Sunday, August 3, 2008

Wawasan 2020


Share/Bookmark Sejak akhir-akhir ini, Pak Lah makin banyak yang melatah, kononnya nak berkerjasama dengan PAS lah, kemudian dah tak yakin dengan Wawasan yang Tun bawa dan macam-macam lagi.

Mengenai kenyataan Pak Lah mengenai Wawasan 2020 dalam Buletin Utama dan dalam akhbar tempatan, amat menjijikkan dan menampakkan kebodohan seorang pemimpin yang jelas tiada matlamat. Mengenai Wawasan 2020, bagi pandangan saya, ramai yang tidak faham mengenainya, termasuk kebanyakan Menteri, Ahli Politik, Ahli Akademik, para ulama , pelajar, cendiakawan melayu dan ramai lagi.

Jika mereka benar-benar faham mengenai Wawasan 2020, mereka akan sanjung insan yang memperkenalkan Wawasan 2020. Wawasan 2020 ini merupakan cita-cita Negara untuk mencapai negara maju mengikut acuan sendiri dan berteraskan kepada 9 cabaran. Kalau diperhatikan secara teliti inilah cabaran yang perlu ada oleh setiap negara, malah setiap komuniti. Apa yang mengagumi saya mengenai Wawasan 2020 ialah susunan cabaran tersebut yang begitu teratur dan mengikut syariat Rasulullah SAW.

Ramai di kalangan ulama buta dengan isi kandungan dalam Wawasan 2020. Mereka tidak melihat langsung apa isi kandungannya, tetapi hanya melihat siapa yang memperkenalkannya. Kalau Dr. Mahathir Mohamad, dah tentu wawasan sekular. Jika kita lihat cabaran pertama hingga cabaran ketujuh, jelas menampakkan ciri-ciri syariat Islam yang jelas dan bidang sosial yang perlu diberi keutamaan oleh setiap negara , malah setiap komuniti dan individu.

Jika kita bincangkan mengenai cabaran pertama , sudah jelas mengikut syariat Islam untuk membentukkan sebuah negara yang baik, iaitu mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah Negara yang aman, berintgerasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada Negara. Di dalam cabaran ini, dimanakah letaknya ciri sekular???

Ini adalah selari dengan apa yang dilakukan oleh Junjungan kita Rasulullah SAW.

Kita cuba renungi kembali apakah tindakan Rasulullah untuk membentuk sebuah negara di Madinah, sudah tentunya perpaduan iaitu menyatupadukan penduduk Islam madinah (Ansar) dan penduduk Islam Mekah (Muhajirin) dan kemudian menyatukan penduduk yang bukan beragama Islam di Madinah.


Manakala cabaran kedua pula ialah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteraam dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat Negara lain.
Saya merasakan cabaran kedua ini amat menepati dengan syariat Islam yang menuntut umatnya untuk mempunyai keyakinan tinggi.

Begitu juga cabaran-cabaran lain di dalam wawasan 2020 yang begitu menitikberatkan isu agama dan social dalam pembangunan sebuah Negara maju.

Untuk mencapai Wawasan 2020 kita perlu meneliti semua cabaran tersebut dan bukannya sekadar melihat dari segi kemampuan ekonomi sahaja seperti KDNK, pendapatan perkapita. Tetapi kalau jika kita lihat melalui ciri ekonomi sahaja, Negara kita akan maju mengikut pesepktif Barat. Ini yang menunjukkan kelemahan Pak Lah yang amat ketara yang tidak memahami Wawasan Negara.

Jika kita lihat dengan kemampuan dan keupayaan yang ada, amat jelas kepada kita bahawa, sememangnya kita tidak mampu untuk mencapai wawasan tersebut kerana cabaran yang pertama pun kita tidak mampu untuk melepasinya. Sesungguhnya cabaran sosial adalah lebih perit untuk dicapai jika dibandingkan dengan cabaran ekonomi.

From Raizul.

Share/Bookmark

No comments: