Tuesday, August 5, 2008

Tun Dr Mahathir sanggup junjung Al Quran dalam masjid


Share/Bookmark Sehingga ke saat ini Tun Dr Mahathir Mohamad tetap berpegang kepada dakwannya bahawa kerajaan Malaysia sebenarnya yang buat tawaran kepada Singapura untuk jual pasir dan buka ruang udara Johor kepada jet pejuang republik itu bagi mendapat persetujuan membina jambatan lurus bagi mengantikan Tambak Johor.

Kerajaan pula telah berkali-kali menafikannya dan sebaliknya berkata Singapura yang memohonnya dan sebab itu projek jambatan yang asalnya dicadangkan bengkok oleh Dr Mahathir itu dibatalkan terus.

Bingung memang membingungkan jika difikirkan kenapa bekas Perdana Menteri itu tidak mahu berganjak dari dakwaanya.
Mahu tak mahu satu kepastian harus muncul dari polimek ini kerana ia bukan saja merupakan PUNCA UTAMA Dr Mahathir ‘mengamuk’ tetapi SIAPA BETUL ATAU SALAH dalam pertikaiannya dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terletak pada jawapan yang sebenarnya.

Sebelum itu dalam ucapannya lebih sejam kepada para perwakilan dan orangramai di dalam dewan bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia berdepan dengan apa jua tindakan jika dakwaannya dalam isu-isu yang dibangkitkan selama ini tidak betul.

BERIKUT IALAH TRANSKRIP SOAL JAWAB DR MAHATHIR DENGAN PARA WARTAWAN SEMASA SIDANG AKHBAR SELEPAS MAJLIS ITU:

Wartawan:Majlis Tertinggi UMNO berkata ia akan mengambil tindakan keatas mana-mana bahagian UMNO yang melanggar arahan ( hanya ahli Majlis Tertinggi UMNO boleh rasmi mesyuarat UMNO Bahagian)...apakah majlis hari ini sesuatu yang engkar kepada arahan itu...sebagai bekas Presiden?

Dr Mahathir: Saya fikir ia amat tidak demokratik..untuk membolehkan ahli-ahli mendengar cerita sebelah pihak mereka sahaja...dan bertindak keatas mereka yang bercakap lain dari mereka.
Setahu saya...masa zaman saya bila Tengku Razaleigh,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang saya ( masa pemilihan tahun 1987 antara Team A dan Team B) mereka bebas ke sana kemari utuk bercakap kepada sesiapa saja...saya tidak menyekat.
Kenapa mereka melakukan sesuatu yang sangat tidak demokratik.Ini bukan tradisi UMNO...Tunku Abdul Rahman,Tun Hussien dan saya tidak pernah buat macam ni..apa yang mereka takutkan... Apa yang membimbangkan saya mereka cuba hendak menyembunyikan sesuatu sebab itu mereka tidak benarkan orang bercakap.
Saya yakin mereka akan bertindak menghukum sesiapa sahaja.Adakah ini tradisi UMNO untuk menghukum sesiapa saja...mereka bukannya melanggar apa-apa peraturan.
Mereka kata (mesyuarat) bahagian hanya boleh dirasmikan oleh Ketua Bahagian...ialah Ketua bahagian akan merasmikannya...tapi saya cuma dijemput untuk bercakap...saya bercakaplah.
Ni pi tahan sampai tak bagi tempat kepada orang...macam-macam buat...guna kuasa ...guna kuasa kerajaan...tahan orang ...ini tak baik...ini salah guna kuasa...jika gunakan mana-mana agensi kerajaan untuk sekat saya dari bercakap...itu salah guna kuasa.Salah... Saya minta maaf...itu tidak (tradisi) UMNO...

Wartawan :Bukankah ia agak sama ...masa Datuk Seri Anwar, Tun ada sekatnya?
Dr Mahathir: Masa saya...Datuk Seri Anwar bebas ke mana saja berucap...sekalipun waktu dia dalam penjara...dia ada menulis dari dalam penjara...sedangkan orang dalam penjara hanya boleh bercakap kepada para pelawat dengan kehadiran warder penjara..
Seperti yang kita tahu Datuk Seri Anwar ada telefon…ada telefon selular….menulis artikel untuk akhbar luar negara…walaupun dalam penjara dia bebas…sebelum (masuk) dalam penjara dia pergi sana sini berucap di merata tempat.

Wartawan: Tapi ahli-ahli UMNO tak dibenarkan hadir (dengar ucapan) ?
Dr Mahathir: Tidak….ahli-ahli UMNO pun hadir (dengar) ucapannya…kalau tidak bagaimana saya hilang sebilangan ahli UMNO...mereka mendengar ucapannya…Parti Keadilan semua orang UMNO.

Wartawan: Tun ada menulis surat kepada ahli-ahli UMNO (mengenai larangan mendengar penerangannya yang diedarkan di majlis itu) ?
Dr Mahathir: Ya..saya cuma hendak bertanya kenapa mereka tidak benarkan saya bercakap kepada ahli-ahli parti saya sendiri…saya adalah ahli UMNO…bekas Presiden parti...bila bekas Presiden tidak boleh bercakap kepada ahli-ahli…mesti ada sesuatu tak kena.
Kalau nak kata sesuatu (yang buruk) terhadap UMNO..ya (salah) …tetapi seperti yang anda dengar…saya menyokong UMNO…tetapi saya harus mengingatkan orang UMNO ialah mengenai perjuangan untuk Melayu,untuk negara dan untuk Islam…bukan untuk orang lain…bukan untuk Presiden…ia tidak kata begitu.

Soalan Agendadaily: Tentang surat kepada Singapura yang kerajaan sudah declassify … kerajaan telah jelas bukan kerajaan yang tawar pasir dan buka ruang udara…tetapi Tun tetap tuduh juga?
Dr Mahathir : keluarkan surat tawaran tu… ada pada kerajaan… Malaysia’s proposal to Singapore …ada…ada orang yang dah tengok...kerana mesyuarat antara Malaysia dan Singapura itu dihadiri oleh banyak orang…dan mereka kata ada surat itu…kalau tidak tak kan lah mereka nak buat tawaran.. Tunjuklah surat itu… don’t hide behind OSA (Akta Rahsia Rasmi).Ini bila tanya ..Oh tunjuk bukti..tunjuk bukti…kalau kita nak tunjuk bukti kata Oh itu melanggar OSA...Official Secret Act…Kalau dok sembunyi belakang OSA... a lot of thing can be done which is wrong .

Soalan Agendadaily : Tun sure ada surat tu?
Dr Mahathir : ada…ada…mesti ada…jangan kata tak ada… how does Singapore know...how do we know ..ada tawaran…kalau tak ada hitam putih…tak kan cakap mulut saja..ini semua (rundingan dengan Singapura) diketuai oleh Tan Sri Fuzi (bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar).

Soalan Agendadaily : Tun tetap kekal dengan dakwaan itu?
Dr Mahathir: Kalau nak pergi saya pergi masjid junjung Quran pun… sama-sama sumpah…tapi dalam masjidlah...jangan macam kawan kita yang lama (dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) dia dok situ.. kami sumpah…

Soalan Agendadaily : Masalahnya sekarang orangramai dan rakyat masih keliru…Tun cakap ni ..kerajaan jelas ni?
Dr Mahathir : kerajaan tak jelas…kalau dia jelas...tak apa…saya kata tunjuk surat itu (surat tawaran jual pasir dan buka ruang udara) ..tapi tak tunjuk….dok tunjuk surat lain buat apa…surat lain pun orang (Singapura) dah tunjuk lama dah…

Wartawan: tapi mereka kata pembatalan jambatan bengkok itu ialah kerana package deal... ....?

Waktu ini Dr Mahathir meminta fail dari pembantunya dan meneliti serta membacakan kandongan surat kepada para wartawan.
“ Just in case orang tak percaya…saya bawa…
Mula-mula kita ada package …kerana tak ada package ni tak boleh dapat persetujuan langsung…jadi kita tak ada package..saya kata dalam surat saya kepada( Goh) Chok Tong (PM Singapura) .. I think we now have come to a point where it would be important..have to prirotise our discussion… priroty yang kita bagi ialah bagi individual case … so di sini dalam surat Chok Tong 11 April 2002…tak lama dekat-dekat saya nak berhenti tu…(Chok Tong kata) YAB Datuk Sri Dr Mahathir, PM Malaysia… dear Mahathir…kawan lama dia panggil Mahathir sajalah..tak payah Datuk-Datuk semua..
Dalam surat ni..di muka dua dia (Chok Tong) kata... if you wish to proceed immediately to replace just your side of the causeway with a bridge…I shall accept it though I think this is not ideal…( sambung Dr Mahathir )... there is no conditions.

Wartawan: Tapi kerajaan kata selepas ni Tun meminta dibatalkan package?
Dr Mahathir: saya meminta dibatalkan package tu sebelum ini lagi…sebab tu saya kata dalam surat ni..(beliau meneliti lagi surat dalam fail itu lalu membaca suratnya kepada Chok Tong bertarikh 7 Oktober 2002 ) … I Think we have now come to a point where it would be important for us to prioritise our discussions …tak ada package lagi…apa jawab dia… (Dr Mahathir rujuk kepada surat Chok Tong bertarikh 14 Oktober 2002) Towards the end of our meeting,you said that we should try to resolve the water issue,the sooner it was done the better .Satu isu saja…I agreed…dia tak kata dia disagree …pasal nak cakap water issue ..jadi package tu dah no longer operable ... this is 14th October 2002…tak ada apa…dia kata macam tu… so we went ahead…
Dr Mahathir baca lagi (perenggan kedua terakhir surat 14 Oktober itu)… since you want to deal with the water issue separately and discontinue ten package approach,these trade-off are no longer possible.And as the package deal is off..I have instructed my official to del with water and other issues individually and separately…its all, there …and this is published by Singapore…also published by Malaysialah..

Soalan Agendadaily: Tun satu lagi persoalan besar…semua orang bertanya sekarang…masa Tun nak buat Tun tak minta ke pandangan Peguam Negara tentang legal implication yang sekarang ini tiba-tiba timbul?

Dr Mahathir: Peguam Negara tak ada bantahan apapun …Singapura pun tak ada bantahan …dia kata I accept …kita jalan kerja..tak ada protest note daripada Foreign Affairs Ministry Singapore…kita dok buat kerja…tiba-tiba pi berhenti kerja..kononnya nak hak (jambatan) lurus…lepas tu nak bagi pasir...dia ada perjanjian nak bagi pasir kepada Singapura bukan sikit…nak bagi sampai 1 billion cubic meter .

Soalan Agendadaily :Sekarang AG (Peguam Negara) dah keluarkan dia punya pendapat mengenai pipe line ( di Tambak Johor) ? Dr Mahathir: AG kata kalau ada tentangan dari Singapura.,..itu soal legal …boleh diselesaikan…you bawa pi mahkamah macam Singapura kata Sipadan dan Ligitan dia punya…kata kata kita punya…kita pi ke mahkamah….mahkamah selesailah…ini tak dan pi mahkamah dah surrender dulu dah…Oh ini Singapura tak mau…
Soalan Agendadaily :Masa Tun nak buat (jambatan) tu sedar dak ada legal implication ?

Dr Mahathir: There is no legal implication at that time… AG pun tak nasihat saya sapaya jangan start kerja dengan bridge until we settle …dia tak kata apapun…kita pun dah buat kerja..dah buat survey semua…jadi apa dia…kenapa pi stop…kalau continue tak ada masalah.
Berkali-kali Datuk Najib…PM pun kata…apa nama Syed Albar (Menteri Luar) pun kata…saya boleh tunjuk cutting from the press …yang mana tiga-tiga orang ni kata…bila kita buat jambatan disebelah kita…ini adalah masalah kita..kita boleh buat…kenapa sekarang kata tidak…dulu AG tak advise…
Wartawan; Apakah pandangan dia (AG) diminta semasa kerajaan buat keputusan untuk terus bina jambatan?

Dr Mahathir: Semua benda ini dirundingkan…bila ada rundingan wakil AG mesti ada sekali…jika ada sesuatu yang salah dari segi perundangan…surat-surat sentiasa beredar…AG ada peluang (tengok) ..tapi dia tak kata apa-apa…dia tak kata tidak…

Wartawan: Tun bukankah ia juga melibatkan soal paip air ke Singapura?

Dr Mahathir: Paip air ada wayleave agreement yang menyatakan paip, air itu boleh diubah jika kerajaan Malaysia mahukannya demikian…dan Singapura kena biayai kosnya…malah baru-baru ini paip air itu telah diubah bila mereka membina CIQ (di Woodlands)…paip air itu diubah…ia dibuat oleh Singapura atas permintaan Malaysia…itu adalah wayleave agreement.
Wartawan: Memandangkan keadaan sekarang apakah Tun bercadang untuk menubukan sebuah parti serpihan UMNO?

Dr Mahathir:… Tidak…tidak…tak ada serpihan…UMNO adalah satu…cuma satu dua pemimpin saja yang salah.

Wartawan: Tidakkah Tun bimbang tindakan Tun ini akan mencetuskan perpecahan dalam parti?

Dr Mahathir :Tidak…saya dah beritahu dalam tadi ( dalam ucapan) sentiasa terdapat perbezaan pendapat dalam UMNO…tetapi bila keadaan dah jelas…kedua-dua pihak didengari..UMNO akan bersatu semula.

Wartawan: Tun ada menyebut tentang satu kes rasuah yang tidak diambil tindakan lepas Tun bersara…boleh Tun bagi butirannya?

Dr Mahathir: saya tidak akan bagi butirannya..masalahnya mereka akan tangkap anda atas OSA …mereka bersembunyi belakang OSA…itu masalahnya sekarang..
Wartawan: Bukankah Tun pernah buat juga masa PM dulu? Dr Mahathir : ya saya buat…tetapi untuk kepentingan negara…bukan kerana saya mahu jadi presiden parti..makanya saya sembunyikan… Bila orang cabar saya…mereka boleh cabar…(masa pemilihan tahun 1987) boleh jumpa orang UMNO…kata apa saja mereka suka…termasuk saya seorang komunis...Pak Lah kata saya seorang komunis…ada kapal terbang sedang tunggu nak bawa saya ke Russia jika saya kalah (dalam pemilihan itu)… Saya tidak sekat dia…malah saya pilih dia jadi anggota kabinet saya...dan lepas itu naikkan pangkatnya jadi Perdana Menteri.

Wartawan: Apakah end game dalam soal ini?
Dr Mahathir: Anda selalu tanya pasal end game …apa saja yang baik untuk UMNO…saya sokong…itulah end game .

Wartawan: tentang kes rasuah itu apakah ia melibatkan menteri penuh atau timbalan menteri?
Dr Mahathir: saya tidak akan beritahu anda…


Soalan Agendadaily: Tun...katakan esok atau minggu depan pilihanraya umum…apakah Tun akan teruskan juga dengan tindakan ini (kerana ia mungkin akan menjejaskan undi parti kerajaan) ?

Dr Mahathir: Benda yang benar kita kena bercakap…UMNO tidak akan pernah kalah kerana menyatakan yang benar…UMNO selalu menang kalau ia menyatakan yang benar…apabila dia mula bohong kepada rakyat dia akan kalah….jangan bohong kepada rakyat.

Wartawan: Katakan kalau Pak Lah nak jumpa Tun…bagaimana?

Dr Mahathir: Ini bukan soal soal peribadi…ini soal projek itu…projek ini…buat tak kena…betulkan itu …selesai…tak payah salam pun … 13/8/2006

-------------------

Dr Mahathir akan buktikan dakwaanya…
Isu Tun Dr Mahathir Mohamad – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu melangkah ke arina yang lebih panas bila bekas Perdana Menteri itu memberitahu beliau akan mendedahkan beberapa bukti mengenai apa didakwanya penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Serentak dengan itu Dr Mahathir menggangap temuramah Abdullah yang disiarkan di TV3 Isnin malam tidak memberi apa-apa jawapan secara spesifik.
Beliau juga mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri bahawa anaknya Kamaluddin Abdullah tidak mendapat peluang perniagaan di Malaysia.
Dr Mahathir juga berkata pihak berkuasa bebas menyiasat bagaimana anak-anaknya memperolehi harta kekayaan mereka.

Menjawab soalan para wartawan selepas menyampaikan ucapan pada satu majlis di Yayasan Perdana di Putrajaya Rabu beliau memberitahu bukti-bukti mengenai penyelewengan yang dimaksudkanya itu akan didedahkan satu pada satu masa.
"Ada beberapa perkara yang akan saya kemukakan…satu pada satu masa ( one at a time ) …bukti penyelewengan.Perdana Menteri kata perlu bagi bukti …kami sedang berusaha mendapatkannya…mungkin kami akan dapat beberapa,”katanya.
Beliau tegas menyatakan bahawa tidak pernah membantu anak-anaknya dalam perniagaan mereka semasa Perdana Menteri dulu.
"Pergilah siasat.Sudah tentu anak-anak saya adalah billionaires masa saya (Perdana Menteri ),katanya dengan nada sinis.
Sebaliknya dakwanya adalah salah Abdullah menyatakan anaknya (Kamaluddin) tidak ada perniagaan di Malaysia. “Anaknya dapat perniagaan bernilai lebih dari satu billion,"ujarnya.

Menjawab soalan tentang temuramah Perdana Menteri di TV3,Dr Mahathir berkata, “Dia tidak menjawab sebarang soalan.Apa yang dia kata saya orang yang baik,saya tidak akan buat ini,anak saya adalah orang yang baik dan tidak akan buat ini,saya orang yang berpegang pada ajaran agama,saya tidak akan buat ini.Tetapi jawapan spesifik…tidak ada.”
Beliau juga mendakwa berlaku coverup keatas siasatan Badan Pencegah Rasuah keatas seorang menteri kabinet.

“Saya tahu agensi itu telah menyiasat seseorang,tetapi ada coverup .Masa saya… saya ingat tindakan akan diambil…tetapi tidak.”katanya.
Ditanya siapa,beliau berkata, “ satu ketika… seorang menteri kabinet semasa pentabiran saya."
Dr Mahathir juga mempersoalkan kemampuan para penasihat muda-muda keliling Perdana Menteri menulis ucapan untuknya.
“Saya tulis sendiri ucapan saya…saya tak benarkan orang tulis ucapan saya,”katanya.

Beliau juga menegaskan Perdana Menteri harus buang para pegawai di ‘ tingkat 4’ di Jabatan Perdana Menteri yang dianggap ‘ power behind the throne’ .
“Masalahnya dia tidak harus buat benda-benda ini.Dia boleh membetulkan apa yang telah dilakukannya.Buang orang di tingkat empat,mereka tidak ada standing langsung dalam kerajaan.

“Anda boleh ada penasihat,tapi bukan penasihat yang bagi arahan kepada peagwai kerajaan apa yang boleh buat dan tak boleh buat,”katanya.
Menyentuh tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri, Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah menahan sesiapa dibawah ISA kerana sebab-sebab politik.
“Mengenai Operasi Lalang saya dapat memberitahu anda bahawa saya memberitahu Lim Kit Siang yang dia tidak akan ditahan..tetapi kemudian polis menahannya kerana saya tidak boleh bagitau polis begitu saja jangan...kerana mereka ada sebab berbuat demikian.

"Ketika itu mereka memainkan sentimen perkauman Cina…sebab itu mereka ditahan .Saya tidak menahan pembangkang dan personaliti politik dibawah ISA...saya bebaskan mereka.

Kepada satu soalan Dr Mahathir menjelaskan beliau hanya bercakap secara umum saja tentang perlunya seseorang Perdana Menteri letak jawatan jika jual negara ( merujuk kepada sidang akhbar di Universiti Teknoloji Petronas ).
"Sekiranya Perdana Menteri seorang diktator kita harus menyingkirnya…tak boleh tunggu lima tahun.Tapi secara umum,saya fikir anda harus bagi seorang Perdana menteri lima tahun untuk beri peluang membetulkan kesilapannya. - 9/8/2006
--------------------------------------

Dr Mahathir hairan mengapa Khairy yang jawab soal MV Agusta
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak desas desus yang mengatakan beliau berhasrat menjadi seorang perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada pertengahan November ini.

Namun begitu,katanya beliau berminat untuk hadir pada mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu… jika dijemput.Dr Mahathir ialah bekas Ketua UMNO bahagian itu.Ia kini diketuai oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom yang juga bekas setiausaha politiknya.Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan wartawan selepas menyampaikan satu ceramah mengenai pentabiran di Universiti Teknoloji Petronas di Bandar Seri Iskandar,Perak Isnin.Dr Mahathir juga mempersoalkan apakah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin orang yang sepatutnya menjawab isu seperti penjualan MV Agusta yang dibangkitkannya.

dipetik dari agendadaily.com


Share/Bookmark

No comments: