Sunday, August 10, 2008
Kekalkan Kemerdekaan Dengan Bersifat Membina Bukan Menghancurkan
Kekalkan Kemerdekaan Dengan Bersifat Membina Bukan Menghancurkan
Alhamdulillah, orang Islam di Malaysia bersyukur kepada Allah kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa pembantahan Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 didakwa tercetus oleh salah faham dimana orang Cina berkumpul dan fitnah tersebar dengan luas mengatakan orang Cina mahu menyerang orang Melayu.Peristiwa sama mungkin berlaku jika bukan kerana PDRM menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menasihatkan Majlis Peguam membatalkan Forum Memeluk Islam. Ini kerana jika orang Melayu berkumpul dan jika ada sedikit kekasaran antara kaum, khabar angin akan cepat tersebar mengatakan India, Melayu dan Cina bergaduh, persis peristiwa Jalan Klang Lama 10 tahun nan lalu.
Tahniah pada PDRM dan kepada Majlis Peguam, jangan diuji perpaduan Islam. Mungkin anda tidak takut, anda tidak rugi, tetapi percayalah, jika rusuhan kaum berlaku di Malaysia kerana segelintir manusia yang mahukan “kebebasan”, maka kita semua umpama yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.
Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia, muhasabahlah diri. Apakah kebebasan yang mahu kita, rakyat Malaysia kecapi? Tidak cukup bebaskah rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian? Mana tempat di Malaysia yang rakyat Malaysia tidak boleh pergi? Atau ada sekatan waktu untuk masuk ke Bandar Kuala Lumpur mengikut warna kulit ataupun warna plet kenderaan? Adakah kita ditangkap seperti di Singapura dan Indonesia(Zaman Suharto) apabila mencerca pemimpin dengan pelbagai gelaran termasuk Maha Firaun, Kafir, Zalim, Kronisme, Nepotisme, Bodohlah, Pembunuh, C4, Altantuya dan sebagainya? YA! Kita sudah merdeka! Kemerdekaan pada kita sudah mencapai setengah abad, namun, mengekalkan lebih sukar dari mencapai kemerdekaan!!
Selepas PRU 12 lepas, Malaysia semakin hilang arah, hilang pedoman dan semua Parti Politik mempunyai krisis. Samada UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR, PAS, sehinggalah kepada Gerakan, PPP, malah Parti Komponen yang lebih kecil semua tidak terlepas dalam menghadapi krisis. Kenapakah ini terjadi? Adakah tiang utama yang menunjang Malaysia sudah goyang sehingga mengakibatkan seluruh struktur dan sistem kehidupan Malaysia goyah?
Malangnya, pada saat yang amat sukar ini, masih ada golongan yang mementingkan diri cuba menangguk di air yang keruh. Mereka cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan dan kepincangan Malaysia kita masakini. YA! Mereka juga rakyat Malaysia tetapi mereka bersifat “destructive” atau memusnahkan. Di mana di saat ini setiap rakyat Malaysia yang sayang pada Negara Malaysia wajar bersifat “constructive” atau membina.
Tidak cukup dengan sindrom dan permasalahan kuasa tertinggi di Malaysia, jawatan sehingga kepada Ketua Cawangan UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA, MIC juga berjangkit dengan sindrom jangan bertanding. Sindrom serah kuasa ikut suka hati sendiri. Sindrom melantik anak menantu sendiri mengikut kelayakan. Sindrom demokrasi terpimpin. Sindrom orang lain salah, diri sendiri betul dan sempurna. Sindrom skandal dan seks. Sindrom taksub kepada pemimpin “politik”. Sindrom blog ikut suka rasa, kepentingan, kesukaan dan emosi.
Sindrom terbalikkan bendera. Sindrom gila kuasa, sindrom baru dapat kuasa, sindrom menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan dan pelbagai lagi. Sindrom berkuasa kerana mahu projek, mewah, kaya. Sindrom menindas rakyat yang lemah. Sindrom fitnah, ikut suka mulut dan ikut kata Syaitan.
Pokoknya, kita adalah rakyat Malaysia wajib menjaga Negara kita, dan jika tidak tahu bagaimana mahu menjaga Negara, janganlah kita mengambil bahagian menghancurkan Negara pula. Kita harus menghormati setiap insan tidak kira siapa mereka dan menjaga sensitiviti mereka. Setiap kelakuan, ucapan, kenyataan dan tindakan kita perlu memikirkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia bukan semata-mata kerana kita secara individu tidak suka terhadap sesuatu. Janganlah diseksa babi semata-mata kerana kita tidak makan babi, TETAPI Janganlah pula dibela babi di tempat orang yang tidak makan babi. Janganlah memblog dan menulis sesuka hati semata-mata kita tidak suka pada sesuatu. Sememangnya, kita harus jadi kritis, harus jadi penentang, harus jadi mata, kaki, tangan, telinga, mulut, hidung, bagi mempertahankan kemerdekaan.
Bagi bersama-sama memacu Malaysia. Kini, adalah waktu terbaik. Bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, ideologi, kedudukan, pendapat, prinsip, semua kita Malaysia, perlu bersifat membina dan bukan menghancurkan.
Kerana inilah Negara Kita. Kerana Negara Malaysia, adalah bumi Melayu. Kerana Negara Malaysia adalah tanah tumpah darah Cina. Kerana Negara Malaysia adalah IBU orang India. Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Chin, Tun V.T. Sambathan telah merayu kepada China dan India supaya Cina dan India boleh pulang kepada Negara Asal tetapi DITOLAK. Maka, Negara Malaysia adalah Negara kita dan ini waktu untuk membuat keputusan. Jika anda seorang rakyat Malaysia, pertahankan kedaulatan Malaysia. Junjung dan kasih pada bumi Malaysia. Kekalkan keamanan dan kemerdekaan. Selamat Menyambut Hari Merdeka. Malaysia Boleh X3!!!
Contributed by amar on Sunday, August 10 @ 16:24:36 MYT
dipetik mykmu.net
Kekalkan Kemerdekaan Dengan Bersifat Membina Bukan Menghancurkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment