaysia di Washington kelmarin bukan perkara yang menghairankan.Sememangnya sikap AS begitu. Keprihatinan kuasa besar itu terhadap perkembangan di negara-negara kecil amat keterlaluan, kononnya atas nama hak asasi manusia.Terbaru AS mempersoalkan keputusan kerajaan Malaysia menahan tiga rakyat negara ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Seperti yang ditegaskan oleh Rais, AS sepatutnya cermin wajah negara itu terlebih dahulu terutama apabila ingin menyentuh tentang undang-undang yang dilaksanakan oleh sesebuah negara - ISA dalam konteks Malaysia.Dunia amat arif tentang Teluk Guantanamo yang menjadi pusat untuk AS menahan dan menyeksa sesiapa sahaja yang boleh menimbulkan syak wasangka kepada negara berkenaan.
Bertahun-tahun di dalam tahanan belum tentu mewajarkan seseorang tahanan dihadapkan ke muka pengadilan. Pelbagai bentuk seksaan baik berupa fizikal mahupun mental dikenakan ke atas tahanan kononnya untuk mendapatkan maklumat kadang-kadang bagi kesalahan yang tidak dilakukan oleh tahanan berkenaan.
Oleh itu apa sangat ISA jika hendak dibandingkan dengan seksaan serta tekanan yang dihadapi tahanan-tahanan di Teluk Guantanamo termasuk yang beragama Islam dan diperlakukan umpama binatang.Malaysia mesti berpegang kepada pendirian bahawa negara ini dibentuk menggunakan acuan sendiri tanpa perlu tunduk kepada negara luar biarpun mereka adalah kuasa besar.
Jika ISA diyakini sebagai mekanisme terbaik untuk memelihara keamanan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum maka gunakanlah akta tersebut biar pun AS tidak menyenanginya.Hanya kita yang benar-benar memahami rencam serta kerenah rakyat pelbagai kaum di negara ini, justeru kitalah yang mencorakkan kerencaman itu supaya menjadi sekata tanpa perlu kepada campur tangan asing.
Hakikatnya, maruah negara bangsa terletak di tangan rakyat Malaysia dan campur tangan politik oleh AS kononnya atas nama hak asasi manusia mesti ditolak sekeras-kerasnya.Kita tidak mahu orang luar apatah lagi yang berselindung atas nama kuasa besar campur tangan hal ehwal dalaman negara kita. Kesilapan memberi ruang biarpun sedikit kepada AS atau mana-mana negara sekalipun untuk 'mengusik' hal ehwal politik dalaman kita hanya akan mengundang padah.
Rakyat Malaysia walaupun dikatakan berada dalam keadaan politik yang agak kurang stabil tidak berupaya dijajah lagi.Kemerdekaan yang dikecapi selama 51 tahun mesti dipelihara dan segala urusan berkaitan maruah serta kedaulatan negara mesti diselesaikan oleh kita sendiri.
Biarpun ada cubaan pihak tertentu untuk 'mendewakan' AS, namun penolakan secara jitu di kalangan semua rakyat terhadap campur tangan AS mampu menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat.
Jangan beri ruang AS campur tangan politik Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tolak 100% campur tangan kuasa asing lebih2 lagi US.
Kita uruskan hal ehwal rumah tangga kita dah lah :-)
Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Salam.
Mohon kebenaran saudara untuk saya link blog saudara di blog saya (dah link :)dah pun).
http://kembarapolitik.blogspot.com/
Silakan tuan kembara sama2 kita berkongsi
Post a Comment